Apr 10, 2013

Bercuti di Bangkok Thailand Part 3 - The Platinum Mall dan Pratunam Market



hye uols,

ini adalah part 3 untuk percutian mek kat Bangkok, so dalam part ke 3 ni mek akan cover 2 tempat iaitu Pratunam Market dan juga The Plantinum Shopping Complex. Kan dah macam dalam sesi memberi pelajaran pula. 
sekitar di Nana area

Seperti biasa transport kita orang more into Train BTS dari Sala Daeng station ke Nana Station. Katanya di Nana station tu ada makanan halal kalau tak silap Muhsin Restoran, aku pun dah lupa apa nama restoran tu. Tapi end up dengan kekecewaan sebab kita orang tak dapat jumpa restoran tu so kita orang amik Motor untuk ke The Platinum Fashion Mall
So kepada korang yang ingin cepat sampai ke tempat yang dituju motor adalah kenderaan yang paling flexibel. So Dari Nana Plaza tu weols terus shot dengan menggunakan khidmat dari brader motor ni.
Ada 3 kenderaan yang disediakan di Bangkok ni, Taxi, Tuk tuk dan juga motor. Dari nana plaza ke The Platinum kena charge RM6
City Complex ni berhadapan dengan The Platinum Fashion Mall, 
sampai je kita orang kat The Platinum tu pertama sekali yang kita orang terjah ialah Food Court, misi mencari makanan halal ^_^
Structured bangunan kat dalam ni lebih kurang sama jer dengan Times Square, penuh dengan barang pakaian dan juga teknologi. Sesetengah brand yang tak dipakai di Malaysia mereka masih lagi pakai dekat Thailand. Yang bestnya shopping kat tempat dorang ni korang boleh tawar menawar. Kalau ko terror tawar harga rendah so Thailand adalah spot terbaik anda untuk bershopping.


ok sepanjang makanan yang dijual kat food court tu hanya satu ni je yang rasanya halal, tambahan pula kalau korang nak cari makanan halal korang kena tengok tanda logo halal pada sign board makanan mereka. Yang lain tu boleh juga kalau nak rasa tapi kenalah confident ok. Aku makan nasi briyani dan harga pun mahal juga uols. Lebih kurang dalam RM20

 sistem makanan dorang kalau nak makan kat food court ialah korang kena pakai kad so pergilah kah kaunter tu reload dalam RM20 (Ikut suka hati) kemudian pergilah ke gerai mana korang nak makan. Bila korang dah selesai makan korang boleh pergi balik ke kaunter tu dan redeem balik balance korang yang tinggal. Bersistematik kan? so far kalau kat KL kat Times Square tu ada guna sistem macam ni.

Takotao Sotong ^_^

apa yang aku suka orang kat thailand ni cara dorang sedia dan hidangakan makanan tak kedekut dan mereka akan bagi kita makan tu dengan bersungguh-sungguh. Kawan aku makan nasi goreng ketam dah lah isi yang banyak siap boleh terkunyah kulit ketam lagi haha. 

selesai je kita orang lunch dekat The Platinum Food Court kita orang beralih ker Pratunam Market. Ok dekat sini lebih kurang macam dekat Chatucak Market dimana mereka turut menjual pakaian yang murah. Pelbagai pilihan yang korang boleh buat, tapi tu lah sempit sikit jalan yang nak dilalui ni uols, tambahan pula pada hari minggu. 
 Kami terpaksa berasak-asak untuk sampai ke penghujung jalan. Bagi aku kalau nak shopping pada hujung minggu spot yang terbaik adalah Chatuchak market. Oleh kerana terlalu banyak kedai yang dibuka kat tepi jalan macam ni, so kebanyakan barang mereka jual tu sama je. Cuma berlainan design.

 Oklah uols tunggu pula next entry ok, di mana mek pergi berjalan kat area Siam Paragon. Lebih kurang macam pavilion uols. Bye2
stay Goddess.

4 comments :

  1. @aku eryati yer memang best uols kalau ada rezeki pergi melancong kat sini murah pun murah

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  3. woo..sotong tu nmpak best je! shopping kat bangkok mmg seronok! sy paling suka Platinum fashion mall !

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni