Jul 31, 2013

Berbuka puasa bersama Samsung Blogger @ paparich bangsar




hi uols,

hari raya semakin dekat ni semakin terasa berdebar dan excited sangat sebab tahun ini makna lebaran itu lebih membawa nikmat kepada kami sekeluarga. Kalau korang baca entry aku pasal beraya bersama samsung, memang bermakna. Tak sia-sia aku memilih samsung uols. kata orang biar kecil yang penting gembira di samping keluarga ^_^

Samsung ni kira baik yang teramat, sudah lah dia jemput kita orang blogger melayu ni datang untuk berbuka puasa bersama-sama di Paparich Bangsar. Hari tu yukiko dan juga Donovan yang incharge kat kita orang semua. Kesian dia nak melayan karenah kita orang yang masuk air ni ^_^
adalah dalam 27 blogger yang menghadirkan diri.
sampai je aku terus pergi cari port baik punya sebab nak snap pic, sekali tengok toilet juga yang aku serbu ^_^
sempat berborak ringan dengan Yana n Pen merah ^_^
korang spot lah sendiri berapa blogger otai yang ada kat situ ^_^
maaf lah yer kak illy dan kak lily ku sayang sebab snap pic korang time candid ni.

last but not least korang tengok video ni, hasil dari sorang mamat ni,
aku suka sebab muka aku banyak hahaha boleh tengok banyak2 kali ^_^ pandai dia edit....!!! terbaik

sebagai token Samsung bagi kita orang duit raya yeah!!!!, (RM50+Starbucks card with extra credit on it) ^_^ selain dari itu juga dalam starbucks card tu dah ada credit. Tinggal nak swipe sajooo, so siapa nak aku belanja, please PM lah yer hahahaha ^_^

*Janji kat diri sendiri lepas ni akan bawa camera ^_^, rugi sebab kualiti gambar kurang jelas huhu. Tak lupa juga kepada manoah consulting Sdn Bhd #donovan chan dan juga #yukiko both of your done a great job!

Jul 28, 2013

Nasi Ayam Hainan Sg Wang, feeling-feeling sexy



hi uols,

berbuka di Nasi Ayam Sg Wang tu not bad actually cuma kalau korang tak confident better jangan pergi berbuka kat situ. Mana lah tahu uols semua masih lagi trauma dengan kisah "bak kut teh" tu mak tak bertanggung jawab.
so in terms of safety korang pergi lah menapak kat mana-mana bazar ramadhan dan makan lah sepuas-puasnya disituuuuuu.
   actually kan mek baru jer tengok kawan mek perform lagu raya 2  3 lagu kat BB Plaza tu, 
aha yang kat BB plaza stage dia cenonet tu jer, naik 5 orang terus ranap stage tu.
itu sempena IKLON musim yang ke 4 uols. Lepas dah settle jadi PA tak berbayar beliau terus lah ke Nasi Ayam Hainan kat tingkat atas.
hah betol tak cakap aku, sedapppppp serius tak tipu ^_^
Harga standard RM10 kebawah...
kalau korag ada hati nak pergi rasa jemput lah, aku tak tahu level berapa 
pandai-pandai korang lah cari, apa yang aku tahu kedai ni bersebelah dengan TEPANYAKI kat sg wang tu. Betol-betol kat sebelah.
Spot the different ^_^

lepas tu dah settle berbuka yang penting perut kembung kekenyangan ni,
"eh uols tekak ni rasa hauslah jom chatime"
sudah kena pula menapak lepak kat chatime, lepak starbuck mahal tak mampu mek nak belanja semua orang hahahaha. Kalau untuk Giveaway mak tu nanti confirm akan diberi Voucher Starbuck #eh
perut sudah kenyang, mata sudah kuyu, 
apa lagi uols balik rumah lah buat sexy pose yang menggedik kan.
nanti klu jumpa aku kat luar kahak lah yer!!!!

hahaha kesah pula aku, haktuih!!!

stay gorgeous my lovely readers.

Jul 27, 2013

Teaser: Giveaway Pertama dari KifliMally.com. Sempena Bulan suci uols~




hi uols,

sempena bulan puasa ni aku teringin sangat nak buat contest, so aku berharap korang dapat lah join yer, dan kalau aku tengok readers aku majority nya orang KL ^_^ for sure lah kawan dari facebook gak kan!!!

aku akan buat contest ni dalam hujung bulan ni, sebab aku nak cari sponsor!!! wah mampo nak cari sponsor? haha jangan pandang mek sebelah mata yer uols, so far ada dah 4-5 sponsor.

aku memang tak aspect ramai yang akan join sebab aku pun takut tak reti nak pilih mana satu pemenang yang terbaik gituuuu!!! so far aku akan buka kepada blogger kemudian kalau ada sambutan tak salah kan kalau aku open kepada fans Jambu. #pitammm verangan ada fan katanya.
ok lah uols jumpa lagi ^_^ malam ni ada concept berbuka TKG 1001 bertemakan Arab.
Tak sabar nak tengok kawan-kawan berkonsepkan padang pasir ni huhu


Jul 25, 2013

aku budak marketing, tapi kena belajar benda lain!




Hi uols

Hari ni dah genap sebulan mek kerja, dan biasalah aku ni kerja sebagai Graduate Trainee! sajo, So aku sebenarnya suka dengan cara mereka hired a fresh graduate in this way, sebab mereka akan memberikan kita banyak pendedahan dengan cara bekerja dan juga environment.  walaupun time praktikal dah lalui semua tu kan?

Korang nak tahu tak kat mana aku keje skang ni? Haha tak salahkan kalau aku mention nama company aku kat dalam blog ni, takde sapa yang marahkan? Ok lah aku keje kat Axa Affin General Insurance Berhad.
Aku sangat suka dengan cara mereka layan aku sebagai budak fresh ni! Ok sekarang ni aku kena training selama 1 tahun lepas tu aku akan pilih department mana yang aku berkenan nak masuk! So setiap department tu mereka akan letak aku selama 3 bulan untuk belajar semua benda semaksima yang boleh.
Jadi department aku yang pertama ialah JENG JENG JENG!!!!! Underwrtitting!!!! Apa itu underwriting? Aku sendiri pun tak taw, mungkin kerja “menulis di bawah”  = underwriting haha 
lepas underwritting, aku akan ke department Broking pula.

Serius aku takde background dalam insurance tapi apa yang pasti aku jenis yang suka belajar benda yang baru, dan aku respect team member yang ada kat underwriting department ni especially team Engineering and construction. Ko bayangkan lah mek yang background in Business IT boleh training underwriting in Engineering and construction ^_^ umpama ikan kena belajar hidup di darat selama setahun.
Boss kalau I nak datang keje rambut panjang boleh tak? ^_^

Sungguh tak tipu aku mudah cepat mesra dengan staff-staff dekat sini. Hurmmmm apa yang akan terjadi seterusnya? Korang kena lah tunggu yer wahhh dah macam boleh buat drama hidup aku kan haha ^_^ 
 
Stay goddess my readers!!!

Jul 24, 2013

Emak mana yang sanggup tinggalkan anak dalam kereta!



hi uols,

serious aku ingat benda ni just buah mulut orang jer, sebab kat opis pun ada staff yang bercerita pasal benda ni. Dimana si ibu terlalu leka dengan sesuatu sehingga terlupa baby kecil mereka tertinggal kat seat belakang kereta. CHOiiiiiiii~ ini tidak masuk akal!!!
click here for the video!!!
nak baca artikel lain baca kat sini "Mom Who Left Baby in Hot Car Charged with Neglect"
korang bayang kan lah ada juga si ibu yang cuai sehingga melibatkan nyawa anak sendiri kan?
korang rasa kat Malaysia ada tak ibu yang cuai seperti ini?
terlalu khusyuk nak shopping atau dah terlambat nak waxing bulu kaki terkalut sampai dia lupa yang baby kat seat belakang, kena pula baby jenis pendiam baik je tak buat bising!!!! ko rasa? mati sia-sia je haha 

Harap-harap tiadalah yer.

nampak seperti tak logik kan? tapi kalau tiada kes tiadalah video ni dibuat dan disebar untuk peringatan semua. betol tak cakap mek ni? Apa pun harap korang sentiasa berhati-hati yer, sentiasa ingat periksa kereta tu betol2 sebelum keluar shopping, eh shopping lagi hahah ^_^
 petang-petang macam ni best tengok sunset.
sebelum menunggu waktu berbuka.

"Awak tengok matahari tu dah tenggelam, tapi jangan risau sy akan pastikan malam awk disinari bulan penuh!!!"

matilahhhhh mek feeling dibuatnya haha. 

Stay goddess my readers!!
    

Jul 23, 2013

Raya Moments of Closeness with Samsung (Saat Keakraban Raya dengan Samsung)




hi uols,

Bersyukur sekali lagi Tahun ini aku diberi peluang untuk menjalinkan keakraban raya bersama dengan orang yang tersayang ^_^ 

Kalau di imbas kembali pada tahun sebelumnya aku sendiri sudah dua tahun aku tak merasakan apa itu erti Saat Raya yang sebenar. Mungkin pada tahun ini dengan kehadiran keluarga baru dalam hidup aku (Samsung S4) dapat memberikan kenangan untuk seumur hidup aku.
Open House TKG Part 1 & Part 2
 bersama dengan salah seorang BFF time kat kolej.

kalau aku sendiri perhatikan kebanyakan gambar dalam kenangan aku ni semuanya dari kawan-kawan rapat. Sedangkan aku takde gambar bersama dengan orang yang tersayang. Bukan tiada masa cuma jarak dan masa itu selalu je menjadi penghalang. Mak & Ayah pula jenis yang tak suka bergambar.
 Ini tak boleh jadi, tahun ini dengan adanya Samsung S4/Note II aku akan pastikan yang kami sekeluarga 
mendapat kenangan yang terbaik dengan hasil kualiti dari Samsung S4 ini. 
*Mak & Ayah tunggu yer. Kali ni kita akan pastikan Raya yang paling meriah untuk tahun ini.
Kadang-kardang tu agak cemburu juga lah dengan family orang lain pada setiap tahun mereka happening bersama dengan sanak saudara. 

Bukan nya family aku tak meriah cuma gambar untuk dipotraitkan memang tiada. So semua tu hanya kenangan di dalam diri sendiri jer. Tapi jangan risau dengan adanya Samsung S4/Note II kali ini. Saya pasti keluarga En Mally akan happening tahun ini. Amin~

Kenapa aku memilih Samsung S4 dan Juga Samsung Note II?
ini kerana dengan adanya gadget teman sejati di raya tahun ini, mungkin aku boleh share setiap saat detik kegembiraan bersama dengan keluarga tersayang. Hanya dengan sekali klik boleh terus di share pada semua orang ^__^
Selepas itu mungkin saya akan potraitkan kenangan itu bersama dengan Samsung, korang pun boleh share kenangan potrait bersama keluarga tercinta tahun ini ^_^ KLIK SINI
Jangan tunggu lama Jom kita abadikan kenangan bersama keluarga tercinta ^_^

EH!!! korang tengok bagaimana Samsung buat iklan yang sangat menyentuh hati.
Terima Kasih Samsung kerana memahami apa keperluan kami ^_^

Saat Keakraban Raya Kifli Mally dengan Samsung!!! Selamat Hari Raya uols~

*eh kalau suka entry ni please klik like kat bawah ni yer, arghhh tak kira korang kena juga like hehehe ^_^ 

Jul 21, 2013

JO budak cina berpuasa sehari, mek sayang uols!



hi uols,

Tak sangka sungguh ada je antara kawan-kawan kita yang non muslim tapi ingin dan boleh berpuasa selama sehari bersama dengan kita kan! Contoh macam si JO ni, dia teringin sangat nak mencabar diri dia untuk berpuasa tahan lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara yang jahat. Suka statement uols!
 don't play2 akak adalah pengaraca info anda hari ini.

In terms of agama tak payah nak cerita kat sini lah sebab blog mek ni pun blog lahanat bukan ada unsur keislamana pun, tapi apa yang pasti JO berpuasa dan berjaya harungi selama sehari ^_^ nampak lah muka ko sedikit lesu. 
Youtube JO berpuasa sehari!

Biar dia ambil sebagai challenge and face it in other way around. Kalau dia sanggup berpuasa sure dia akan bersahur dan dia perlu tahu kenapa kita perlu bersahur dan tak terasa lapar dan dahaga disiang hari. Berpuasa juga baik untuk kesihatan tubuh badan kita, kurangnya tercemar dengan makanan-makanan yang tidak sihat. Kannnnnnn ^_^ setuju tak dengan mek kali ni. 

kalau JO boleh semarakkan suasana di bulan ramadhan kenapa tidak kita kan?
kawan mek yang berbangsa india pun turut sama berpuasa. ko ada? haha
ouh JO ku sayang hahaha mari sini berbuka puasa dengan mek ^_^

p/s: kenapa lah si alvin dan si vivian tu tak ikut jejak langkah si JO ni kan? ini tak, nak juga disumbat nya krook-krook tu sebagai menu berbuka mereka. Bak Kut Teh uols~

Stay goddess uols ^_^


Jul 20, 2013

Makcik tu marah sebab Minion Happy Meal McDonald habis.



hi uols,

kejap bagi mek lontarkan vokal yer
MOTIFFFFFFFFFFFFFFFF!!!!

ko ingat ko anak kerabat di raja nak marah-marah depan kaunter, ah sau kalau jenis yang tua-tua memang mulut lancang + tak reti sabar, serius itu apa yang aku nampak. Fikir lah logik makcik oiiiiiiii orang lain pun beratur tapi kau jenis yang suka CUT Q lepas tu ada hati nak lepas geram dekat staff McD.

kira baiklah dorang nak serve muka ko taw ah sau!!!! kalau di serve nye bola tampar kat muka ko??? berderai pula satu hallll

aku sendiri pun nak juga pergi beli dan collect each of those freakin yellow minion, but then i've change my mind straight away after watched this video.
 Klik Sini kalau uols semua nak tengok video ni.
selepas dah tengok video tu ko rasa ko ada hati lagi tak nak pergi beli.
walaupun ko memang gila vavi patung cenonet tu.
hah enko daaaaaaa sampai penghujung jalan mana lah korang semua beratur,
kalau aku join korang confirm aku akan bawa kerusi malas aku, bekal makan skit, tikar mengkuang dan kipas kopitiam.
tahniah lah mek ucapkan kalau uols semua dapat kumpul semua patung tu yer.
kalau korang gagal untuk kumpul even 1 patung tu korang consider GAGAL hahahaha


Semalam aku pergi sg wang beli asam timbang kat level atas, aku tanya aunty tu, 
"U tak pergi beli itu toy mcdonal ker?"
"telalu lamai ooooohhhhh"
"Rugi taw, kesian u punya cucu tak dapat itu patung"
"U pun kumpul itu patung ker?"
"Of course, sekarang i dah kumpul 10 patung" Ko ada? libasss rambut K BAI~

Stay goddess.

Jul 18, 2013

Ranking ke 2 di blogr.my, 94 visitors sajo!!!!



hi uols,

aku paling suka kalau post blog kat BlogR.my, sebab website mereka jenis yang teratur dan tak memeningkan. Walaupun website tu kadang-kadang offline sakit juga hati kita ni dibuat wak!!! tapi sayang punye pasal mek tetap gigihkan diri tunggu sehingga online balik. Gigih tak gigih mek uols?
 hah gitu hari ni bila mek nak update blog terus tengok blog mek tersenarai sebelah cik nisa kay kita ni,
dia ni mak hayam very the fofularrrrr mek tumpang sikit je fofular dia haha. Dulu mek ingat dia ni kekwat nak mampossss sekali dah kenal hmmmm haramm masuk air juga satu kepala dengan mek hahaha ^_^ rindu kat ko nok!!!!!

ada beberapa kemungkinan orang masuk blog mek!!!
60% sebab mereka tertarik dengan tajuk entry mek,
20% sebab terjumpa SEO mek kat google, nak-nak lagi yang sesat online kat google tu. Cari high heels terus terhumban ke blog me
19% sebab suka tengok muka mek yang comel kiut miut ni hahaha
1% others, ini cliche tak tahu nak jelaskan macam mana lagi ^_^ boleh dikatakan mak punya peminat setia laaaa hahaha  tak boleh blah.

Eh!!! blah ke boleh blah ker, jangan lupa hujung bulan ni mek akan buat give away yang pertama tau!!! so sapa suka sila hidu ketiak masam masing-masing. hahaa. 
clue hadiah tu nanti ialah ketiak masam? hahahahhaha
ok so jangan lupa update give away tu yer.
kalau tak de hujung bulan ni korang serang rumah mek kat cheras ni hahaha

stay goddess my readers. Muah~

Jul 17, 2013

Boleh nampak disitu yang aku dah tin-tong!






Hi uols,

Haiyoooo makin lama makin tua aku dibuatnya, daya ingatan pun makin susut.  Muka cantik tapi kalau mereng tak guna juga kan haha.

Hari ini seperti biasalah during lunch hour aku nak lunch dengan kawan aku dia sebelah tower then dia ada mention yang dia punya Blackberry dia problem. So I assume dia tak pakai any phone at all.
So macam mana nak set time kalau aku tak boleh nak call dia. Betul tak? Then aku pun try call dia punya no. 0178943341~ the conversation starts like this.

“uols nanti nak jumpa macam mana ek?”

“jumpa kat tempat biasa jelah!”

“oooo yeke abis tu macam mana aku nak contact, phone ko kan rosak? Nanti aku terkapai-kapai tunggu kok at bawah ofis taw, macam mana kalau aku sesat lepas tu tak jadi lunch. Nanti aku lapar!!! Ko tak kesian kat aku ker? Dah lah nak lunch jauh!!!”

“oi malaun ko call skang ni bukan mobile phone aku ker? phone yang rosak bukan nya sim card aku!!”

“bunyi cengkerik, aku saje je nak test. Mana lah tahu phone ko dah elok ker!”

aha betul juga, dah aku call no phone tu dan ada orang jawab maksudnya boleh contact lah kan? sengal tol aku time tu!!
Sekian lebih kurang macam tu lah kalau dah tension keje. Ko ingat kalau ada masa tu pergilah berhibur ok. Kita kerja untuk menikmati hidup dan makesure try semua all the possibilities. Jangan jadi macam mek ni, muka cantik tapi mereng!!!! 
tintong juga, kecomelan harus di maintain kan hahahah

Stay goddess my lovely readers. ^_^

Jul 16, 2013

Lelaki Metroseksual dan Kasut Tinggi (High Heels).



hi uols,

This gonna be quick update.
Bagi aku bukan lah menjadi satu isu kalau lelaki mengenakan Kasut Tinggi (Heels) lebih tinggi dari wanita tulen. *amik kau statement flawless dari mek!!!

Even mek sendiri lelaki metroseksual ada beberapa koleksi heels seperti entry disini!!!
Pernah ke uols semua tengok lelaki-lelaki ni pakai heel kemudian merayau2 sekitar KL?
rasanya tak pernah kot, melainkan ada event seperti fashion show ataupun Heels fashion show.

kawan mek si Abam ni, recently asyik dok tag mek kat fb pasal satu group dancers lelaki ni menari sambil pakai stiletto 7inch.
hah yang ni VIDEO
dan yang ni. VIDEO

Aku pun tak taw kalau dia nampak group lelaki berheels confirm dia akan terus tag mek kat fb. Sakit aku rasa budak ni haha ^_^ terus lah mek pula teringat zaman muda bergetah dulu uols, boleh round satu pavi pakai heels ni.
ni kat pavi uols, entrance belah belakang. Entry selebihnya
tak cukup dengan itu mek menge-pose pula dengan heels less ni.
kalau nak tengok gambar lagi banyak mek menonggeng klik sini

 sebenarnya dah lama nak buat come back pergi shopping wearing heels ^_^ that's why I summon their names upon. hehe the 3 diva yang berani utk pakai heels as a men ^_^
1. Angah Sherry - berboots
2 Ah boy - rambut merah
3. Mimi - purple chick
4. kifli mally - glasses

mek acah jer, ntah dorang ni ada masa ke tidak haha. 
apa pun kalau ada nanti mek akan tetap update untuk tatapan uols semua ok daaaaaaaaaaaaaa

stay goddess my loyal readers.

TKG Crew berketuk-ketuk ramadhan.



hi uols,

apa khabar uols, harap sihat lah hendaknya yer!!!
minggu lepas mek dengan geng-geng kelempuk berbuka puasa di rumah Fahmey.
dengan berkonsepkan Ketuk-Ketuk Ramadhan.

aku memang suka bab-bab makan free ni lebih-lebih lagi menu yang disediakan tu cukup menarik perhatian. 
ada Ayam masak santan anak dibuang negeri, ikan masin rangup teratak jingga, paru masak sambal berlada tun teja, ada juga sambal petai si kentut busuk!!! minuman riang ria warna-warni ^_^ hah puas tak dengan nama menu dia.
 
 ada nampak macam potrait keluarga tak?
yang botak tu paling otai sekali, kat Dun Cheras ni dia lah yang pegang. Sebut je nama dia Safira LOI, confirm makcik-makcik kat cheras ni kenal dia.

sebenarnya ramai lagi yang tak dapat nak join TKG Crew berbuka untuk kali ni. 
takpe masing-masing mungkin busy kan? 
di samping keluarga, di sisi suami.bercuti luar negara #eh macam-macam laaaa~
 dah ada instagram terus guna video 10 saat tu ^_^
 ketuk-ketuk ramadhan yang kedua insyahAllah akan di adakan di lain tempat, paling tidak pun di rumah yang sama kot haha ^_^ Btw thanx Fahmey buat event berbuka ni. Moga bertambah rezeki ko anak beranak #eh

selamat menjalani ibadah puasa, ingat jangan terlalu kuat menghanjing kan kawan-kawan di bulan yang mulia ni. Nanti ko dah masuk je 1 syawal korang berperang lah sepuas-puasnya hahaha
salam sayang dari mek KifliMally.com

Jul 13, 2013

Berapa juadah korang berbuka sehari?




hi uols,

sabtu ni buat apa jer, confirm ramai yang kat rumah kan ^_^
petang nanti baru turun ke bazar untuk beli juadah berbuka.

tapi ingat kalau beli juadah berbuka tu jangan lebih dari apa yang kita idamkan yer,
shima banyak nye ko beli sampai 10 plastik!
uols bukan selalu semua makanan ni memang aku ngidam!

hamik kau kalau dah ngidam 10 jenis makanan, agak2 memang smpi hujung ramadan pun seperti ini keR?
biasanya aku sendiri pun macam tu, ingat time bulan ramadan ni aku jimat lah dari segi kewangan, sekali tengok kadang tu bulan ramadan aku paling banyak membazir. CHoiiiiiii tak baik untuk kesihatan bank account uols~ makin susut dibuatnya.
muka yang dapat berehat di rumah pada weekend ^_^
percaya tak muka macam mek ni berbuka dengan juadan 3 pilihan saja 
nasi+lauk, kuih-muih, air hahaha
klik gambar tersebut untuk view video di facebook mek!
 
Stay goddess di bulan ramadan ini uols~