May 9, 2013

Kifli Mally: Tom n Toms Coffee Cafe at Silom Review




hi uols,
  
Sepanjang aku ada kat Bangkok Thailand aku banyak habiskan masa aku pada belah malam dekat Tom n Toms Coffee. So since pertama kali lagi kawan aku ahboy yang ajak lepak kat sana pada malam pertama sampai kat bangkok terus smpi hari ke terakhir boleh dikatakan makan kat situ hehe.
Tom n Toms Coffee silom bangkok
 dari segi concept kedai sangat santai dengan decorasi yang dorang buat cukup selesa, kalau korang nak study kat sini pun sangat-sangat sesuai sebab mereka ada sediakan bilik yang agak private dan selepas tu dorang akan sediakan satu kawasan kusyen dimana korang boleh bersantai beramai2, dan juga pada belah luar tu dorang sediakan satu tempat yang berkonsepkan tepi pantai, lantai diperbuat dari kayu pantai dan ada canopy.
 
 
 Ni salah satu yang membuatkan aku teringin ke sana tiap malam sebab aku boleh online sampai pagi esok haha, mereka sediakan wifi dan juga 2 buah PC ni. Aku ada update live dari sana tapi simple je lah haha KLIK SINI

Eh bukan itu je, malah aku turut tertarik dengan menu mereka yang sangat sedap dan menarik tu ok. Contohnya seperti dekat Tom n Toms Coffee ni dorang akan ada sediakan 3 best seller menu, tak pun as their own signature menu. Gituuu~
Honey Butter - RM12
Kepingan roti bakar yang cukup crunchy bersertakan dengan lapisan madu dan yang penting cream moist ditaburkan dengan cinnamon (kalau tak silap ^_^)
Tortilla - RM12
OMG pizza yang comel ni jangan dipandang kerana kecil yer, sekali rasa confirm korang boleh makan dalam 3 pinggan. Cheese yang cukup bergetah serius aku puji tortilla ni terasa kot cheese yang cukup banyak ^_^ dan Pizza hut sendiri takde keju sekental itu haha.
 Ice Lemon Tea & Chocolate Blended Cinnamon
Maaf yer harga dia aku ingat tapi dalam RM5 je macam tu.
 so kepada korang yang belum berkesempatan insyaAllah nanti kalau uols ada masa jangan lupa singah ke cafe ni taw. Serius tak rugi ^_^ kalau mek boleh datang berkali-kali takkan uols pula tak boleh kan hehe.
Time aku stay kat Silom Bangkok, cafe ni bersebelahan dengan Patpong night market. Sangat dekat ^_^

Stay Goddess People

No comments :