Feb 2, 2013

Genting Mobile Apps Launch di Wisma Genting Lounge


hey uols,


Baru-baru ni aku menghadirkan diri kat Wisma Genting sempena Resort World Genting melancarkan Mobile Apps mereka. Bahkan bukan itu saja uols kini Genting Apps telah pun di download dan diguna pakai melebihi 100,000 muat turun. Wow letop uols.~
 Pelancaran kali nie memberikan banyak impak yang terkini uols, selaras dengan peredaran masa wah meriah gitu! Genting Apps kini bukan saja boleh didapati pada Android App Store dan juga iOS App Store, malah genting telah pun mengadakan kerjasama bersama dengan Microsoft.

Jadi sekarang ni Genting Apps yang paling latest boleh didapati dalam Windows 8 Apps Store. Serius lagi mudah dan cepat untuk korang melakukan sebarang transaksi. 
 Resorts World Genting Executive Vice President, Dato’ Kevin Sim (Tengah) together with its Senior Vice President of E-Service, (Kiri) Mr Thomas Ng and Vice President of Marketing, Mr Chow Wei Heng.(Kanan)
 Mr Chow Wei Heng memberikan sedikit demo bagaimana untuk melakukan transaksi melalui Window 8 TV Plasma Touch Screen. Beberapa highlight apps yang di tunjukkan di dalam Genting Apps tu.
 ok ini beberapa Menu yang korang boleh lihat di dalam Genting Apps selepas korang download. Apa yang penting ianya sangat user friendly dan juga secure dari segi melakukan pembayaran.
Untuk maklumat tambahan korang jumlah penggunaan sebanyak 65% melalui iOS Apps Store manakala 35% dari Android Apps Store. Dan mereka meletak kan sasaran sebanyak 200,000 Genting Apps yang akan di download pada hujung tahun 2013.
 Selepas je kita orang selesai dengan taklimat dari Dato’ Kevin Sim serta soal sesi jawab, kini kita orang (Blogger & Media) diberi peluang untuk menggunakan Genting Apps. Seperti gambar di atas tu uols, ada beberapa gadget yang disediakan sebagai contoh display ^_^
Excited sis Adzlinda nak buat online booked melalui Genting Apps :)
kepada korang yang nak tahu lebih lanjut, korang boleh download kat link bawah ni ok.
Dan yang penting selesai je semua tu, mek terus ke part yang paling best iaitu makan. Thanx Genting ^_^


No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni