Jan 3, 2013

Parental Guidance Movie, a great opening for New Year 2013



hey uols,


for sure dalam tahun baru ni kita akan mencari sesuatu yang menarik, cuba teka? haha mek pergi tengok wayang lah uols dan cerita ni sangat menarik untuk tontotan umum. Mek memang mencari sesuatu yang boleh melenyapkan segala kedukaan tahun lepas dan berputik riang gembira pada tahun ni.

macam mana nak start certai ni erk?
apa yang dapat mek simpulkan kat sini ialah, tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Seperti yang korang lihat zaman sekarang ni memang jauh berbeza dengan zaman atuk nenek kita. Tapi jangan sesekali kita lupa akan zaman itu, kerana zaman dulu lah yang mengajar kita erti pengalaman hidup yang sebenarnya. 

Kita faham peredaran masa membuatkan anak-anak masa kini menghadapi pemikiran yang serba pantas kan. Boleh dikatakan modern lah uols. Tapi sesekali pendedahan traditional juga amat penting agar kita tidak lupa tentang pentingnya amalan orang tua dahulu kala. 
 dalam cerita ni, lakonan Billy Crystal dan Bette Midler ada cara mereka yang tersendiri untuk mengasuh cucu-cucu mereka yang modern tu. Serius cara orang lama lebih berkesan untuk selesaikan masalah berbanding dengan cara modern. 
 Jadi untuk pembukaan cerita tahun ini 2013, mek menyeru korang semua Satu Keluarga untuk melihat cerita ni. Confirm korang akan berpuas hati dengan jalan cerita ni. Tak membosankan, tiada kekosongan scene, mesej yang diberikan sampai dan yang penting uolls semua akan gelak hingga mengalir air mata.

thanx to Nuffnang and 20th Century Fox
bintang yang diberikan: ★★★★★