Jan 28, 2013

Bestnya main salji di Snow World Genting Highland! [Part 1]


hey uols,

hmmmm kejap bagi aku peluang nak fikir macam mana nak start entry ni erk? ok warning siap-siap aku bagi gambar terlalu banyak utk korang tengok serius takut korang muak plak haha.

Rabu yang lepas ni dapat lagi satu invitation dari Genting Highland untuk bersama-sama menikmati musim sejuk, musim salji, musim bebola ais, musim ais batu campur dan musim iceberg ^_^ haha
tak kisah lah yang penting ianya sejuk. Siapa yang dah pernah merasai kesejukan tahap gaban kat SnowWorld Genting Highland.

Serius korang kalau tak lepas dengan kesejukan serendah -6 darjah celcius ni better korang tak payah berangan nak ke alaska, new zealand dan sebagainya. Sebab aku sendiri yang suka sejuk terus fed up. Boleh beku oooooooo cuping telinga korang boleh patah ok bunyi macam "Krak" ranting patah kalau dah beku yang teramat haha
Sebelum masuk ke dalam perkara pertama sekali kenalah laporkan diri kat receptionist tu dan amik goodie bad then bergambar sorang diri dengan budak-budak comel ni. Aku ingat mereka ni ada cos-play ke kan.
Dalam hati mek "hurmmm nak buat flashmob lah tu!" hahaha
Ok kemudian dah snap kat front entrance weols kena bertukar, kena grab jacket, glove, and boots :)
Nisa: wah sukanya pink jacket
aku: yeah nak juga.
Nisa: eh ni pompuan sajoooo~
aku: korang tak aci (T_T)
Jambu + PInk ok what? haha
bila semua dah siap sedia, weols masuk dan terus snap pic dari setiap sudut.
Harap korang suka yer. 
 Pemandangan Cantik + Sejuk (-6c) = Bekuuuuuuuu~
hingus pun jadi ais taw. grrrrrr~
Ucapan ringkas oleh Naib Presiden Eksekutif Genting Malaysia Berhad YB Dato Kevin Sim. Sekaligus merasmikan SnowWorld pada hari tersebut.
Selesai je Dato Kevin Sim berucap, persembahan kpop muncul, yeaaaaah suasana menjadi hangat seketika melihat mereka menari dengan penuh bertenaga. Eh! dorang lupa ker? mereka buat show tu di suhu serendah -6celcius. Wow respect r kat dorang. Siap boleh baring lagi kat lantai tu...

P/S: 
kalau korang nak tahu SnowWorld dibuat pada tahun 2003, lepas tu sekitar November 2011 ditutup untuk naik taraf selama 8 bulan. Wow agak lama juga tu! Dan pembukaan semula pada 31 Ogos 2012 hinggalah sampai ke hari ini. Bukan itu saja SnowWorld kembali dengan beberapa tarikan baru. Contohnya seperti dibawah ni:

  1. Winter Downtown and World Heritage Concept - Kalau korang perasaan ada satu kawasan tu menunjukkan bagaimana rupanya kalau uols berada di Badar Eropah. Kemudian The English Tea Shop, French Bakery, and Italian Pizzeria memberikan pengalaman macam mana rasanya uols berada di tempat mereka yang kaya dengan kepelbagaian budaya.
  2. L.E.D. Animation Scheme - Part ni sangat best, sebab dengan adanya LED animation ni korang akan terasa perubahan waktu contohnya dari subuh hingga menjelang waktu senja. Ohsemmm~
  3. The Lookout Point - Kalau korang nak ke tempat tinggi, jangan risau The Lookout Point memberikan seluruh gambaran di dalam SnowWorld. *tengok gambar diatas ^_^
  4. Warm House - Berkonsepkan Igloo, bagi mereka yang nak berehat sebentar ataupun panaskan badan sebelum kembali beraksi di SnowWorld.
  5. Play Slide or Cresta Run Slide - Oh my part ni sangat best, kalau korang berani cuba kedua-duanya ok
 
 wow ada banyak refreshement dan dessert disediakan untuk para bloggers dan media :)
mereka juga ada ice cream snow yang berflavor, sejuk dan makan lagi ice cream ohhhhhh sangat tidak tahan~
mengunyah dan terus menguyah dapat panaskan badan haha. Lemak sangat diperlukan ok kerana suhu serendah -6celcius. T_T
 abis makan weols lari keluar sebab tak tahan sejuk. Sempat snap dan mengepose bersama Nisa Kay.
 Uols memang tak reti nak duduk diam kan, lari sana lari sini panaskan badan haha.
saya faham Eazy dan N.Kay sangat suka dengan tempat ini kannnn. lompat tinggi-tinggi lagi~
terbang tinggi-tinggi pun takper! eh! tu macam nama blog orang lain jer hahahah 
Kami bertiga lagiiiiii busy ber-instagram-ing
hai,
oh yeah,
korek salji
dan baling.
 hehe sebelum mengakhiri entry mek kali ni, sempat lagi main slide uols~
abang yang assist tu tanya
"ok are you scared?"
"no I am not!"
"ok are you ready?"
"yes I am ready!"
 haha dah macam spongebob pula kannnn. R U Ready KIDS?
maaf lah video ni kejap jer, sebab mek tak bersedia lagi nak buat vblog. hahaha
ko rasa apa jadi kalau aku buat vblog. Sure ramai yang dok caci kannnnn
well as usual "Kesah pula aku kan?" ^_^

Aku nak korang rasalah sekali sekala tu kalau dah bertandang ke Genting ok. Serius semua orang mampu untuk merasa kesejukan yang amat itu. Harga tiket RM30 bagi dewasa dan RM25 untuk kanan-kanank dan orang tua. 
*Bayaran tu dah pun termasuk dengan Jackets, Glove dan Boots

Untuk lebih lanjut korang boleh website mereka dibawah ni ok

p/s: ni consider part 1 lah yer. nanti part 2 aku update lagi k.

10 comments :

  1. uollss.... nuffnang punya evanglist ke

    ReplyDelete
  2. bestnya korang wey. tunggu musim panas yg amat kat malaysia ni, baru pergi! =D

    ReplyDelete
  3. Wah got video somemore haha... Nicely written post there ;)

    ReplyDelete
  4. @Macikz Konah no lah awak, ni PR genting sendiri yang invite :)

    ReplyDelete
  5. @Hanida Moss haha, jangan tunggu lama sangat nanti dah tak nice, better pergi dalam masa terdekat ni sebab dorang baru buat launching :)

    ReplyDelete
  6. @nurayunni betul tu uols, bukan senang nak dapat peluang macam ni :)

    ReplyDelete
  7. @M Ỡ Қ ҝ ¥ Thanx mokky, hoped u understand my bahasa pasar haha :)

    ReplyDelete
  8. wahh bestnyaaa....lepas ni buat la vblog plak, mesty lg meletop.. :) good luck in da future!

    ReplyDelete
  9. @Seneorita Baharin vblog? hurmmm mmg dah lama teringin nak buat tapi segan yang amat~ tak bersedia lagi nak kena maki oleh orang lain hahahaha

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni