hi uols,
wow what a surprise rupanya ada juga rezeki aku untuk menyaksikan rakan-rakan aku perform untuk show musical kali ini. Seperti biasa ianya bertempat di Istana Budaya, tiada tempat yang setanding di Malaysia selain Istana Budaya, anugerah pentas persembahan yang sangat mengujakan.
haha due date aku untuk update cerita ni lebih kurang isnin lepas tapi akibat pending dengan keje lain baru skang ni nak buat entry. At least terbuat daripada tiada langsung kan?
Jalan cerita yang amat memberi pengajaran kepada semua lapisan masyarakat dimana jangan lah kita sesekali memandang rendah pada mereka dari segi status, paras rupa, pangkat, dan harta kerana itu semua tidak menjaminkan apa-apa! setuju?
Kalau dah nama pun kat Chow Kit apa yang pertama sekali akan terlintas kat fikiran korang?
Busuk, kotor, tempat dilabel sebagai "Tempat Hitam", lorong haji taib penuh dengan pondan dan maknyah, penagih dadah, pelacur dan peragut ada dimana-mana saja.
Dan tak terlepas pandang anak-anak muda yang menjadi penggangur jalanan.
Confirm salah satu statement mek kat atas tu korang pernah fikirkan?
Lihat betapa girangnya mereka berlakon, pelbagai warna dan watak dicurahkan dalam pentas lakonan mereka kali ini. Chow Kit Road di main oleh pelakon dan watak yang tidak kurang hebatnya contoh seperti:
Adibah Noor, Anding Indrawani, Junji Delfino, Nadia Aqilah, Shanti Venugopal dan Tony Eusoff, teater ini diarahkan oleh pengarah filem Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin.
Dan sebanyak 17 lagu Sudirman mengiringi jalan cerita dalam pementasan ini
termasuklah Pesta Dunia, Milik Siapakah Gadis Ini, Langit Petang,
Basikal Tua dan Warisan. Korang mesti tahu betapa gemersik dan syahdu lirik lagu Sudirman kan?
Chow Kit Road Sarat dengan Emosi? Tang mana ek? Tang Anding kena marah dengan mak nya, atau dimana Anding kembali ke pangkuan keluargnya dan dapat mengetahui yang Tony Eusoff adalah ayah kandung beliau?
Watak dan penghayatan yang perlu di keraskan lagi ^_^
bukan cakap tak best, cuma perlu tingkat kan lagi usaha tu untuk sampaikan emosi pada penonton, mesej tu memang dari awal hingga akhir kami semua dah faham.
Nadia Aqilah you are the best GIRL!!!!!
ker aku sorang je yang feeling watak si nadia ni yang best.
Aruel dan Zaza lah yang turut sama berlakon dalam teater ni
Stay Goddess People~
wowwwwwwwwwwwwwwww,awesome gila :D
ReplyDelete@Mek Onie uols sempat tak g tengok teater ni? hehe
ReplyDeleteCerita dia awesome uools.. the moment Santhi buka mulut. Mak terus berdiri kasi standing ovation...
ReplyDelete@Macikz Konah wow ^_^ mak hayam chow kita katanya
ReplyDelete