Feb 28, 2013

Asia's Next Top Model Cycle 1 Episode 12 - Video Released


hey uols,

macam mana dengan kehidupan korang? splendid or nay?
hahaha tak kesah lah apa pun yang korang buat sama ada baik or buruk yang penting korang tahu diri korang gorgeous. Baru je lepas tengok ANTM (Asian) dekat youtube dan seperti biasa ada beberapa yang membuatkan bibir aku terkumat kamit untuk memberikan pandangan walaupun pandangan aku ni selekeh dimata Hatta Dolmat mahupun Rizman Ruzaini hahaha

ok dalam episode kali ini hanya tinggal 4 orang model yang cantik, Jesica, Kate, Stephenie, & Sofea.
lepas tu Nadya beri mereka utk pergi casting
resultnya agak menghampakan bagi si gadis tinggi lampai ni.
dalam banyak-banyak casting yang dia attend tu satu pun tak lepas

Jessica : 3
Kate : 2
Sofia : 0
Stephanie : 2

so apa yang korang rasa bila tak dapat satu pun dari casting tu? confirm mak pun akan meroyan walaupun asalnya muka si sofia tu tenang je. Jessica jangan cakap lah dia dah dapat 5 kali best photo shot kot. Ko rasa? tak ke yang lain tu makan hati. Walaupun pada awalnya aku predict perempuan dari nepal tu yang menang Aastha. Jangkaan mak sekali lagi melecet yer. Rupanya Jessica bukan calang-calang orangnya.
ketiga-tiga photo di atas serius nampak seperti goddess of hong kong tapi sekali tengok pic dari sofia sayang seribu kali sayang.
sepanjang photo shot tu dia struggle dengan dress dia tu. Wanita japan ni berukuran 183cm, ko rasa?
mak yang ala-ala Fazura ni pun 172cm je. mana nak cari lagi baki 11cm tu? makan calcium sampai lebam ke? haha
 Tips1: Bila photographer cakap dia nak ELEGANT ko jangan lah buat lentok-lentok umpama duyung di darat. Korang just perlu bend sedikit dan pergerakan tangan sangat lah penting. Keadaan badan seharusnya flexible. Mimik muka berikan serius dan bibir mungilkan sedikit dan ingat bukan nya senyum.
Tips2: siapa cakap tubuh yang panjang jenjang cecah atap rumah always look stunning and gorgeous. NO NO NO kalau tubuh korang yang panjang tu tapi tak reti nak menge-pose kan sayang tu. Situasi ni di hadapi oleh sofia pada shoot kali ni. Dia terlalu banyak memikirkan pasal dress tu hingga lupa fokus pada mimik muka dan body pose.

dan sayangnya sofia tersingkir pada episode kali ni. Takpelah gurl dengan ketinggian dan pengalaman uols lepas ni confirm akan jadi model yang tip top.



Give away dari Kepochi Boutique - Part 1



hey uols,

salam mersa dan salam satu malaysia, mek tengah update guna jari kaki ni sebab jari tangan busy makan roti canai. Ko percaya ke idok? haha terpulang lah jah

hah ni mek nak pengumuman kat ko ZUZU owner kepada Kepochi Boutique. At last mek terseru dalam mimpi malam semalam nak buat entry berlipat kali ganda khas untuk ko sorang nok.

Zuzu ni salah seorang X-housemate aku yang dulu, masuk je 2012 aritu aku dah pindah rumah dan tinggalkan dia tapi weols still KEEP IN TOUCH - KIT tapi aku ingat kalau aku dah tak duduk dengan budak ni confirm akan jadi budak jalanan haha alih2 dah berkerjaya uols siap buka Boutique sendiri kat rumah hahaha. Ko mampo? 

so sekarang ni banyak lah give away yang dia bagi kat mek. Ouhhh suka sangat sambil gelek2 bontot.
hah engko ni baru part 1 taw actually kalau nak di ikutkan give away yang dia nak bagi kat aku tu dah masuk ke part 10 taw. Maklumlah mek kan busy dengan dato sana sini. So masa untuk nak update entry tu kurang. haha

letssssss tengok give away yang diberi kat mek
 yang pertama dia bagi kat mek ialah kemeja seed, bersaiz S yer yang penting aku repeat bersize S. Dia saje je bagi mek yang saiz kecik2 kan dia tahu kelemahan mek ala2 lembu laut ni haha. Ko sungguh biadap ek ZUZU haha
 3pcs of Ikea Wall Mirror. Wah sampai ke barang ikea dia boleh bagi kat mek kan?
hurm takan pula aku nak letak kat dalam bilik aku yang kecik tu kan dah macam stor cermin plk nanti haha.
takpe ruang tamu kan ada :)
 Harem pants dari bandung indonesia uols, amboiiiii sampai ke sana dia melancong. Hurmmm tengah fikir ni nak pakai waktu bila erk harem pants ni, ker aku pakai time nak g kebun pisang haha baru meletup uols, 
"dalam setandan pisang tak semua yang busuk" gituuuu~
 hah yang penting kasut Vincci uols~ ko rasa?
part ni aku palng suka sebab kaki mek more into saiz wanita US so saiz 40 tu memang tak lari ok.
part ni yang paling meletup. Wah dapat 3 item product kecantikan uols, pertama perfume cosmic radiance britney spears, davidoff cool water lotion dan wax rambut got2b from schwarzkopf ^_^

ok rasanya tu je lah setakat ni give away yang diberikan oleh Miss Zuzu kita.
 eh mamat mana ni? gituuuuuuu kenal kan inilah owner kepada kepochi boutique ^_^

Feb 27, 2013

Konsert Permata Seni 2013 - Mensyukuri Nikmat Kedamaian

hey uols,

isnin yang baru berlangsung ni mek sempat hadirkan diri kat Panggung Sari Istana Budaya sempena dengan Konsert Permata Seni - Mensyukuri Nikmat Kedamaian 
Konsert ni sempena memberi kesedaran terhadap diri kita yang sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita lalui sebagai rakyat malaysia, mek terasa terhibur dengan setiap aksi lincah adik-adik kecil kita menari sampai tak sedar dah berlangsung selama 60minit.
Selain dari itu juga Amy Mastura juga turut serta memberi sokongan terhadap konsert.
kita orang datang juga sempat untuk memberikan sokongan kat kawan kita orang yang tengah perfom.
step yang sangat hebat yang di-choreograph oleh Belalang,
Kalau tak silap dalam sepanjang show ni mereka persembahkan dalam 3 bentuk Kesengsaraan, Kebahagiaan dan Aspirasi Anak Dunia.
1st montage tu dorang tunjukkan bagaiman sesengraan yang dialami dari segi kebuluran, penindasan dan penyakit yang boleh membunuh. Korang bayangkan lah setiap 5 saat kanak-kanak diluar sana mati akibat dari penyakit kelaparan.

Kita seharusnya lebih bersyukur. Mungkin kadang-kadang aku berfikir dimana kehidupan kita di Malaysia ni terlalu selesa hingga membuatkan kita alpa seketika. Aku tak minta negara kita untuk sama merasa penderitaan dan penindasan seperti negara saudara kita yang lain. Tapi dengan korang perhatikan video ataupun gambar sudah cukup terang kot menggambarkan keperitan yang mereka semua lalui tak begitu?
Dan persembahan ni berlangsung selama 2 hari iaitu
Isnin (25-feb) dan Selasa (26-feb) dan yang penting masuk adalah percuma.
 Persembahan gemilang dari choir, musician dan penari . Tapi kalau penari-penari tu diberikan masa lebih untuk berlatih aku percaya persembahan mereka confirm lagi terbaik.

Feb 26, 2013

Follower ke 1111



hey uols,


wah dalam mak naik turun berbloggin selama 5 tahun ni finally ada juga yang sudi untuk terus mem-follow blog akak yang tak seberapa ni ^_^ 

mek nak ucapkan congrats to Buasir Otak sbab menjadi follower mak yang ke 1111. Haiyoooo uols pergi amik no 1111 tu beli kat 4D tengok esok kena ke tak? haha



ntah bila lah mak nak ada follower macam uols tu kan 2k okay, mungkin tahun 2020 lah kot baru dapat cecah follower seramai 2k tu kan.

aku pun sering bertanya uols, follower aku yang seramai 1k tu hidup lagi ke blog dorang? ke dah arwah dah sekor2, haaaaaa ni satu yang mak nak cakap kat uols semua. 
Hari tu mak ada nampak follower ni unfollower mak sebab apa? sebab dia feeling cantik kot hahaha. Uols mak tak minta simpati uols pun untuk terjah blog mak ni uols, meraih simpati untuk follow blog mak ni.

 jangan risau Mak Don't Bite wahhh gitu.
jarang taw mak buat ayat dalam BI. Ko jangan smpi mak meroyan english broken hokay~
Kalau ko rasa ko cantik ko follow kalau ko rasa ko umpama kulit badak jangan follow k. Blog ni untuk tempat orang-orang cantik je.
mak cantik tak uols~
kbai~

BlackBerry 10 Ciri-Ciri yang Di Highlight

hey uols,


selama ni aku ada juga dengar tentang ura-ura Blackberry 10 tu dah nak released, aku pun try lah usha kat mana website untuk usha berapa $$$$ kan? kot kalau murah boleh gak merasa sebijik haha dari Bold 1 bawa ke Bold 2 terus lompat ke Bold 10.

BB 10 ni ada 2 jenis iaitu Z10 dan Q10, kita ignore je Q10 tu sebab bentuk yang hampir sama seperti Bold 4 walaupun cuma Q10 ni lagi havoc ^_^
so seperti yang korang lihat kelebihan yang ada pada BB 10 ini bergantung pada jenis aplikasi dan kemudahan yang membuatkan hidup korang lebih senang dan teratur. Itu kekdahnya uols~ takkan pula phone dicipta lagi untuk membebankan kan? setakat yang buat kita terasa beban bila hujung bulan tiba kena bayar bil haha!

ok jum kita tengok beberapa kelebihan BB10 ni ada:
  • BlackBerry Flow & Peek: Di mana penggunaan aplikasi tu semua smooth dan senang korang hanya slide je dari bawah ke atas untuk unlock, dan penggunaan browser terpantas yang pernah korang rasa. Peek pula contohnya korang tengah layan video lepas tu ada BBM/Email masuk korang boleh slide ke kanan tanpa mengganggu video tadi. Konsep intai-intai lah uols~
 
  • BlackBerry Hub: Ok Hub atau penghubung ini merupakan yang terpenting di dalam BB10 ni kerana semuanya teratur pada menu di sebelah kiri phone tersebut. Korang just slide dan tengok menu seperti Email, Twitter, Facebook dan sebagainya tersusun rapi. korang boleh just baca pada hub tanpa masuk ke apps tersebut. Mudah kan?
 
  • BlackBerry Keyboard: Satu lagi kelebihan yang ada terletak kat Keyboard, mak sangat respect cara mereka design Touch Keyboard ni. Contohnya korang taip Hello di atas keyboard tu sendiri terus memberikan ayat penyambung so apa yang korang perlu just slide je ayat tu "Hello Good Morning!" Keyboard ini seolah-olah tahu apa yang korang fikirkan. Katanya ada dalam semua bahasa, tak sabar pula mak nak tengok kalau mereka ada ayat pencadang dalam BM. Lepas tu korang hanya perlu slide ke atas untuk menukar dari Abjad ke Nombor ke Simbol. Senang bukan? 
 
  • BBM, Video, Screen: ok sebenarnya kalau korang sebut BlackBerry orang terus akan terfikir BBM Chat dan Group free. Tapi kini mereka (BlackBerry) telah menaik tarafkan lagi phone mereka ke Video Call *jaw drop. Serius uols mek tak tipu uols boleh bervideo call sampai lebam. So boleh buat Video call kat laki korang yang kerja kat Laut tu hari-hari. Selain dari itu juga mereka membenarkan untuk share Screen. Apap itu Share Screen? maksudnya kawan korang tu boleh share apa saja yang ada kat phone dia tu dengan korang. Wow seriously best gile.
 
  • BlackBerry Camera: Setaip shot yang diambil dari camera ini amatlah cantik dan berkualiti tinggi selain dari itu juga phone ini ada Time Shift Mode dimana korang boleh adjust mimik muka. Urghhhhh tak sabarnya nak pergi tengok dan alami dengan sendiri.

  • BlackBerry Story Maker: Dengan ada Story Maker ni korang hanya perlukan BlackBerry 10 dan semua video yang korang nak buat itu tercapai. Konsep yang sama seperti video maker.
so korang pun beli lah yer, jangan bagi akak meroyan!
hah ngko Alicia Kunci dah meroyan suruh uols untuk beli ^_^ ada minat?

tapi lah kan aku bukan apa! aku memang minat bbm ni sebab apa? sebab BBM Chat tu jer. Kalau nak kata Whatsapp, Twitter, Facebook, Foursquare tu semua ada kat android, dan apa yang pasti akak dah start meroyan dengan Android 

BlackBerry 10 ni boleh support Camera 360, Instagram n Bina Kata segala? hahaha
tapi ura-ura cakap semenjak RIM dah ada hubungan baik dengan Facebook dimana Fb beli instagram dari Apple. Tapi uols kalau ikut logik kalau BlackBerry 10 ni boleh ada app Android so Instagram sure adakan? 
 tak sabar nak tunggu uols,

Nak tahu lebih lanjut tentang Full Specification BlackBerry 10 klik sini 
Nak tengok video official BlackBerry 10 review klik dini
 ok mek nak g jual tudung ni, nak kumpul duit beli BB10 daaaaa~

Feb 25, 2013

Kifli Mally Tawan Bukit Broga! Betulkah?

hey uols,

minggu lepas (Ahad) aku mengidam sangat nak hirup udara yang nyaman, berpeluh dan suasana yang menghijau. On the spot time tu kawan aku si fahmey ni terus ajak katanya 
"Jom ke Broga uols"

Apa lagi dengan pantasnya aku pun ikut, seawa jam 4 pagi dah bergerak ke Broga dengan 3 bijik kereta.
 Sampai je kat Bukit Broga tu weols parked kat dalam pandai untie tu buat business kan Rm2 sekali entry. 
Tak balik kg celeb raya cina ker?
Pertama sekali weols adakan short Ice Breaking, maklumlah ini 1st time aku meet up dengan kawan si salleh ni. Actually mereka ni adalah kawan sekerja si salleh 
#eh maaf lah leh terguna nama kampung pula aku maksud kan Fahmey tadi hahaha
Lepas tu weols pun mulakan stage pertama untuk mendaki dimana weols kena redah hutan terlebih dahulu.
Redah punya redah akhirnya sampai juga di chekc point yang pertama, ada ker?
memandai aku je buat check point sendiri kan. Tapi sebelum nak sampai ke chekc point pertama tu ya ampunnnnn~ aku cakap kat ko si Zara ni dah separuh nyawa dia melayang taw.
jalan baru setengah tapi serius tak sampai pun jejak lagi atas bukit tu aku meroyan nak snap pic, eh eh yang lain tu pun sama haha 
dorang pun camwhore macam mek ok! suka suka suka ^_^
sepanjang weols memanjat bukit tu yang agak licin sedikit time tu lahhhh budak-budak nakal ni turun dari atas, ko ingat ko DIVA Broga aku nak bagi lalu hahaha. Baru kol 5am kot ko dah nak turun asalllllll
sure ko hari-hari panjat broga ni kan sebelum celik matahari ko dah lari balik rumah lintang pukang
Come on Zara gurl i know u can do it
go power puff girl hehe
kasihan dia kepenatan melawan kudrat yang makin tipis tu.
tapi jangan risau dengan adanya mek yang always bagi support baik punyaaaaa~
meh zara jemput makan biskut Oat dari mek ni hahaha
rehat kejap uols makan Oat, hah siapa lagi kalau bukan si fahmey yang rajin bawa stock mini runcit. 
Ouh fahmey lap u very much lah. Ada Oat, Munchies, Asam pedas, nasi goreng sirap bandung teh o ais hahaha
YESSSSSSSSSSSSSS~ akhirnya sampai juga weols kat check point yang ke2 dimana tempat yang selalu mereka jadikan tumpuan untuk melihat keindahan alam,
tapi time tu weols kurang bernasib baik sedikit sebab awal pagi tu cuaca mendung hujan rintik uols
so matahari pun segan2 nak pancarkan cahaya dia kat muka mak ni.
Baru feeling nak dapat cahaya diwaktu pagi Vitamin E katanyaaaaaa~
Kannnnn betul tak apa mak cakap?
aku minta 1 pose tapi dia boleh aku pagi 4 pose. Ko mampo?
apa kata awak? hahaha ^_^
 haha fahmey ngantok yer, maaflah kawan saya ni pe-ngantuk orang nya.
 aku ada tanya budak2 ni, eh mana korang dapat rumput panjang macam lalang tu kat broga, sebab gambar dorang cantik jer, ooooo baru aku tahu rupanya disebalik lalang yang gatal ni mereka snap pic. 
Terasa macam feeling New Zealand makin dekat dengan kita, alaaaa paling common pun Australia
feeling lagi uols~
 hah lompat lagi lompat
lompat setinggi mana yang korang mampo.
sebab aku tahu mungkin tahun depan lagi baru korang akan datang ke Broga ni hahaha
Last but not least, Kifli Mally nak ucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan Kifli Mally peluang yang sungguh bermakna buat Kifli Mally sekeluarga.
hahaha Feeling lagi uolsssss~ ^_^

Feb 23, 2013

Vlog 6# Tayangan Perdana: Lawak Ke Der 2

hey uols,

bagi aku gelak dengan sepuasnya terlebih duhulu ok
hahahahahahahahahahahhhahahahaha
hahhahahahhahahahaha
hahahahhah

ok fine aku dah puas gelak. Skang sambung untuk buat review pula :)
kalau korang rasa terhibur dengan Lawak Ke Der 1 tapi kalau ni Lawak Ke Der 2 kembali menyengat sambil geletek uols hingga tak kering gusi.
Aku percaya dengan persembahan yang ditayangkan kat Istana Budaya tidak cukup untuk menampung permintaan dari peminat dari seluruh Malaysia Brunei dan juga Singapura.

Oleh itu timbulnya idea bernas dari Tall Order Production syarikat milik Hans Isaac untuk memberikan peluang kepada semua peminat lawak tanah air untuk menyaksikan retis kegemaran mereka ditayangkan di 70 pawagam seluruh malaysia pada 7 Mac 2013 ini.



Di antara artis yang turut berada di tayangan perdana malam tadi. Aaron Aziz, Johan, Nabil dan Boboi turut ada juga tapi tak sempat snap picture uols busy mengejar benda lain haha


All thanx to kak Ruby sebab bagi ticket screening ni.
Time tu lah aku baru kalut nak cari siapa yang boleh teman aku kan???
finally tak sia2 aku tolong broadcast akhirnya ada juga orang nak temankan aku malam tu. All thanx to Aizat Ahmad.

 hai uols kenalkan my Big Boss ^_^
teehee~
Last but not least people, korang ingat aku nak duduk diam sajooooo kan memang tak laaaa
aku pun tetap nak feeling jambu meroyan ala-ala gitu~


Eizul n Wadi
oh yer I just would like to add a lil extra info, kalau korang tengok budak yang tomey ni no wonder lah mereka dapat invitation to the Lawak Ke Der 2 Screening sebab mereka lah yang menari bersama Nabil. Oh god seriously both of this guy are trully indeed superb. Mereka berdua ni kalau menari ouh god damn Sharp uols i mean like really Sharp. 
jangan jadi bodoh ok sharp bukan tajam pisau tu. Ni tajam di dalam menari haha

p/s: so am gonna urge u guys to go watch this comedian stand up movie, bring along ur family, friends and boyfriend/girlfriend, big boss scandal and everyone :) enjoy guys.