Feb 27, 2013

Konsert Permata Seni 2013 - Mensyukuri Nikmat Kedamaian

hey uols,

isnin yang baru berlangsung ni mek sempat hadirkan diri kat Panggung Sari Istana Budaya sempena dengan Konsert Permata Seni - Mensyukuri Nikmat Kedamaian 
Konsert ni sempena memberi kesedaran terhadap diri kita yang sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita lalui sebagai rakyat malaysia, mek terasa terhibur dengan setiap aksi lincah adik-adik kecil kita menari sampai tak sedar dah berlangsung selama 60minit.
Selain dari itu juga Amy Mastura juga turut serta memberi sokongan terhadap konsert.
kita orang datang juga sempat untuk memberikan sokongan kat kawan kita orang yang tengah perfom.
step yang sangat hebat yang di-choreograph oleh Belalang,
Kalau tak silap dalam sepanjang show ni mereka persembahkan dalam 3 bentuk Kesengsaraan, Kebahagiaan dan Aspirasi Anak Dunia.
1st montage tu dorang tunjukkan bagaiman sesengraan yang dialami dari segi kebuluran, penindasan dan penyakit yang boleh membunuh. Korang bayangkan lah setiap 5 saat kanak-kanak diluar sana mati akibat dari penyakit kelaparan.

Kita seharusnya lebih bersyukur. Mungkin kadang-kadang aku berfikir dimana kehidupan kita di Malaysia ni terlalu selesa hingga membuatkan kita alpa seketika. Aku tak minta negara kita untuk sama merasa penderitaan dan penindasan seperti negara saudara kita yang lain. Tapi dengan korang perhatikan video ataupun gambar sudah cukup terang kot menggambarkan keperitan yang mereka semua lalui tak begitu?
Dan persembahan ni berlangsung selama 2 hari iaitu
Isnin (25-feb) dan Selasa (26-feb) dan yang penting masuk adalah percuma.
 Persembahan gemilang dari choir, musician dan penari . Tapi kalau penari-penari tu diberikan masa lebih untuk berlatih aku percaya persembahan mereka confirm lagi terbaik.

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni