hi uols,
since dah lepas raya ni baru ada masa nak update blog,
actually hari tu ada event berbuka puasa, al maklumlah TKG Crew memang tak pernah akan missed acara tahunan seperti Berbuka Puasa, Open House Raya dan sebagainya.
TKG Crew sinonim dengan diva-diva tanah air yang verangan seperti madona haha ^_^
so kali ni mak muncul dalam adegan berjubah bertutup litup hanya memakai sedikit eyeshadow brown dan juga eyeliner. Baru nampak sedikit seperti wanita arab. Tudung pula berkonsepkan Dato Siti Nurhaliza gitu.
Bertempat di Flora Cafe Ampwalk Jalan Ampang. Terima kasih kepada tuan punya kedai kerana sudi menerima perangai liar semasa ditempat kejadian. Nasib baik tiada yang masuk ICU je haha.
Selaku wakil blogger untuk Tkg Crew mek kena snap pic kedatangan semua ahli, dan korang boleh pilih mana satu yang berkenan di bawah.
dan tak lupa juga ketinggalan dengan outfit of that day ^_^
makanan dan juadah yang dihidangkan oleh Flora Cafe amatlah sedap, dan
aku percaya hari biasa pun masakan mereka adalah sama. Kepada mereka
yang sudah biasa ke sini confirm tahu macam mana masakan serta menu mereka.
Tak sangka yer kawan mek beli kasut yang sama dari Vincci
mek memang pengumpul sneakers uols, fetish katanya.
kalau boleh nak aim Charles & Keith pula next month haha
Tahniah kepada para pemenang, best dress dan best attitude ^_^
maka bersurai lah sudah tahun ini punya event, so yang bakal berlangsung ialah Rumah Terbuka TKG Crew, pasti kali ni lebih meriah berbanding sebelumnya. haha tak sabar nak tengok apa pula tema yang dikenakan selain dari tema berhari raya.
Korang bayangkan selepas selesai je buka puasa kat flora cafe tu, kita orang pergi meroyan kat Cube Bukit Bintang, berdepan dengan H&M. Malam sedikit kesesakan lalu lintas sekitar bukit bintang dan kawasan sewaktu dengan nya kerana melihat hadek-hadek berjubah.
Pak arab jangan lah di tanya, meroyan mereka melihat kita orang, siap sorak bersahut-sahutan ^_^
stay goddess my lovely angel.
feewiit! hehe. ;)
ReplyDeleteOk
ReplyDelete