hey uols,
kira baru lagi mek baru pulang dari Thailand uols, satu pengalaman yang mek memang tak boleh nak lupakan. Yang penting event ke Bangkok Thailand ni akan di jadikan event tahunan gamaknya sebab kalau nak shopping tu tersangat lah heaven uols. Di tambah pula dengan mamat-mamat jambu sekeliling alam. Setapak je ko melangkah keluar dari pintu hotel terus buta uols. Elok-elok orang thailand ni ^_^
Jadi kebiasaannya mek akan share sepanjang perjalanan mek kat Rantau orang ni, don't based only on image purely coz it wont help that much ^_^ so read everything that am gonna write down.
Bagi mereka yang touch down flight kat Don Mueang International Airport dia ada dua option sama ada korang nak naik teksi atau naik bus then turun kat BTS Skytrain untuk ke Hotel Penginapan korang. Kalau naik teksi tu harga dalam lebih kurang RM40-50 itu pun kalau tak jamn uols ^_^
makcik (conductor) ni sangat baik. Walaupun dia tak berapa faham nak ber-communicate in English tapi dia cuba sedaya upaya untuk bagi kita faham tempat yang nak dituju. The way mereka taking each other mek sangat salute. Time ni kat dalam bus semua lengkap ada Malaysia,China, Indonesia, Philipine, Thailand haha serumpun asia katanya.
So mek amik bus lepas tu turun kat Mo Chit station lepas tu tukar kat Siam Station dan terus menuju ke Sala Daeng Station. Dari Airport tu tambang bus hanya 30baht = RM3. Hotel mek sangat dekat dengan Sala Daeng Station lebih kurang dalam 5minit berjalan kaki. Hotel yang mek duduk tu ialah Wall Street Inn Hotel korang boleh usha kalau korang rasa nak stay kat situ.
Airport > Bus > Mo Chit Station > Siam (Interchanged) > Sala Daeng.
kalau korang still tak faham korang boleh refer maps kat bawah ni
Dari Mo Chit Station tu korang boleh beli terus ticket menuju ke Sala Daeng sebanyak 40baht = RM4
kiranya Siam Station tu sama seperti Chan Sow Lin Station kat KL ni. Kalau korang nak cepat faham korang tengok je kat belakang ticket tu confirm korang akan cepat faham ^_^
Kalau korang ada nampak button 15, 20, 25 itu menunjukkan jumlah nilai yang korang kena bayar untuk setiap transaksi. Duit syiling saja yang boleh diterima 5 dan 10 baht sahaja (50sen & RM1). Aku sarankan kalau korang jenis yang naik train better beli pass perjalanan dengan itu korang lebih jimat. Nampak jer macam nilai dorang tu kecik tapi sebenarnya lebih kurang je dengan harga tiket kita kat KL tu uols. So untuk penjimatan yang lebih beli pass perjalanan ok.
Station yang sangat cantik dan bersih, time ni memang tak ramai orang sebab train mereka tutup pada 12am so aku sempat naik train yang terakhir ^_^ siapa kata travel seorang diri kita akan hilang arah. Hehe yang penting korang kena berani untuk gambl. Bila kita berada di tempat orang kita akan cuba untuk ikut gaya dan environment mereka baru rasa secure. Sebenarnya kat Bangkok tu takde lah bahaya mana pun. Even mek boleh jalan sorang-sorang je kat semua tempat tanpa rasa perasaan takut tapi apa pun kena always secure uols.
Kalau keluar tu jangan bawa buku passport. Makesure bawa copy sahaja. Korang just copy muka depan yang ada gambar muka uols tu. Kalau nak keluar tu bawa duit ikut keperluan saja uols. Unless kalau uols betul-betul plan nak shopping ok.
Wall Street Inn Hotel
lokasi yang boleh dikatakan strategic sbab bersebelahan dengan Patpong Night Market, dalam 5 minit berjalan kaki dah sampai ke BTS sky train Saladaeng Station dan juga MRT subway (Silom Station). Lepas tu Silom Shopping Complex. Kalau korang nak tengok apa yang tarikan yang berdekatan kat Wall Sreet Inn Silom area ni korang boleh klik sini
So stay tuned people for next upcoming part 2 ^_^
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehotel ni jauh tak kalau nak pegi MBK?
ReplyDeleteserius best melancong!! Jom g melancong lagi ke Thailand or mane-mane je..
ReplyDeleteDapatkan juga Tips Melancong Disini yang sungguh marbeles ini