hey uols,
kalau korang nak lunch mek sarankan uols pergi lunch dekat Restoran Bambu kat Ampang tu.
Korang pun tau kan tempat tu tepi jalan jer. Ni pun dapat tahu dari kawan aku hari tu.
So aku pun tak nak lah lepaskan peluang melantak kat Restoran Bambu tu. Bila sampai tu sunyi sepi je tempat tu aman damai rasa uols, rasa macam balik kampung halaman. Menu hari tu mereka tak serve daging dan ayam so majoriti mak kena telan all the ikan-ikan tu.
Tapi minta maaf saya bukan penggemar ikan keli, tak tahu lah kenapa uols kalau aku nampak ikan keli tu macam nampak diri sendiri pula haha. Tapi ikan pari dia terbaik uols~
Ouh pengat pisang ini sangat mengancam boleh buat aku top up sampai 3 kali ^_^
Omaigod the cake. Huh tak boleh nak cakap lagi sungguh menggiurkan
macam mana aku tahu sedap walaupun aku tak rasa? haha musykil sngt
selera yer dhek. makan pelan-pelan yer kang tercekik pula ikan keli tu haha
kesian budak berdua ni uols aku jumpa kat tepi highway tu yang aku ajak dia makan sekali dengan aku :)
So berapa harga utk sekepala?
murah je uols RM9.90 korang makan lah sampai muntah haha
Isnin - Jumaat 12pm - 4pm
So berapa harga utk sekepala?
murah je uols RM9.90 korang makan lah sampai muntah haha
Isnin - Jumaat 12pm - 4pm
Sepanjang nak menuju ke tempat makan tu korang akan lalui pemandangan yang sangat menyejukkan mata. Ada concept menanam padi sekitar pondok tu dan juga ikap koi berenang kegirangan ^_^
dan yang paling best bila ada seorang budak pelayan tu sangat baik dan mesra tapi geli hati bila dia bercakap uols lidah pendek haha
jahat betul mulut mak ni kan. "Sthelamat Dhatang Nak Makhan buffet athau ala-carte"
so kalau korang ada jumpa budak lidah pendek tu cakap yang mak kirim salam, mak mana? mak aku kat kajang tu niaga cekodok ok.
6 comments :
lapo pula tgk makanan dlm pic ni. lg best entry ni kalau diletakkan senarai harga mknan yg dijual weee
@Khalid Kyle maaflah yer, baru terfikir kita takde letak harga pun haha :) baru je lepas edit uols
eemm sedapnyee ikan keli, rundu makanan Malaysia suda.. =( balik nnti pasti nak kesini..
@Diana kelassssssss uols kat mana ni? korea ek? huntunglahhh haha balik nnti makan keli banyak2 k
Seriuss,.. Murahnyaa. Ada hari2 ke? Ke time lunch je??
@YaNa Yassin Isnin - Jumaat 12pm - 4pm
Post a Comment