Apr 8, 2013

Bercuti di Bangkok Thailand Part 2 - Chatuchak Market



hey uols,

we meet again ^_^
seperti yang aku dah mention pasal entry yang lepas macam mana nak amik public transport dari Airport ke hotel korang. Selain dari tu juga pasal hotel review pun mek dah buat kan [klik sini]
so sekarang ni jum tengok apa aktiviti yang mek buat sepanjang berada kat Bangkok ni uols ^_^
Aktiviti hari ini ialah round satu Pasar Chatuchak seluas lebih dari 35 hektar uols, dan anggaran peniaga yang berniaga kat situ dari 5000-9000 peniaga. Dari menjual pakaian hinggalah ker Makanan. Ko rasa? time tu memang tak tercabut ke segala tulang aku yang ada. Lepas tu majoriti yang datang ke Chatuchak ni dorang akan seret luggage sebab dorang akan borong dalam kuantiti yang banyak.  
 korang tengok lah betapa ramainya orang berpusu-pusu nak ke Pasat Chatuchak ni. Sebab mereka buka pada weekend saja. So weekdays mereka akan berniaga benda lain dan juga akan jadi parking lot kalau tak silap aku yer. Dan bagi mereka yang berniaga tu memang akan ambil kesempatan untuk berniaga dengan serius sebab mereka ada 2 hari sajo ^_^ 

The best partnya ialah barang mereka tawarkan tu terlalu rendah hinggakan korang rasa seolah macam tidak percaya. Yer! sungguh aku tak tipu haha. MURAH UOLS~ 

dan bagi aku barangan yang melibatkan kulit adalah kepakaran mereka, tak kira lah kulit tiruan ataupun original hasilnya tetap nampak . Mereka terlalu kreatif uols hingga benda yang korang tak terfikir dorang boleh buat dan design ^_^
 PULUT MANGGA mereka adalah yang terbaik dari ladang haha. Kawan aku sepanjang 6 hari tu dia kat Bangkok 5 hari dia akan tetap merasa Pulut Mangga ni ko rasa? Dia sapu minyak krok krok tak? 
Plaris jualan katanya. Dan apa yang penting Dresscode cukup mainkan peranan uols. Kalau makcik ni jual mcm ni kat masjid jamek ramai yang orang prihatin call rumah tunggal sakit jiwa ^_^
Ouh heaven uols. Kalau uols reti untuk tawar lagi boleh dapat cheaper than anything you can imagine. (Psycho sikit hehe) Bagi hadek-hadek memang hidup dorang meriah sebab semua yang mereka nak kat sini ada ok. Lepas tu aku ada ternampak group hadek-hadek berlima uols tgh dok seret Luggage besar. Ko rasa? borong lah uols apa lagi ^_^

Supposedly bahagian dalam shop lot yang banyak2 tu akan tutup dalam pukul 7PM dan kemeriahan suasana pada belah malam pula akan menyuluh sepanjang perjalanan korang. Kiri dan kanan jalan mereka menjual. Masih tak puas hati uols dah tutup kat gerai bahagian dalam dorang boleh pula bentang tikar berniaga kat tepi jalan. Sepanjang jalan ok. Korang bayangkan? 35hektar tu?
 nnti kita upload pic belah malam pula ok.
 bersebelahan dengan Pasar Chatuchak tu ada satu Chatuchak Park dimana korang boleh lepak, rehat dan bersantai setelah seharian korang bershopping dan cuci mata. Tikar mengkuang tu dijual dalam berapa ringgit aku sendiri tak sure. Mungkin disewakan kot ^_^
Taman yang sangat luas dan station Mo Chit Station dan juga MRT hanya bersebelahan dengan Chatuchak Park ni. Bagi korang yang suka shopping kat sini adalah tempat yang sesuai utk korang nak pergi bershopping

Menurut sumber yang mek dapat dari orang sekitar ada 4 tempat yang mereka akan pergi utk bershopping
  1. Chatuchak Market
  2. Pratunam Market
  3. The Platinum Shopping Complex
  4. MBK Shopping Complex
 Shopping complex tu lebih kurang sama je dengan Sg Wang dan juga Times Square kat KL ni.
stay tuned untuk part yang ke 3 ok.


No comments :