Apr 30, 2013

Kifli Mally: Hampir Melupakan Mu ChurpChurp!

hey uols,

wah cantiknya hari masing-masing berseri kan bila weekend tiba, cuba kalau weekend semua macam nenek kebayan jer. Hari ni tiba-tiba terbuka email dah ternampak satu campaign!

CAMPAIGN? like seriously aku paling pantang nampak benda ni sebab aku akan ingat bendalah ni memang boleh buat duit ^_^ 

so aku pun buka lah acount churp2 aku yang dah tak pernah masuk lebih kurang 2 bulan rasanya. Hurm aku pun tak taw bila last masuk ke account churp2, walaupun cara nak dapatkan duit dari churp2 amatlah mudah dan senang tapi tulah mungkin churp2 tak pandai nak tarik perhatian dari aku kot.
then seperti ini email yang aku terima and I supposed korang semua pun sure akan dapat email yang sama.

so banyak yang mereka perlu improved macam mana nak tarik minat blogger dan juga pengguna churp2 untuk lebih setia. Aku ada je cadangan yang bernas tapi well every women have their own secret weapon haha. WOMEN sangat aku ni kan?????
WHooooopsy the campaign has already given out, like seriously even I baru je share bendalah nie lepas tu aku refresh balik terus dikatakan seperti error message diatas ^_^
Guys seriously lah takde sangat pun duit yang balance dalam tu malas nak push lebih banyak nak kumpul duit sebab takut terulang pula kes dimana ex staff dorang hijack into all the system then semua amount yang dorang dah penat-penat collect selama ni. Likeeee nooooo thanks

So mungkin dari situ aku pun dah malas nak amik port sngt dengan churp2 ni so better aku stick dengan akak ko je lah iaitu Nuffnang. Nanti kalau ada yang lagi better baru aku akan decide nak pilih hehe.

korang pula macam mana? confirm korang punya churp2 dah membukit kannnnn cecah puluhan ribu agaknya. Bagi aku cukup je lah sekali kot aku cash out.

Stay goddess people~

Apr 28, 2013

Akhirnya Samsung Galaxy S4 Dah Released Di Malaysia




hey uols,

Roadshow Teaser dah pun dibuat sekitar bukit bintang so kini tiba masanya untuk Samsung Mobile Malaysia untuk melancarkan Smartphone Galaxy 4 mereka yang terkini. Pada 27th April 2013 merupakan hari gemilang buat Samsung Galaxy S4 kerana mereka sekali lagi telah berjaya melancarkan model terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S4. Hasil peningkatan mutu dari S3
Siapa antara korang yang dah pergi tengok Galaxy 4 ni? Cool kan? Awesome kan? Just nice tak terlalu besar dan tak terlalu kecil untuk di pegang, even you hold in one hand still can handle the phones kan? Just niceeeeee~

So aku pergi time dorang launching kat The Berjaya Times Square selepas itu baru dorang buat official launch kat Lowyat Plaza. Sebab kat situ lah pusat gadget area bukit bintang ni kan? 
Sampai je kat lokasi terus direct ke pameran Galaxy S4 dan tengok features yang ada, tanpa fikir panjang aku terus tertarik dengan reka bentuk aplikasi S4 ni.

pertama sebab screen S4 ni sangat panjang dan lebar sesuai untuk mereka yang membaca article 
kedua kelebihan terletak pada camera, dimana 13MP dan 2MP pada camera hadapan.
ketiga ialah graphic yang super HD
keempat ialah battery life S4 sebanyak 2,600 mAh. Boleh bertahan lebih dari sehari ^_^ sweet
 
 oleh sebab itu aku kalau diberi peluang inginkan S4 ini dengan segera haha
 
tengok lah betapa saya dan cik lily putih tak ingin nak lepaskan Samsung S4 ni. 
keadaan disitu amatlah sesak dimana ramai orang yang berpusu-pusu untuk merasa sendiri kehebatan telefon canggih ini. 
 ketibaan para tetamu VIP iaitu Mr. Kwon Jae Hoon (Pengarah Urusan bagi Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd) dan sekali gus melancarkan acara perasmian pada pagi tu.
Jom kita tengok betapa cantik dan sharp nya aplikasi camera S4 ni.
 
 S4 ini telah membuatkan gambar kita sangat kurus ok. Dan smartphone seperti ini lah yang aku inginkan ^_^
 Sepanjang aku berada di ruang pameran tu, dengan kemunculan 2 selebriti sensasi ni Liyana Jasmay dan Awal Ashaari terus makin ramai yang berpusu-pusu lagi untuk mengambil gambar dan melihat telatah seberiti ini menggunakan S4 tersebut. Yang penting mereka tengah menunjukkan salah satu aplikasi yang terbaru dari S4.
 
 Selain dari selebriti sensasi aku juga sempat berbual dengan selebriti blogger iaitu Maria Elena ^_^
akhirnya dapat juga aku tengok gegurl bermata cokelat ni. "Smekum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang" missed so much the old ME

Habis je perasmian dekat Berjaya Times Square ni, terus kita orang semua moved forward ke Lowyat Plaza untuk ke destinasi akhir iaitu syurga teknologi. 
Lihat betapa ramai pengunjung yang keluar masuk tanpa henti, semua masing-masing teruja dengan kehebatan samsung S4 ni. Siapa yang dapat beli dulu confirm mereka sangat-sangat akan berpuas hati dengan pilihan yang dibuat, Sebab aku sendiri pun akan suggest kan smartphone S4 adalah smartphone yang terbaik untuk abad ini.
Ok korang lihat lah ada 7 warna pilihan untuk cover phone S4 kali ni. Rasanya free gift kot untuk setiap pembelian.
Acara tidak berakhir dengan itu saja yer, banyak sebenarnya yang mereka lancarkan contohnya seperti adegan dari artis kita iaitu Liyana Jasmay dan juga Awal Ashaari. Selain dari itu mereka ada persembahkan Flashmob seperti di Times Square dan juga di Lowyat Plaza.  
lihat lah betapa ramainya mereka yang ignin menyaksikan persembahan tarian dah juga aneka silap mata tak lupa juga membuat persembahan uols, semua tu melambang S4 nye theme kan ^_^

Kalau korang nak tengok persembahan dan FlashMob tu korang boleh klik link dibawah ini
So harga Samsung S4 ini ialah RM2199 itu adalah harga asal tanpa sebarang contract yang korang ambil. Tapi kebetulan time berada di Times Square tu mereka mengadakan promotion bersama denan U-Mobile 

Untuk Package dari Stunning UMobile seperti
  • U58 (RM58/Permonth), Phone Price RM1,588, 2 Years Contract, 2GB Data Plan
  • U88 (RM88/Permonth), Phone Price RM1,388, 2 Years Contract, 3GB Data Plan
  • UPremium (RM168/Permonth), Phone Price RM899, 2 Years Contract, 5GB Data Plan
Ini adalah Data Plan dari UMobile korang boleh juga pergi tengok kat Telco lain seperti Maxis, Celcom dan Maxis. Harap korang enjoy dengan phone baru korang yer ^_^ 

Stay goddess people~


Apr 27, 2013

Kifli Mally: Eh! kenapa perlu ada perang bendera ek? (PRU13)



hey uols,


 
hah so apa pendapat korang? kenapa tiap kali PRU ada je perang bendera di adakan, tak cukup lagi ke dengan ceramah kesana dan kemari lepas tu di tambah lagi dengan social media. Kotak TV mahupun laptop dan segala gadget yang korang tengok tu adalah cara mereka melebarkan manifesto dan juga cara untuk mempernagruhi pengundi yang berdiri di atas pagar,

Akak cantik: Kenapa perlu ada bendera di semua tempat (Perang Bendera)?
Akak cantik sikit: Sebab untuk mempengaruhi mereka (pengundi) yang berdiri di atas pagar!

so maksudnya ada juga lah yer pengundi yang tidak menyokong mana-mana parti. Ok fine itu masalahnya yang membuatkan satu lagi kos yang dikeluarkan untuk memberikan korang ni pengaruh dan juga semangat then baru lah korang nak mengundi yer? tak gitu!

. OMG Please lah korang sebagai rakyat dan juga pengundi yang dah lama tengok negara ni membangun buka kelopak mata korang yang ditumbuhi bulu mata tu. Siapa yang akan memajukan negara kalau bukan sesetengah parti ini. Kita diberikan akal untuk melakukan selidik

so tunggu apa lagi guna lah kaedah akak ni yer, SAR - SEARCH AND REACH 

sedih lah tiap kalau kalau nak adakan PRU perlu adanya perang bendera ni dan kena lagi keluar kos dan kena lagi korban nyawa kepada si pemasang bendera come on lah people. PERLU ker? 

PEMBAZIRAN ada dimana-mana je demi nak dapat kan title kerusi masing-masing. Bagi aku tak kisah lah siapa yang menang sekali pun ADUN mana yang berjaya meraih takhta TOLONG lahhhhhh satu je yang aku minta, tolong bangunkan negara dan jangan makan duit rakyat dengan cara memutar belitkan propaganda korang. Siapa menang kita sokong beramai-ramai dan cuba untuk berkerjasama ini tidak, terus nak bermasam muka. Ada yang sanggup berbelah keluarga sanggup putus ikatan saudara. SHIT~ nonsense.

korang tak setuju dengan mek takpe sebab mak tak pernah nak amik tahu pun apa jawapan dari korang. Kalau korang nak bertikam lidah gak, korang pergi lah ke forum ni KLIK SINI

Stay Goddess people!


Apr 26, 2013

Kifli Mally: Sesi Luahan bersama dengan DJ Kak Ton!

hey uols,

malam ni aku gerenti takkan korang semua dah tidur? for sure korang masih lagi berjaga kan dan anak-anak muda tengah siapkan diri all the nak ke club ^_^ jengggggggggggggg tu semua zaman tok kaduk hehe dah lama cuci kaki uols 

So semalam mek tengah ke udara dan dapat dengar suara kak ton 
comel tak kak ton? comellllllll
jadi kepada korang semua yang ada masalah tak nak pendam keseorangan
korang boleh lah sertai kak ton yer di dalam segmen luahan perasaan. Yolah tu kak ton pun sendiri banyak masalah cuma dia bnyk pendamkan diri je haha. Selamat berluah perasaan uols kasihan kak ton seorangan di konti malam ni

Stay goddess people ^_^

kifli mally: Aku tahu lah kau kaya!



hey uols,

wei aku tahu lah ko kaya! mak bapak ko dari golongan orang senang. Ko kalau nak berkawan dengan kita orang please bersikap sederhana. Kalau ko suka bergaul dengan orang macam kami please lah jangan bawa ko punya perwatakan anak orang kaya ko kedalam group ni ok.

aku tahu ko ada maid yang selesaikan semua masalah ko, tapi please jangan buat kami ni macam salah seorang maid ko kalau tidak Ni Makan dia!
samsiah ko pegang dia ketat2. Aku nak bagi penampo biar terburai gigi palsu dia tu.

kalau ko suka berkawan dengan orang macam kami ni ko patut tukar cara ko makan, kalau kau makan perlu ker nak mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Untuk apa siah? ko nak bagi kita orang semua dengar bunyi ko mengunyah tu mengatakan ko tak pernah rasa lapar walaupun sehari? 

kalau ko suka berkawan dengan orang macam kami ni ko patut tukar tingkah laku ko. Sebab kami ni jenis yang humble dan tak suka menunjuk2 kalau kami nak menunjuk2 pun memang bertempat. Sebab kami tahu kami tidak semampu engkau. Persetankan itu semua ok.

Kalau ko suka berkawan dengan orang macam kami ni ko jangan berlagak standard ko tinggi sangat. Ko itu tak boleh buat ini tak boleh buat. Tangan ko tu sama je dengan tangan kita orang. Takde pun kat tangan ko tertulis label tangan anak orang kaya tak boleh buat kerja.
So kalau ko suka berkawan dengan orang macam kami ni. Ko tak perlu nak show off sangat memang standard lah tu kalau ko tak ada kawan atau kawan ko semua mengelak nak berkawan dengan ko, ni lagi satu yang paling kita orang tak suka siah, ko please lah siah jangan cakap besar sebab kita orang tahu tu semua bukan datang dari ko, tu semua harta mak bapak kau siah, ko tu setakat menumpang je siah. So usaha sikit yer siah. ^_^

Stay goddess~

Apr 24, 2013

Kifli Mally: Ketagih bermain Candy Crush Saga.

hey uols,

siapa sini peminat tegar game Candy Crush Saga (CCS)? lahanat kan game tu uols? suka je membuatkan mek always hilang daya fokus pabila berada dirumah. Al maklumlah mek takde smartphone macam uols semua sekarang ni pakai android jer mek juga yang pakai BelakBirit (BlackBerry). 

So nak tak nak kenalah balik rumah baru dapat main dekat Apps Facebook. Takkan pula aku nak seret laptop aku ni tiap kali nak keluar rumah lepas tu minta wifi orang semata2 nak main CCS ni kan? ehhh tak kuasa lah aku.

Soalan pertama dari mek? uols semua dah takat level berapa?
huh dah sampai level 200 keatas!!!!!! mak sujub sembah kat uols
tapi korang boleh lawan mak ker????
 akak dah capai tahap level 344 hokay ^_^ kalau ada yang dah lepas level mak tu, bagi tahu aku nak hantar surat ugut haha. Hengat senang ke nak sampai tahap ni, nasib baiklah aku ada housemate yang tergilakan game ni juga. So boleh request life banyak kali. Lepas tu si cik epal tu pun sama kemaruk tul dengan game ni haha ^_^ epal nanti mak sent life banyak2 kat uols ok
 hah ngko!!!! dulu cakap apa ni main game macam budak-budak ^_^ 
sekali tengok aku duk sent invitation tu sekali dia main sampai sekarang dia dok mengamuk hempas meja sebab tak lepas level 20 hahahah.

oklah uols setakat itu saja mek nak update pasal game haram jadah ni, boleh sampai ke pagi kot aku main game ni, korang tak percaya ker? koran tanya lah kawan aku yang keje shift malam uols, aku duk teman dorang main abis je life request kat budak-budak keje malam. Ko rasa? tak ke aku ni dah kira bekerja cuma tak bergaji je haha

dan aku respect okay kat sorang aunty ah so tu boleh main game ni kat ipad dia sambil tunggu train tiba? korang orang muda mampu? tak mampo kannnn so respect kat aunty tu
 oh ye btw jangan lupa yer, samsung Galaxy S4 sudah hampir tiba di pasaran. So tunggu kemunculan mereka dalam masa terdekat ni ok ^_^ biar mek buat video special buat uols semua. Muah mak sayang anak mak sekalian.

Stay goddess peoples~

Promotion: Berita Baik Kepada Para Pengguna SK-II Di Malaysia

SOLD OUT - SORRY

hey uols,

wah title blog mek memang bertujuan baik untuk menarik perhatian kepada semua pengguna SK-II di malaysia ni ^_^, ini kerana kawan mek ada jual satu set Produk SK-II original yang dia beli terus dari Parkson, korang semua boleh rujuk gambar dibawah:
 Setaip satu dari produck ini dijual secara berasingan tapi bagi mereka yang ingin membeli semua satu set, harga promosi akan diberikan oleh ownernya. Jom kita tengok jenis set yang di jual.

1) SK-II Facial Treatment Cleansing Gel 100gm
2) SK-II Facial Treatment Essence 250ml

3) SK-II Facial Treatment Repair C 30ml
4) SK-II Face Cream Skin Signature 80gm
5) Facial Treatment UV Protection (SPF25) PA+
6) SK-II Cellumination Essence EX 50ml


Korang boleh klik pada setiap link produk SK-II untuk refer kat Parkson Website. Kawan aku ni pun beli kat Parkson tapi apa yang membezakan ialah kawan aku nak jual murah sebab dia dah tak pakai Set Produk ni. So harga confirm lebih murah dari harga asal.
 so kalau ada sesiapa yang berminat boleh lah contact mek melalui Facebook (Kifli Si Dolce) korang boleh PM sahaja, kemudian aku akan bagi no kawan aku yang nak jual tu ^_^
sorry lah aku tak leh nak bagi detail dia kat sini sebab takut nanti dia kena spam/prank. So mek juga yang kena tapis sekor-sekor then baru lah boleh lepas haha. Don't forget to spread the news yer.

Wah korang inginkan kulit selicin rumah yang baru dicat warna putih so tunggu apa lagi pitera essence lah jawabnya dari SK-II Produk, time mek snap gambar ni pun dengan penuh berhati-hati ok. Orang yang pakai SK-II ni adalah orang yang berwajah mahal uols, ko mampu ker letak pitera made from japan bernilai RM600 pada wajah uols tu. Fuh~ respect uols

oh yer kalau korang nak buat rujukan pergilah kat sini
 
stay goddess people ^_^

Apr 23, 2013

Kifli Mally: Jom kita ke NSK uols!



hey uols,

siapa sini yang pernah ke NSK? tak kiralah branch kat mana sekali pun tapi korang rasa NSK ni murah tak? bagi aku so far NSK ni boleh tahan gak harga dia kannnn murah pun murah uols, yang bagi kelebihan bila NSK ni buka 24jam, Aku ingt lagi hari tu aku dengan si salleh nak pergi cari Hamper untuk bowling tournament punya hadiah. 
Dan NSK saja lah satu-satunya mall yang masih buka waktu tu. Kita orang pergi ke NSK kat area Jalan Kuchai Lama tu jam 6 pagi. Boleh dikatakan serba lengkap lah sebab mereka menyediakan perlbagai jenis barangan dan pilihan dari barang kering hinggalah ke barang basah. So akak memang suka dengan NSK ni dhek!

so kepada mereka yang tak pernah pergi ke NSK ni korang pergi lah try beli barang kat situ pekerja dia pun nice jer sebab semuanya Bangla hahaha, so far perbandingan harga tu aku tak pernah buat lagi so kalau korang yang kaki beli barang pada tiap bulan tu boleh lah bandingkan mana supermarket lagi yang murah.
tapi aku terfikir gak kalau dah nama pun NSK ni buka 24jam bukan kah barang yang dijual tu mahal? takde lah mahal mana sampi kita perasan harga yang dia labelkan tu kan?
eh banyak tersnap gambar pasal barang basah pula ^_^

hurmmm ntah lah sekarang ni dah macam best pula buat video haha ^_^

stay goddess people.


Kifli Mally: Fashion Blogger meet up at The Warehouse KL



hey uols,

yeah hari ahad yang lepas group Fashion Fabulous Nuffnang telah adakan meet up untuk kali yang ke dua granddddd~ so kali ni lebih ramai yang participate so lebih banyak blogger baru yang aku kenal. Tapi biasalah uols minah-minah cina ni dengan group mereka sendiri gak. Terlalu pemalu katanya. Nasib baik lah mak ada geng seperti JQ, Max Low, Arran dan juga kak Adzlinda hehe dia datang lambat sikit ^_^

Bertempat di The Warehouse KL area pasar seni, so kepada korang yang suka band dan juga santai dining boleh lah korang dapat ke The Warehouse ni ^_^

so basically ada 3 designer dan brand yang diperkenalkan kat kita orang semua seperti 

Pestle & Mortar clothing (website)
Pestle & Mortar (Facebook)

Phat Culture (Website)
Phat Culture (Facebook)

 Milktee.nu (website)
Milktee.nu (facebook)

So aktiviti pada hari itu ialah mereka kena mencari pasangan masing2 dan gayakan salah satu brand tersebut dan kemudian nya snap pic tu dan sent ke Instagram Nuffnang ^_^ comment terbanyak akan mendapat hadiah dari Melvita.





Ok seperti yang korang tengok kiri Max Law, JQ dan Arran Foong kanan
mereka bertiga memperagakan Brand Pestle n Mortar dengan berkonsepkan Hipster style.

 itu adalah fashion blogger yang lain dimana mereka memperagakan Brand Phat Culture dan juga Milktee.nu
selain dari itu juga mereka ada memberikan pembuka selera yang santai kepada semua, pada belah atas The Warehouse KL ni korang boleh nampak ada tempat untuk mereka yang ingin menikmati makanan disini. Termpat yang teratur dan juga santai. Lantai mereka adalah dari kayu/papan seperti yang ada kat kampung korang tu haha. Takut sikit ^_^
 
 Dapat juga lah berbual dengan Ying (kiri) macam mana mereka tubuhkan online shop mereka sendiri. 
Ada juga beberapa tips yang diberikan oleh miss ying kita ni ^_^
kalau korang nak tengok keadaan The Warehouse KL korang boleh tengok video yang akak buat tu yer!!!!

stay goddess people ^_^