Oct 31, 2013

1000th Entry dan 4 Give Away dari Kifli Mally



hi uols,

Attention kepada mereka yang pernah menyingkap/bertandang/menjenguk blog mek yang tak seberapa ini, amatlah terima kasih yang tak terhingga mek ucapkan. Walaupun mek tahu blog mek tak banyak sangat info yang berguna semuanya cerita pada diri mek yang vogue tu je kan? 

Dalam diam mek dah pun cecah 1000th entry dan give away ini merupakan entry 1001th entry dari blog picisan Kifli Mally. Oleh itu mek teringin nak buat sedikit give away kepada semua sebagai mengenang jasa uols. Tapi entahlah ada lagi ke mereka yang diluar sana yang selalu jadi silent readers blog mek ni!

 I'm giving away 3 x Voucher for 3 students,
where each student that possessed ID Student Card will get 3 pieces of Dominos Coupon YEAHHH!!!!
 
You guys boleh jimat sehingga RM42.80 dimana korang boleh Beli 1 Percuma 1  Pizza ^__^
Sah laku sehingga 30 Nov 2013
selain dari itu mek turut memberikan 1 x RM10 voucher Papa John kepada korang semua.
Sah laku sehingga 31 Dec 2013
 1 x Body Mist Play It Sexy from Playboy ^_^
(Play It Rock, Play It Spicy, Play It Lovely ) korang boleh pilih option lain.
1 pair x GSC Gift Voucher

apa yang korang perlu lakukan ialah hanya dengan tinggalkan komen diruang komen dibawah sama ada dikotak komen Facecbook atau pun komen kotak blog. Salah satu pun diterima.

  • Blog Url (optional) Bagi yang tiada blog tinggalkan nama Facebook!
  • Nama dan Email (aktif) senang untuk saya hubungi ^___^
  • Ini adalah percubaan trial GA yang pertama dari KifliMally.com
  • Tarikh Tutup Give Away ini ialah  7th November 2013 (Khamis) dan 8th nov saya akan umumkan nama pemenang ^_^ good luck guys. 

Bagaimana cara pemenang dipilih: Senang sahaja dengan meunggunakan perkhidmatan http://www.random.org/

Stay goddess poeple.


Oct 30, 2013

OOTD Kifli Mally: Halloween! Who Cares!

hi uols,

outfit halloween yang berkonsepkan ala modern, tahun ni dress code halloween digayakan dengan penuh modern, cuma lebih di fokuskan pada mata sahaja. Kalau dulu akan berhempas pulas dengan custome tapi tahun ini lebih berketerampilan sederhana. ^_^

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Top long sleeve: Seed (Skull printed)
Blue Short: Bangkok Market
Belt: Seed
Pouch: Downtown Market
Shoed: Bangkok Market

Jadi kan fashion anda lebih berkeyakinan, kekalkan ciri fashion yang korang suka.
mek sah-sah kat dahi ni kena chop more into indie/androgymy fashion ^_^

untuk post collection korang, sila upload di wardrobe ini. LookBook.nu

stay goddess people!

Oct 29, 2013

minum malam susu dan biskut!



hi uols,

semalam sebelum basuh kaki dan loncat ke atas tilam mek yang empuk tu, mek buat secawan milo, lepas tu di cecah pula dengan biskut cokelat tiger,

nak cari oreo memang tak lah pula tengah2 malam ni kan!! so biskut tiger ni pun kira boleh lah janji ada.
sambil mek celup biskut ke dalam air milo panas mek tu, terus mek teringat dulu time zaman muda mek stay kat hostel, mek duduk hostel sekolah menengah kebangsaan sandakan (SMK Sandakan) selama 2 tahun lebih juga mek meringkuk habiskan masa kat hostel tu, 

yang bestnya bila malam kami akan beratur kat dewan makan untuk minum malam, kemudian kami akan lepak kat taman tak pun port baik depan tangga surau, sebab kat tangga tu kami boleh perhatikan semua galagat pelajar lain, kira mek ni macam pemantau lah yer. 

ada yang kena kejar, ada yang tergolek jatuh, tambah lagi yang main simbah2 air panas. Dah terasa seperti mek duduk kat rumah sakit jiwa pun ada gak ^_^
 susu dan orea memang tak boleh di pisahkan, betul tak anak2? ^___^

teringat zaman indah itu, even sampai ke minum malam pun kami di disiplinkan dengan kuantiti makanan yang sedikit, hanya secawan teh dan juga biskut 2 pek kecil tu. Tapi hati mek cukup gembira sebab dapat minum bersama-sama dengan kawan lain.

tapi mungkin sekarang dah berubah, dah berkurun lama juga aku tak jejak kan kaki kat hostel tu, yang pasti kewujudan nya tetap ada. Cuma bertukar pengetua hingga kan mek sendiri lupa sudah ^_^

apa yang pasti satu hari nanti mek pasti akan balik menjenguk tempat pertama mek dapat timba ilmu di sekolah tersebut. ^_^
lina kalau nak pandai makan biskut banyak2, pesan si ibu pada si anak. Baik lah mak lina telan semua sekali gus ^_^

ouh tiba-tiba rindu pula kenangan hampung halaman.

Stay goddess people.


Oct 28, 2013

Marathon Movie Seram di GSC One Utama.



Hi uols,

meriah bebenor event yang berlangsung kat GSC One Utama sabtu minggu lepas ramai blogger yang turut hadirkan diri bersama dengan dresscode halloween masing-masing, all thanx to GSC Malaysia kerana sponsor marathon movie dan juga semua makanan yang disediakan.
mek salute dengan kehebatan mereka -GIGIH-

mek malas nak vogue sangat sebab nanti semua terover shadow dengan mek, haha feeling kejap
ada yang datang hantu busung, pregnant tak jadi, hantu macam kena tinggalkan suami pun ada juga hokay,

seawal jam 5 petang orang sudah mula beratur, semata2 nak dapatkan seat yang nice ^_^ well lucky me mek dapat seat atas horray.
hah engkau mampu Rawlin bertemakan Angel turned into zombie, dan jae pula bertemakan lelaki berkepak yang dahagakan runway vistoria secret fashion show ^_^. Mek hanyalah sekadar vampire versi hadek-hadek
selain dari itu confirm lah ada pertandingan best costume segala, dan kalau bab-bab jadi half drag ni confirm hadek-hadek juga yang menang uols. haha Congrats miss rawlin ^_^
makanan yang telah disediakan oleh pihak GSC, memang betul semua berkonsepkan halloween ^_^
rasa jijik nak makan pun ada gak, tapi lapar punya hal mak telan je semuanya ^_^ selebihnya meoryan snap picture sendiri.
ada tiga cerita yang di pertaruhakn malam itew, gituuuu
mati-mati mek ingat 1 movie cina dan 2 lagi movie english, sekali tengok mati katak mak tengok movie thai tu "Second Sight" haha memang kelakar citer hantu tu, seram tak berapa nak seram, tapi "Rigor Mortis" dan "Insidious Chapter 2" memang terbaik mek suka ^_^
 





apa yang membuatkan saya suka tentang Event GSC Malaysia dan Nuffnang kali ini adalah:

1) Tema Halloween 
2) Movie yang menyeramkan
3) Makanan yang best dan kreatif
4) goodie bag yang meriah
5) Hadiah menarik untuk bloggers ^_^

Stay goddess people ^_^



Oct 27, 2013

Jelajah Kuala Langat, Banting bersama Tourism Selangor (#TSDayOut)



hi uols,


WOW, itu first impression yang mek lalui bila join #TSDayOut ni. Tak tahu pula end up dengan penuh aktiviti yang best, pengalaman yang tidak dapat digambarkan dan juga berjumpa dengan rakan blogger baru. 

Kali ini mek bersama dengan rakan blogger lain menyahut aktiviti yang di anjurkan oleh Tourism Selangor ke Kuala Langat, Banting. Siapa yang tak pernah menjelajah ke daerah banting izinkan mek untuk bercerita. Jangan sampai korang termuntah tengok mek punya gambar yer. ^_^ *banyak sangat

entry ni ada 3 section (tempat) yang kami kunjungi 1) Nasi Lemak Sotong Pak Musa 2) Ros Kerepek 3) Paya Indah WetLands.

Let the picture do the talk!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Section 1

 Awal pagi tibanya kami di Banting, kami dibawa ke satu tempat breakfast yang famous di situ iaitu Nasi Lemak Sotong. Sambal sotong yang tak berapa pedas memang sesuai untuk mereka yang suka kan nasi lemak sebagai sarapan di pagi hari. 
 
Selain dari Sambal Sotong tu di kedai Pak Musa mereka juga menyediakan Telur Goyang! 
hah engkau bergoyang-goyanglah mek lepas melantak telur ni ^_^

Ini adalah hasil resepi turun temurun selama 40tahun, korang bayangkan betapa larisnya resepi ini sehingga kekal hingga hari ini
 Terima Kasih kami ucapkan, so kepada korang yang di area Banting tu, alamat mereka dibawa ini:

 Nasi Lemak Sotong Pak Musa
 Jalan Suasa 1 Banting, Selangor 42700 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
section 2
 sesudah perut kenyang, kami terus dibawah ke kilang kerepek yang tidak kurang juga hebatnya di dalam menghasilkan kerepek! Itu diaaaaaa akak ratu kerepek kita ROS KEREPEK!
besar juga kilang kerepek kak ros ni yer! rumah kediaman mereka pun hanya bersebelahan je ^_^
sekitar tahun 1989 mereka sudah pun beroperasi dan Ros Kerepek ini merupakan pertanian sumber asli dimana dijalankan seramai 30 orang pekerja. Ini juga waris pekerjaan yang diwarisi turun temurun.
 En Fauzi (kiri) merupakan usahawan muda yang menjadi tour guide kita orang. 
Kerepek yang menjadi signature mereka ialah kerepek ubi kayu dan juga kerepek Pisang, kalau korang nak tahu Ros Kerepek menghasilkan 3 tan kerepek ubi kayu dalam masa sehari. *jawdrop ^_^

seperti yang korang dapat lihat, pertama ubi kayu itu akan dibersihkan, setelah dibersihkan ubi kayu tersebut akan di masukkan dalam mesin untuk menghasilkan ubi kayu mengikut bentuk standard kerepek. 
manakala di dalam proses mereke menggorang dalam tong besar tersebut amik masa tidak kurang dari 5 minit. Kalau dah nampak kekuningan mereka akan terus keluarkan kerepek tersebut dan di tambah perisa pedas dan sebagainya.
ini adalah packaging yang sudah pun siap ^_^
ini stock untuk berbulan-bulan kot haha

sudah pasti memerlukan keluasan tanah yang luas dan hasil bahan asli yang banyak untuk menghasilkan 3 tan kerepek, oleh itu keluasan tanah seluar 150hektar digunakan untuk menanam ubi kayu tersebut.


bagi korang yang nak datang berkunjung atau buat lawatan boleh lah pergi ke:
 Ros Kerepek Lot 738,Jalan Sukun,Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
section 3

yeah tempat terakhir yang mek kunjungi ialah Paya Indah WetLands.
Tempat alam semula jadi dan juga habitat kehidupan liar disini merupakan daya penarik para pengunjung. 


seluas 3100 hektar merupakan satu-satunya ekopelancongan di Malaysia terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor. Kalau korang datang ke Paya Indah WetLands ni korang dapat cuba aktiviti lasak selain dari itu juga kawasan yang cukup luas ini sesuai kalau korang semua nak buat perkhemahan ^_^

Penarik para pelancong ialah Badak Air, 213 Jenis Burung dan juga Buaya Besar.
so tunggu apa lagi jom kita berbasikal mengelilingi sepanjang kawasan Paya Indah Wet Lands ni.
 seperti yang korang lihat tempat yang cukup indah dan nyaman luas pemandangan sejuk mata memandang!!
kawasan paya yang luas terbentang itu merupakan salah satu tempat perhentian bagi burung-burung yang jenis berhijrah ^_^ lebih kurang tempat immigration burung ini sebelum mereka pergi ke tempat lain. Kawasan ini sangat dijaga bagi memastikan eco sistem sentiasa dalam keadaan seimbang.
 
sesudah itu kami terus ke tempat buaya dimana mereka ranger akan memberikan mereka makan ^_^
yahuuuuu dapat tengok si sang buaya makan tengah hari.
 
 SELAMAT DATANG KE KOLAM BUAYA.

Ranger disini akan berikan mereka makan tengah hari sekitar Jam 11.00 - 11.30 pagi.
selain dari itu juga, buaya-buaya ini semua diberi makan dalam kadar diet yang sesuai pada weekend dan juga public holiday. Lebih kurang ada 48 ekor buaya yang berada di dalam kolam tersebut. 

Kolam yang besar ini sudah menjadi habitat tempat tinggal mereka, ini adalah penting bagi membiarkan mereka hidup seperti berada di hutan liar.
 apa yang korang tengok dimana buaya-buaya tersebut mampu melompat lebih tinggi menggunakan daya ekor untuk menolak mereka ke atas permukaan yang lebih tinggi. Jadi jangan pandang rendah pada haiwan ini okay ^_^

 Buaya yang paling bernilai kat sini ialah Buaya Julung-julung dan juga buaya tembaga kerana buaya spesis ini hampir terancam oleh itu habitat mereka perlu di jaga dengan sebaik mungkin.
Buaya ini akan bertelur pada Jan-Mei, sekor buaya betina boleh bertelur sebanyak 60-70 biji dan buaya ini akan mengawasi telur mereka selama 3 bulan tanpa makan dan minum. *good mama croc
 
 lepas tu jom kita tengok si badah air yang comel ni.
kalau korang nak tahu badak air ni diberi nama Juwita, dan Juwita ada seekor baby jantan ^_^
mek bagi nama baby jantan tu Megat haha
 comel kan Juwita bersama dengan baby Megat.
 comel-comel juga tapi sekali dia buka mulut dah sebesar "batu belah batu bertangkup" uols.
kalau kena ngap confirm tak boleh nak larikan diri. Pada asalnya Juwita amat pemalu untuk naik ke permukaan tapi setelah namanya di panggil oleh salah seorang ranger disitu dan memberikan kanya makanan terus dia naik melenggang ke darat. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
additional section
Ini pula bagi mereka yang ingin menginap di Chalet Paya Indah Wet Lands, confirm korang semua akan teruja dengan ukiran dan kecantikan chalet tersebut.

 picture credit by http://www.cindysplanet.com

 

Chalet yang serba lengkap ini berhadapan dengan tasik yang cantik, Rm120 semalam.
Serius berbaloi dan ruang chalet juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga.

Jadi kepada ibu bapa diluar sana yang ingin berkunjung ke tempat yang menarik penuh dengan alam smula jadi sesuailah kiranya korang datang untuk rehatkan diri sambil melakukan aktiviti di Paya Indah Wet Lands ini. Info selanjut seperti dibawah.

 Paya Indah Wetlands Jabatan Perhilitan Km 4, Jalan Dengkil - Banting 43800 Dengkil Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel: +603-87687616 Fax: +603-87688424
https://maps.google.com/maps?q=paya+indah+wetlands&ll=2.860031,101.632397&spn=0.006429,0.009645&oe=utf-8&client=firefox-a&fb=1&hq=paya+indah+wetlands&t=h&z=17

credit photo by: http://ceritadyat86.blogspot.com

diatas kesempatan ini mek nak ucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput join event korang. Terima kasih Tousrism Selangor (FB). kepada bloggers diluar sana yang ingin turut serta ke event mereka yang seterusnya boleh pergi ke link ini http://tsdayout.my/

bersama-sama kita meriahkan event seterusnya ^_^

stay goddess people!!!