Apr 11, 2013

Macam mana kalau hilang sijil PMR, SPM dan STPM?



hey uols,

siapa sini yang pernah kehilangan sijil, serius aku dah kehilangan sijil tu 2 tahun lepas tapi aku buat dek je skang baru aku tahu kalau tak recover balik sijil-sijil tu kat Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia kat Putrajaya Presint 1 memang susah untuk nak dibawa ke interview ^_^

Aku tak kisah sangat sijil PMR dan SPM aku tu sebab benda tu semua boleh ambil copy kat putrajaya tapi sijil aku yang lain tu, dari tadika taw aku kumpul sijil tu semua. Sekali tengok hilang macm tu je. Dah lah file sijil aku tu banyak isinya

T___T nanges kejap 

Takpelah benda pasti akan ada hilang dan munculnya kan?
 so pagi tadi aku pun naik lah ERL menuju ke putrajaya dan terus ambil teksi bertiket (RM13) ke presint 1 kompleks E11. Sampai je kat Lembaga peperikasaan tu kat kompleks E11 korang terus pergi ke kaunter dan pegawai yang bertugas akan bagi korang borang biru untuk di isi berserta dengan RM10 sebagai pengerasnya. Lepas tu uols kena tunggu dalam 1jam. 

tadi mek datang dorang time lunch hour so kematu gak bontot ni tunggu sampai sharp pukul 3pm baru dapat amik salinan tu. Bila nama korang di panggil ko pergi amik salinan tu dan check. Kalau semua nya betul baru lah korang boleh BLAH! ^_^

bagi korang yang feeling busy takde masa nak datang sendiri ke putrajaya ni boleh je buat online uols. Jangan risau kerajaan ada je cara untuk selesaikan setiap masalah tak gitu?
so kalau korang nak isi form secara online dah dihantar ke depan pintu rumah korang boleh tengok kat page ini untuk keterangan lebih lanjut ok [klik sini]

ini adalah waktu mereka beroperasi:
(i) Isnin hingga Khamis : 8.30 pg – 4.30 ptg     
(ii) Jumaat : 8.30 pg – 12.00 tengahari - Buka Semula 2.45 ptg – 4.30 ptg

Stay goddess muah ^_^


6 comments :

  1. i like. hahah. thanks for the info Kiflie. muah muah muah

    ReplyDelete
  2. Sy pun hilang semua jugak sijil2..dah la pernah jd mpk uni dulu. Mmg byk la sijil. hmm. Pasal resume mcm mana kamu update? Sbb mmg sy update resume sy. Mmg letak la jwatan2 praktikal sume tu dlm resume. Skrg dah xde bukti. Nak kne buat surat ke utk pgesahan resume.

    ReplyDelete
  3. @DaisyMe tu la rasanya saya pun takde cara macam mana nak dapatkan balik semua sijil2 tu sebab ianya bukan seperti sijil PMR SPM yang mmg sah. Setakat sijil seperti pencapaian bukan academic tu mmg susah sedikit wak ^_^

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi pejabat apa dokumen-dokumen yang diorang minta eh? Btw, aku hilang sijil PMR...

    ReplyDelete
  5. Bro, nti kan pihak kementerian akn bg sijil original semula atau salinan shj.

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni