Aug 31, 2013

Movie Review: We’re The Millers @TGV One Utama



Hi uols,
 
Hahaha
Hahahaha
Hahahahahha
Hahahahahahaha

Itu adalah satu perumpamaan yang mek boleh bagi kat korang.
Mungkin dengan cara mek gelak jer korang boleh tahu The Millers ni adalah lawak keluarga yang terbaik 2013. Jalan cerita yang tak bosan tapi korang kena tahan dengan ayat dan perbuatan yang agak sensitif untuk keluarga yang nak bawa anak mereka layan cerita ni ^_^

Overall tahun ni The Millers mek bagi 5/5 bintang! Siapa berani sangkal cerita ni tak best? Mek akan pijak dia sampai lumat. Dalam setiap lawak tu ada juga pengajaran yang disampaikan kepada kita semua.
 Royale Popcorn double bersama dengan koko crunch
mek sanggup beratur panjang untuk dapatkan sebiji popcorn di raja ni ^_^ barang siapa makan terus kencing manis hahaha.
 manis kan kami semua ^_^
 Sinopsis:
Jason Sudeikis adalah seorang pengedar dadah kecil-kecilan tapi lepas kena rompak dan alami kerugian, dia terpaksa melangsaikan hutang dan kerugian tu dengan cara seludup dadah, dalam masa yang sama nak seludup dadah tu dia perlukan “keluarga” untuk menampak kan mereka adalah satu keluarga yang ingin pergi bercuti dengan menaiki RV. Jennifer Aniston si penari tiang (Isteri) Emma Roberts si gelandangan (anak perempuan) dan Will Poulter si lelaki VIRGIN (anak lelaki). Berjaya ker Jason Sudeikis dan keluarga palsu mereka tu seludup dadah balik ke Bandar? Apa halangan dan cabaran yang bakal menimpa? Kelakar sangat ke cerita ni? 

Korang kena saksikan sendiri, Sumpah TAK KERING GUSI, pipi kita dah bengkak sebab gelak ^_^

So kepada korang yang tak pernah lagi pergi tengok, amatlah rugi kalau korang terlepas tengok cerita lawak ni ^_^ 

Stay Goddess People

Aug 30, 2013

Astro Beyond - Your Malaysian is showing @MegaMall MidValley

 
48 hours sponsored post

(Entry Baru Scroll Bawah!!)

hi uols,
 
minggu lepas mek bersama dengan blogger-blogger tersohor munculkan diri ke AstroBeyond sempena Astro ingin meraikan kemeriahan merdeka di megamall midvalley, boleh dikatan ramai blogger lama dan baru yang datang meriahkan event kali ni.
Tujuan Astro nak sambut kempen kemerdekaan ini adalah untuk menyebarkan Unsur Positif dan juga Kebahaigan. Wow ^_^ Astro nice.

Tarikh: 24th August 2013 (Saturday) 
Masa: 3:00PM - 5:00PM 
Tempat: North Court, (near food court) Level 3, Mid Valley Megamall

Aktiviti semasa pelancaran Astro Go Beyond dan juga #urmalaysianishowing
 
 kemudian tibalah masa para blogger untuk melakukan pertandingan dimana mereka kena siapkan 27 task yang diberikan seperti diatas:

me and paknil ^_^ sama tak hahahaa

Aktiviti-Aktiviti di sekitar Mid valley:
 sporting girls yang banyak tolong completekan video instagram task kita orang ^_^
Tahniah kepada para pemenang, u guys memang layak untuk menang ^_^ super pantas ok buat semua task tu haha

nyatakan perbuatan positif yang anda lakukan di aplikasi facebook ini, KLIK SINI
contohnya mek pernah tolong OKU melintas jalan dan hantar mereka sehingga depan ofis ^_^ best sangat dapat memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
Inginkan T-Shirt yang sempoi seperti ini, cepat korang boleh memiliknya DI SINI, yang menarik nya korang boleh design word T-Shirt tersebut ^_^ menarik bukan? Hanya dengan harga serendah RM25 je kot.

Akhir kata tengok lah video ni "Excuse Me Sir, Your Malaysian is Showing "

Jom beramai-ramai terjah Facebook Astro Go Beyond ^_^

Aug 29, 2013

Food Review: Kungfu Paradise @midvalley megamall

 

Hi uols,
 
Makanan di kungfu paradise boleh dikatan agak nice. Hari tu mek try tomyam seafood. 1st hirup kuah dia terus menerkam kat hidung mek ni dah macam hilang resdung mek. Tomyam yang pekat memang sangat sesuai kepada mereka penggemar tomyam seafood. Sangat fresh. 

Sotong celop tepung sangat terbaik kot! Nampak tak sebakul besar dia hidang kat kita memang tak kedekut. portion just nice. Memang rangup dan panas. Ini yang dikataka  sotong celop tepung akak mariam. Mek bagi 4bintang.
Main course mek ialah dry noodle with sirloin. Daging yang direbus. Yang tak berkenan ialah sirloin tu baik sikit kalau di goreng untuk menampam kan lagi selera si pemakan. Lebih2 lagi mek ni pemangsa yang sangat rakus haha

entah la semenjak dua menjak ni, kemana saja tekak aku for sure akan order Ice Lemon Tea haha ^_^

So kepada yang dah try kungfu paradise apa kata anda? 4 bintang untuk menu dan service yang diberikan. Kalau korang demand pun mereka akan cuba puaskan hati uols. Sebab mek sendiri dah demand haha.

 hah engkau, sponsor dah lama tunggu entry mek pasal contact lense ni.
wahai GlassesOnline.com harap bersabar yer. Minggu ni mek buat entry. I promised ^_^
 stay goddess people ^_^

Aug 27, 2013

Movie Review: The Mortal Instrument: City of Bones!



hi uols,
ok sebelum korang tengok cerita ni confirm korang bersiap sedia dari segi mental dan rohani, sebab takut korang akan kebosanan untuk melihat cerita ni,

serius aku tak berapa berkenan dengan jalan cerita yang sungguh lambat, mungkin saja si pengarah ni nak ikot buat macam harry potter ataupun LOTR tapi sayang tak berapa nak menjadi, hanya beberapa saja adegan yang best tu pun tergantung. Contoh seperti kawan dia yang kena gigit puntianak apa kesudahan nya?
hah jangan terkejut kalau adik dan kakak tengah busy bercinta sambil bercomolot ^_^
Hah sebut pasal pontianak cerita ni lebih kurang banyak berunsurkan pontianak, serigala jadian dan sebagainya. Apa yang mek tak berkenan bila si heroin tu tak terlalu menggunakan sepenuhnya kuasa yang di miliki gituuuuuu!
please ignore my eyebag haha

so apa pun kepada korang peminat movie, kalau nak tengok cerita ni please do not take it so hard, sebab cerita ni sangat santai untuk difaham.
 my friend tadi ada call dia tanya antara  The Mortal Instrument: City of Bones! dan Elysium mana satu yang best untuk tengok? korang pun akan tahu apa jawapan dari aku ^_^

untuk cerita The Mortal Instrument: City of Bones! mek kasik 2.5/5

stay goddess people!

Aug 23, 2013

Mask SAVEE hanya seringgit, nak flawless macam mek tak?




Hi uols, 

 Kepada korang semua yang ingin cantik kekal abadi macam mek haruslah ikot jejak langkah mek ok. Apa yang mek pakai mek tempek kat muka korang semua harus ikut ok.
penggunaan mask dan juga masker amatlah penting dimana korang yang tiada masa untuk manjakan diri uols yang busy tu. Sama macam mek wanita berkerjaya sangat yang tidak punya masa untuk manja kan muka so dengan mask ni boleh kurang di pakai beberapa kali dalam seminggu.

kalau dalam seminggu tu pun korang busy juga, so better tak yah jadi cantik lah, stay jer jadi gagak hitam, sebab kalau korang nak cantik kena ada usaha sikit. Bukan alasan seperti "tak boleh lah uols, mak sangat busy, tiada masa langsung" aha memang korang busy mengalah kan perdana menteri sampai nak cebok pun tak ada masa kannnnnnn!!!
 
Murah tak uols? 
semua ada eye mask, hair mask dan juga sleeping mask, 
kalau ko sangup pakai lah time tido hahaha
mek akan pakai selama beberapa minit sebelum tidur uols, tapi kalau terlelap sampai ke pagi tu takpelah consider bonus. Tapi jangan pula korang bagi heart attack kat suami uols, baik2 nak ajak bermanja2 terus cancel dengan muka putih uols tu ^_^

 nampak tak eye bag mek tu?
sangat teruk kan? ini seawal jam 7.00 Pagi ok.

 muka mek takde lah flawless mana pun, sama juga dengan jalan tar yang korang hari2 pijak tu.
tapi dengan adanya camera 360 terus mak nampak muda 20 tahun  ^_^
masih nampak macam budak sekolah tak?

baik korang admit mek masih mcm budak skolah? or else aku geget tengkuk korang hahaha

moral of the story! korang kenalah pandai untuk mejaga kecantikan dan penampilan diri masing-masing, 
kalau korang tengok sekarang, ramai jer cik gayah dan cik kelempuk kat luar sana yang berumur 40tahun tapi muka tetap nampak 20an, ko rasa? kalau cucuk itu lain cerita lah uols,
sekarang ni kita bercerita tentang kecantikan abadi iaitu air wuduk #OKBAI 

stay goddess people!

Eh korang nak tengok mak meroyan dalam video Hari Raya tak? Klik Sini
selain berblog mek juga suka upload video meroyan mek kat youtube, ok daaaaaaaa

Aug 22, 2013

Kifli Mally pelanggan bertuah di Starbucks



hi uols,

ingat tak lagi kisah mek kena ngorat dengan set-set bangla/pakistan/nepal tu, 
alaaaaa yang mek cantik umpama Aiswarya Rai tu ^_^

lepas je mek kena kacau terus mek lari ke Starbucks The Weld tu, feeling nak lepak minum kat situ tapi masalahnya tak jadi sebab ada hal so kena balik rumah.
Bila sampai dekat situ aku pun try lah guna Starbucks Card yang kononnya ada credit kat dalam, try punya try katanya tak boleh urghhhh tension mek dibuatnya. Tapi takpe tetap juga ingin rasa Dark Mocha.
Bila dah bayar semua terus nak blah! tapi di tahan nya kita wak? ingatkan apa lah kesalahan yang kita buat rupa-rupanya! 

MEK ADALAH PELANGGAN BERTUAH time tu!
 
Ingatkan dorang saja nak bagi I free starbucks rupanya ianya random based from the printing Receipt.
Nangis mek nok dapat lagi satu percuma Grande Free. Siapa peminat starbucks so jangan lupa mandi bunga haha mana lah tahu dapat free starbucks juga ^_^

 Stay Goddess People ^_^


Aug 21, 2013

Mee Kari Udang Galah - Resepi Haji Saharudin (3 Stars - Bolehlah!)




hi uols,

balik kerja terasa lapar pula perut ini, seperti dihenyak-henyak oleh abang gym haha dengan kudrat yang tak berapa terdaya ni, mek dengan kawan mek pun pergi lah menyusuri area cheras tu dengan harapan jumpa rezeki untuk dinner malam ni. 
 terjah dan terus menerjah, akhirnya jumpa lah satu restoran ni, yang di panggil Resepi Haji Saharuddin, signature kat sini ialah Udang Galah, so kalau makan kat sini confirm orang akan mengidam udang galah yang segar dan fresh kan?
 Nasi Goreng Udang Galah
 Sup Gear Box
 Kari Udang Galah

Harga standard dalam RM10 kebawah, kenapa aku cakap macam tu sebab aku dah lupa berapa haraga dia haha. Kang aku main letak ada pula kena tibai lepas ni. So kalau korang berkenan korang boleh lah pergi cari area cheras ni, Landmark berdekatan dengan Old Town White Coffee kat Bandar Sri Permaisuri ni.
 
 Ok selamat menjamu selerea semuanya ^_^ 

Stay goddess people.

Aug 19, 2013

Vlog Selamat Hari Raya dari The Terung Team.




hi uols,
Jangan pudarkan semangat beraya korang yer, walaupun sekarang ni dah masuk raya yang ke 10, namun open house masih banyak menanti pada setiap hari terutama weekend, so kepada mereka yang masih lagi berada di kampung demand cuti terlalu lama feeling sekeping, berhati-hati lah ketika memandu pulang ke ibu kota yang yer, sesak KL kembali dibuatnya
 Oleh itu mek dan kawan mek yang lain ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 2013 yang mulia ini ^_^

 Nampaknya dah lama kami tak menggilakan kan. Nak pula ditambah dengan stress bekerja haha. Harus lah all out dalam video uols. So kepada peminat tegar mek n the team. Enjoy lah yer. Mati kutu dah nak cari idea untuk hasilkan video lawak untuk uols semua. Kalau ada idea tu apa kata bagi idea. Nanti boleh lah the terung teams teruskan membuat video. Harap tanpa henti yop! Enjoy anak-anak mak sekalian.

stay goddess people ^_^

Aug 18, 2013

Jaga diri baik-baik di tempat orang, selamat bekerja semula!



hi uols,

tak sangka kan raya cepat sungguh masa berlalu, dari itu juga mek berasa sungguh bertuah kerana dapat merayakan raya ni bersama dengan mereka yang tersayang.

andai kata lah sabtu ni kita tak dapat berjumpa sebelum awak fly balik ke Overseas, awak baca je lah kat sini yer. Sebelum ni mek nak ucapkan terima kasih sebab kembalikan feeling dan semangat sayang mek tu. Awak pun tahu kan ianya telah hilang beberapa tahun yang lepas.

Akhirnya dapat juga merasa kembali kemanisan dalam perkenalan, tapi apa yang pasti bila dah tiba masa untuk mengikut haluan masing-masing, sakit yang ditanggung ini lah yang mek takutkan selama ini. Nampaknya ianya menjadi realiti. Siapa tahu kan mek menangis keseorangan bertemankan dengan kenangan Teddy Bear yang besar di dalam bilik setia melihat dan duduk kaku terdengar esakan perit dari mek.

Kadang-kadang tu nak juga pukul dan tampar diri ini, sambil mengatakan diri ini di depan cermin! kenapa bodoh sangat mudah jejaskan perasaan terhadap sesuatu yang tidak pasti? kenapa hati ini mudah sangat untuk mengenal dan menyayangi orang yang tidak diketahui usulnya kerana hanya dia berbekalkan kebaikan yang menjadi kunci untuk meraih kepercayaan mek.

kenapa bukan hati dan perasaan itu di lulurkan kepada seseorang yang berbaloi, seseorang yang boleh menjenguk mu dikala kamu sakit, seseorang yang boleh menumpang kan bahunya tatkala mek ingin mengalirkan air mata, seseorang yang mampu memberikan apa yang terbaik untuk diri mek!. Akan tetapi kenapa perlu orang yang jauh nun di sana?

kenapa perasaan ini selalu tidak mengadili diri mek, kenapa perlu saja ingin melihat mek di dalam kekecewaan. Sedangkan tawa riang, gembira, gelak tawa dan saat bahagia bersama sangat sekejap dipinjamkan untuk kita merasa apa itu naluri dan perasaan sayang. Bila kita dah betul-betul serasi pasti ada saja yang menjadi halangan untuk meneguhkan  tiang yang tegak terpacak itu.

Adakah entry ini akan berulang dan terus berulang jika mek menjumpai pengganti awak,
dan berapa kali akan mek coretkan perasaan mek di dalam blog yang tak berapa nak hidup ni,
Jangan risau blog ini akan tetap hidup jika awak memberikan nafas untuk diri mek,  

apa pun awak dah berjanji untuk sentiasa bertegur sapa dan berkirim layang, itu kata awak pada mek, mek tak pernah menjanjikan apa-apa, kerana mek tahu mek akan lupa dek dikambus masa yang berlalu pergi. Awak menyuruh mek mencari pengganti lain sedangkan di saat ini hati mek hanya terpaut pada awak seorang, kenapa tiada kepercayaan langsung buat mek, mungkin juga kerana awak sudah ada yang setia menunggu nun jauh disana, apa kan daya kalau ianya terus berputar belit, mek percaya itu terletak ada pada karma. Akhir kata penutup bicara, Jikalau kita masih mampu bertahan kita pasti akan bersua lagi.
Sampaikan salam sayang mek pada mereka di glasgow ^_^
bye-bye kucing ku yang berbulu lebat. mek senantiasa menyayangi dan merindui kamu sayang ^_^

Aug 17, 2013

Mek kena ngorat lagi dik! Penat lah macam ni hari-hari!



hi uols,

nok ko rasa mek ni cantik tak?
berani mati kan mek buat statement macam tu kena ngorat ko ingat mek ni Anjalna yang cantik berkulit sawo matang mcm tu.
 hah ni lah Anjalna yang mak maksud kan tu, berkulit sawo matang katanya. Klik Sini kalau nak tengok minah cokelat ni berlakon bersama dengan hadek2 hanjingan.

ok sambung balik cerita mak yang kena ngorat tu uols,
sedih taw uols kalau yang ngorat mak tu handsome bak Amir Khan mek ok sajooooo tapi yang ini dah macam pembantu kebun kak ton je uols. Pakistan uolsssss PAKISTANI engkoooo
memang set set macam dorang ni memang pantang tengok mek lalu melenggang apa dia ingat mak ni lenggang ala2 Victoria Secret ke apa?
 naik penat dah uols mak nak tangani masalah seperti ini ^_^
 semalam lepas balik keje tu nak pergi the weld tekak ni house starbuck katanya, hah engko semenjak dah bekerja ni tekak kita sesuai dengan starbuck je kalau air lain tu macam tak berapa nak ngam. Faham je lah kan hadek2 baru nak up ^_^

nampak pula mamat bangla 3 orang ni tengah lalu depan aku, then nak cepat aku pintas lah mamat feeling hot tu dengan sun glasses dia yang tak berapa nak kena tu.
 hah sesuai lah mcm ni 3 orang, feeling dok jadi foreigner kat sini, walhal ko keje bancuh simen kat Jalan P.Ramlee tu kan? betul tak cakap mak? haha

bila mak pintas tu, terus diterkam nya mak dari belakang uols hahhaa, 
Excuse me, where is the KL Tower?
Huh, sorry I'm not quite sure! *menggelabah walhal sebelah tu je KL Tower.
What You Malaysian You Don't Know?
Sorry I just get back from Oversea, find it your self or else ask the nearest police station to guide 3 of you.
(Wahhh kalau lah mek confident boleh reply mcm tu hahaha)
 You are CUTE and Pretty sambil pegang bahu mek, siap package kena tepuk2 manja lagi.
Mek dah cuak uols, time tu mek dengan kawan mek si syah kelempuk ni punnn terus blah. Ouh tidakkkk

aku rasa dorang ingat mak ni jelmaan aishwarya rai
 yer cik abang ada apa yang adik boleh bantu? sambil posing maut mcm tu, kannnnnnnnn
tu yang membuatkan 3 orang puaka tu gersang tengok mek.
mek taw lah mek cantik ya ampunsss tapi jangan lah sampai kau approach mek macam tu sekali. Lain kali mek nak pakai sari lepas tu melenggang depan office tengok ada dorang nak approach, paling tidak pun mek kena tangkap masuk rumah sakit jiwa.
 apa sudah curang sama saya, ini surat cerai dari kami bertiga, abang bertiga tidak setia pada kami 
kata si isteri. Ok baiiii

Stay goddess people ^_^

Aug 15, 2013

Dinner berkonsepkan 1001 Malam (Arabian Night) @TKG Crew




hi uols,

since dah lepas raya ni baru ada masa nak update blog, 
actually hari tu ada event berbuka puasa, al maklumlah TKG Crew memang tak pernah akan missed acara tahunan seperti Berbuka Puasa, Open House Raya dan sebagainya. 

TKG Crew sinonim dengan diva-diva tanah air yang verangan seperti madona haha ^_^
so kali ni mak muncul dalam adegan berjubah bertutup litup hanya memakai sedikit eyeshadow brown dan juga eyeliner. Baru nampak sedikit seperti wanita arab. Tudung pula berkonsepkan Dato Siti Nurhaliza gitu.

Bertempat di Flora Cafe Ampwalk Jalan Ampang. Terima kasih kepada tuan punya kedai kerana sudi menerima perangai liar semasa ditempat kejadian. Nasib baik tiada yang masuk ICU je haha.

Selaku wakil blogger untuk Tkg Crew mek kena snap pic kedatangan semua ahli, dan korang boleh pilih mana satu yang berkenan di bawah. 
dan tak lupa juga ketinggalan dengan outfit of that day ^_^
 makanan dan juadah yang dihidangkan oleh Flora Cafe amatlah sedap, dan aku percaya hari biasa pun masakan mereka adalah sama. Kepada mereka yang sudah biasa ke sini confirm tahu macam mana masakan serta menu mereka. 
Tak sangka yer kawan mek beli kasut yang sama dari Vincci
mek memang pengumpul sneakers uols, fetish katanya. 
kalau boleh nak aim Charles & Keith pula next month haha
 Tahniah kepada para pemenang, best dress dan best attitude ^_^
 maka bersurai lah sudah tahun ini punya event, so yang bakal berlangsung ialah Rumah Terbuka TKG Crew, pasti kali ni lebih meriah berbanding sebelumnya. haha tak sabar nak tengok apa pula tema yang dikenakan selain dari tema berhari raya.
 Korang bayangkan selepas selesai je buka puasa kat flora cafe tu, kita orang pergi meroyan kat Cube Bukit Bintang, berdepan dengan H&M. Malam sedikit kesesakan lalu lintas sekitar bukit bintang dan kawasan sewaktu dengan nya kerana melihat hadek-hadek berjubah. 

Pak arab jangan lah di tanya, meroyan mereka melihat kita orang, siap sorak bersahut-sahutan ^_^

stay goddess my lovely angel.