hey uols,
Kebanyakan entry yang aku buat semuanya aku akan simpan dengan kemas kat Draft pada blogspot ni, kemudian bila aku nak post pada keesok kan harinya baru lah aku akan buat dalam bentuk schedule post. Bagi aku untuk post tepat pada masanya adalah amat penting kerana readers tak akan terkejar2 untuk membaca setiap post entry dari kita.
Aku ada 3 waktu yang aku rasa memang aku suka post time tu contohnya seperti
8am 5pm dan 10pm
sebab setiap waktu itu mempunyai cara yang berbeza untuk menarik reader ke blog korang, dan apa yang pasti mereka akan sentiasa ada masa yang panjang untuk selak muka surat di blog korang.
8AM - seawal jam 8 pagi biasanya aku akan mencari readers contohnya yang bersiap2 nak ke office dan juga ke kuliah. Pada kebiasaanya orang yang akan ke office ni mereka sampai kat office tak akan terus buat kerja kan, confirm mereka akan surf something sebelum start berkerja, berlainan pula pada student sebab bagi aku mereka ada banyak masa untuk surf internet. Sebab time kat UNIKL dulu pun aku akan selalu macam tu.
5PM - ini adalah waktu selepas untuk mereka yang tengah berada dirumah, tak kirah lah sama ada bersantai mahupun dalam perjalanan balik ke rumah. Pada kebiasaanya mereka yang akan berada dirumah ambil masa terlebih dahulu sebelum melayari internet, contoh seperti memasak, makan kat luar, lepak dengan kawan, mandi dan solat kan tak gitu. So selepas itu baru mereka akan mula ada masa sediki untuk onlinekan diri.
10PM - rasanya ni tak perlu kot, tapi aku biasakan diri untuk update blog pada 10pm sebab bagi aku semua orang sebelum tidur confirm akan selak gadget mereka kat atas katil paling tidak pun mereka akan confirm online sebelum masuk tidur.
So kitaran tu adalah teratur dimana, contohnya kalau aku ada post entry yang menarik dan boleh buat traffik tinggi aku akan post entry seawal pagi sebab ada 9jam untuk post tu bertahan sebelum aku nak post entry aku yang kedua pada pukul 5pm, paling lama pun kol 10pm,
Paling maksima aku post entry dalam sehari ialah 2 entry sahaja ^_^
Korang pula bila waktu yang sesuai untuk korang post cerita kat blog korang?
stay goddess people~
saya punya time post tak menentu patutla macam tak ada orang sangat nak baca entry saya..hehehee
ReplyDelete@fiza saiza Boleh juga kalau uols nak post secara random tapi makesure post tu bertahan dalam beberapan jam, dan maksimum utk sehari uols. Then lepas tu update lagi cerita baru. ^_^
ReplyDeleteNice tips! Takadalah lepas ni update seminggu sekali je, tu pulak wordless wednesday hahahahaha...
ReplyDelete