Jan 28, 2013

Bestnya main salji di Snow World Genting Highland! [Part 1]


hey uols,

hmmmm kejap bagi aku peluang nak fikir macam mana nak start entry ni erk? ok warning siap-siap aku bagi gambar terlalu banyak utk korang tengok serius takut korang muak plak haha.

Rabu yang lepas ni dapat lagi satu invitation dari Genting Highland untuk bersama-sama menikmati musim sejuk, musim salji, musim bebola ais, musim ais batu campur dan musim iceberg ^_^ haha
tak kisah lah yang penting ianya sejuk. Siapa yang dah pernah merasai kesejukan tahap gaban kat SnowWorld Genting Highland.

Serius korang kalau tak lepas dengan kesejukan serendah -6 darjah celcius ni better korang tak payah berangan nak ke alaska, new zealand dan sebagainya. Sebab aku sendiri yang suka sejuk terus fed up. Boleh beku oooooooo cuping telinga korang boleh patah ok bunyi macam "Krak" ranting patah kalau dah beku yang teramat haha
Sebelum masuk ke dalam perkara pertama sekali kenalah laporkan diri kat receptionist tu dan amik goodie bad then bergambar sorang diri dengan budak-budak comel ni. Aku ingat mereka ni ada cos-play ke kan.
Dalam hati mek "hurmmm nak buat flashmob lah tu!" hahaha
Ok kemudian dah snap kat front entrance weols kena bertukar, kena grab jacket, glove, and boots :)
Nisa: wah sukanya pink jacket
aku: yeah nak juga.
Nisa: eh ni pompuan sajoooo~
aku: korang tak aci (T_T)
Jambu + PInk ok what? haha
bila semua dah siap sedia, weols masuk dan terus snap pic dari setiap sudut.
Harap korang suka yer. 
 Pemandangan Cantik + Sejuk (-6c) = Bekuuuuuuuu~
hingus pun jadi ais taw. grrrrrr~
Ucapan ringkas oleh Naib Presiden Eksekutif Genting Malaysia Berhad YB Dato Kevin Sim. Sekaligus merasmikan SnowWorld pada hari tersebut.
Selesai je Dato Kevin Sim berucap, persembahan kpop muncul, yeaaaaah suasana menjadi hangat seketika melihat mereka menari dengan penuh bertenaga. Eh! dorang lupa ker? mereka buat show tu di suhu serendah -6celcius. Wow respect r kat dorang. Siap boleh baring lagi kat lantai tu...

P/S: 
kalau korang nak tahu SnowWorld dibuat pada tahun 2003, lepas tu sekitar November 2011 ditutup untuk naik taraf selama 8 bulan. Wow agak lama juga tu! Dan pembukaan semula pada 31 Ogos 2012 hinggalah sampai ke hari ini. Bukan itu saja SnowWorld kembali dengan beberapa tarikan baru. Contohnya seperti dibawah ni:

  1. Winter Downtown and World Heritage Concept - Kalau korang perasaan ada satu kawasan tu menunjukkan bagaimana rupanya kalau uols berada di Badar Eropah. Kemudian The English Tea Shop, French Bakery, and Italian Pizzeria memberikan pengalaman macam mana rasanya uols berada di tempat mereka yang kaya dengan kepelbagaian budaya.
  2. L.E.D. Animation Scheme - Part ni sangat best, sebab dengan adanya LED animation ni korang akan terasa perubahan waktu contohnya dari subuh hingga menjelang waktu senja. Ohsemmm~
  3. The Lookout Point - Kalau korang nak ke tempat tinggi, jangan risau The Lookout Point memberikan seluruh gambaran di dalam SnowWorld. *tengok gambar diatas ^_^
  4. Warm House - Berkonsepkan Igloo, bagi mereka yang nak berehat sebentar ataupun panaskan badan sebelum kembali beraksi di SnowWorld.
  5. Play Slide or Cresta Run Slide - Oh my part ni sangat best, kalau korang berani cuba kedua-duanya ok
 
 wow ada banyak refreshement dan dessert disediakan untuk para bloggers dan media :)
mereka juga ada ice cream snow yang berflavor, sejuk dan makan lagi ice cream ohhhhhh sangat tidak tahan~
mengunyah dan terus menguyah dapat panaskan badan haha. Lemak sangat diperlukan ok kerana suhu serendah -6celcius. T_T
 abis makan weols lari keluar sebab tak tahan sejuk. Sempat snap dan mengepose bersama Nisa Kay.
 Uols memang tak reti nak duduk diam kan, lari sana lari sini panaskan badan haha.
saya faham Eazy dan N.Kay sangat suka dengan tempat ini kannnn. lompat tinggi-tinggi lagi~
terbang tinggi-tinggi pun takper! eh! tu macam nama blog orang lain jer hahahah 
Kami bertiga lagiiiiii busy ber-instagram-ing
hai,
oh yeah,
korek salji
dan baling.
 hehe sebelum mengakhiri entry mek kali ni, sempat lagi main slide uols~
abang yang assist tu tanya
"ok are you scared?"
"no I am not!"
"ok are you ready?"
"yes I am ready!"
 haha dah macam spongebob pula kannnn. R U Ready KIDS?
maaf lah video ni kejap jer, sebab mek tak bersedia lagi nak buat vblog. hahaha
ko rasa apa jadi kalau aku buat vblog. Sure ramai yang dok caci kannnnn
well as usual "Kesah pula aku kan?" ^_^

Aku nak korang rasalah sekali sekala tu kalau dah bertandang ke Genting ok. Serius semua orang mampu untuk merasa kesejukan yang amat itu. Harga tiket RM30 bagi dewasa dan RM25 untuk kanan-kanank dan orang tua. 
*Bayaran tu dah pun termasuk dengan Jackets, Glove dan Boots

Untuk lebih lanjut korang boleh website mereka dibawah ni ok

p/s: ni consider part 1 lah yer. nanti part 2 aku update lagi k.

Jan 25, 2013

Visit Year Malaysia 2014 launching event



 hey uols,

halo halo halo halo uols, korang taw tak sabtu yang lepas ni (19-01-2013) Tourism Malaysia tengah buat kempen sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (Visit Malaysia Year 2014)

so mek takde masa nak cerita tentang event ni apa yang mek tahu mek tengah sibuk berjimba kat stage, pertama kali mek merasa ketuk Darbuka uols~

ko rasa dengan badan mek yang macam badak laut ni kena pula mainkan darbuka tu? haiyooooooo naik bidang bahu mek dibuatnya ahaha.ok liek what ever lah kan. Kita orang dah start practice under Pak Ngah Production selama seminggu ok. Yer selama seminggu dan korang bayangkan lah maacm mana kita orang bertungkus-lumus untuk menjayakan event ni.

thanx to Sis Linda selaku Pengerusi kepada group D'Colorz kerana amik kita orang untuk perform kali nie. Kalau boleh ada je event besar for sure kita orang akan tetap nak berada di bawah group Sis ok.
jangan ada mulut binatang yang bersuara yer, make up mek time ni tak pecah minyak lagi so memang nampak mampat yer, maklumlah kalau nak menari makeup kena mampat uols nanti berpeluh terus nampak macam bidadari terapung atas bunga lotus hahaha
 ko rasa dengan mak ayam sorang boleh handle anak2 ayam seramai 66 orang, untuk jadi mak ayam yang berjaya korang kena ada suara yang nyaring. Sbab korang nak jerit binatang seramai 66orang ni bukan senang ok. Semua dah feeling macam kat club~
 one of the dancer yang begitu daring, ouh tanjung i do really fall in love with your eyebrow, the way u draw it demmmmm u nailed it girl :)
nanti ajar mak ok.
Penari D'Colorz ada 3 kategori dimana Darbuka, Gendang besar dan juga gendang panjang. Seperti yang korang lihat di atas itu ialah gendang panjang. Duduk sajooooo berbanding dengan Darbuka ko dah kena menari lepas tu kena angkut menatang berat tu kat bahu. Boleh jatuh peranakan mak taw.
part bunga api ni memang teramat hanjing yer, sangat mengganggu akak yang sedang menari di atas stage. Mana tak nya time dorang nak buat launching tu time tu lah bunga api berdas-das letup di langit kelabu tu. Dah terasa macam nak perang jer, mak aiiiii berapa bajet mereka untuk bunga api yang cantik dan lama tu ek? ko rasa? fikir sendiri jing~
 
 time rehearsal lama nak mampos sekali dah on show, kejap jer terasa uols rasa tak sampi 1/2jam pown, Mandi peluh mek dibuatnya lepas perform uols. Weols do our best yang penting vogue walaupun step kelaut kannnnnnnnn~ hanjing ko abam carut mek.

kalau korang ada masa lebih, tengok lah full video ni. Hah ajak satu keluarga tengok video ni, panggil jiran tetangga segala ok :)
Ada beberapa retis yang turut buat show, DATO KHATIJAH IBRAHIM, Ella dan Jimmy Palikat
lepas tu ada lah retis yenna mana tapi mek tak kenal lah uols! 
lepas tu mek tak sempat snap gambar time weols buat Gangnam Style~ ko rasa walaupun semuanya hampir ke laut step tu kan hahaha

gamaknya lebih kurang macam tu lah uols~ hahhhh ini baru Visit Malaysia Year 2014 taw, lepas ni confirm ada lagi Hari Wilayah. So tunggu entry mak ye anak2. daaaaaaaaaaaaa


Jan 24, 2013

UNSW Foundation Programme at KDU University College



48hours Sponsored Post
hey uols,

ingat tak lagi mek pernah KDU College untuk sharing session bersama dua celebrity hiburan. So kali ni berlainan pula cerita nya yer.

OKAY, sekarang ni mek nak tahu kemana hala tuju dan perginya korang selepas dah abis sekolah tak kesahlah lepas SPM/STPM, confirm korang ke menara gading kan? mek percaya setiap orang dari korang inginkan yang terbaik dalam hidup korang kan.

Kini korang tak perlu risau kerana KDU UC kini bergabung bersama dengan UNSW dimana menyediakan pelajaran yang bertaraf antarabangsa, bukan itu saja mereka juga telah menjadi penyalur tunggal kepada KDU UC selama 17tahun. Awesome tak? Yayasan paling lama dekat Australia ok.

Bagaimana dengan Lecturers/Pensyarah?:
Itu korang tak perlu nak risau sebab apa, pensyarah-pensyarah yang bertauliah ni akan memberikan pengajaran yang sempurna untuk pelajar mereka. Kerana pensyarah ni semua dilatih secara khusus dari Kensington Campus, Sydney.

Selain dari itu mereka juga amat mementingkan dari segi komunikasi dan juga penyeliaan yang rapi ini kerana dapat memberikan 100% kualiti dan pendedahan yang diperlukan oleh seorang pelajar lebih-lebih lagi dalam menyediakan peperiksaan. confirm uols dapat result yang gempak punya haha 
Bagaimana pula dengan program yang ditawarkan:
Itu bukan satu masalah kerana program ini diterapkan di dalam 3 disiplin iaitu Life Sciences, Physical Science and Commerce. Kalau uols semua nak tahu program ni diberi pengkhususan yang teliti, so kepada mereka yang dah tahu arah tuju dari awal ini sedikit sebanyak dapat membantu dari awal so takde lah korang terkapai-kapai ^_^

Harus diberi perhatian dimana pengkhususan itu tidak semestinya terhad, malah mereka diberi peluang untuk memilih diantara 8 kelompok unviersiti yang terbaik sepanjang program ini ditawarkan. Dimana 8 kelompok universiti yang teratas di Australia, selain daripada itu termasuk juga New Zealand, UK dan USA.

 korang boleh tengok dengan lebih lanjut dimana resepsi Majlis Penyampaian Sijil.

 Bagi korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, korang boleh layari info (contact) dibawah:
  1. Facebook: KDU University College Page 
  2. Contact: 03-77288123 / 03 7953 6688
  3. Email: best@kdu.edu.my 
  4. Website: www.kdu.edu.my  
 

Jan 21, 2013

Potluck Bersama Blogger Retis




hey uols,


pertama sekali mek nak minta maaf sangat-sangat sebab terlalu pending entry ni, orang dah buat berminggu2 yang sudah aku pula baru nak update. But better late than nothing kannnn, Apa pun tak boleh Apa pun tak boleh haha


pertama sekali aku nak ucapkan thanx a lot to all bloggers yang sudi hadirkan diri ke Potluck yang tak seberapa ini. Especially to kak ayu, as tuan rumah yang sudi menjemput dan organize utk kita orang semua ni. buat susah-susah sajo uols~

ok perkara pertama yang aku akan paling bengap sangat nak pilih ialah MAKANAN, dah nama pun potluck confirm kena datang dengan makanan sebab kita nak bertukar2 juadah, kalau ko nak rasa minum cuka getah datang lah dengan tangan kosong yer haha


temankan makcik konah beli dessert :)
serius sedap dia beli Hokaido cake~

dan aku pula dah memang jenis yang suka cepat, mudah dan senang so FastFood adalah pilihan pertama yang akan terlintas kat kepala hotak aku ni and yeah am bringing Domino's Pizza :)
acara bermula pada pukul 3PM bertempat di seksyen 25 shah alam, so cari punya cari akhirnya jumpa juga rumah kak ayu all thanx to Encik GPS. So sampai weols dah ramai rupanya blogger lain di tempat kejadian. Hamboi punctual bebenor ek? 
teruskan lagi tabiat cenggitu nanti boleh jadi blogger yang berjaya, hahaha
orang yang pertama sampai anuar serta rakannya belia muda 
 
rawlin yang sedang busy memperkenalkan diri.
cara dia cakap dan ber-communicate kita tahu dia bukan calang-calang orang nya
Saya lebih confident dengan kotex eh! matihlaaaaaaaaaaa kena carut haha
hah budak dua orang ni nama seakan-akan dan blog pun hampir sama dah ku ingatkan mereka ni hadik beradik pula haha.
pertama kali jumpa beliau, encik Melastik Bintang haha
makcik konah dengan member beliau, 
oh yer lupa nak habaq, mek saing sekali dengan makcik konah taw biasalah duduk area cheras so pergi lah bersama-sama boleh ngeratkan silaturahim tak gituuuu uols?
mahamahu bersama dengan kak ayu cuba sedaya upaya untuk memodelkan juadah potluck....oh mek sangat suka posing uols~
huh? pena berkala dapat apa tu? sebab apa? 
sebab dia adalah blogger pertama datang ke rumah kak ayu....grrrrrr *makan ati
hah kalau dah duduk macam ni maksudnya mesti ada sesuatu kannnnn? 
apa lagi masa untuk sharing is caring instantly~
sekali lagi mengadakan ice breaking
cenggini, cenggitu ceh citer hah lebih kurang macam tu lah kak ayu kita berbicara dengan petahnya. Al maklumlah kak ayu ni jenis yang suka berkongsi pendapat dengan blogger-blogger lain, idea dan ayat kak ayu
eh kejap? mana munculnya Bro Framestone ni?
terus dah duduk dan memulakan bicara haha
rupanya bro orang yang last sekali sampai 
wah bukan main bersemangat lagi bro tengah share info-info terkini dan juga pengalaman beliau selama berblogging ni, apa lah mek tak lepas peluang r nak bertanya sesurat dua soalan haha
so far alhamdulillah, walaupun dah berapa minggu udah pun berlalu namun jenguk menjenguk dan bertanya khabar tu ada je, tapi masing2 busy dengan event yang lebat kan haha.
so lepas ni InsyahAllah kalau ada event potluck ataupun aktiviti yang di anjurkan oleh mereka ni harap semua blogger diluar sana boleh join. 

tak rugi pun malah dapat tambah kenalan ok :)

Para Blogger:
  1. Kak Ayu
  2. Bro Framestone
  3. Makcik Konah
  4. Mahamahu
  5. PenaBerkala
  6. BYRawlins
  7. BeliauMuda
  8. Jae
  9. MelastikBintang
  10. Izzy Izuddin
so macam mana? retis tak weols semua? gila tak retis, yang penting meriah uols! k bai



Jan 20, 2013

Perbandingan penulisan mek dulu dan sekarang.



hey uols,

Apa motif aku nak berblogging skang ni? dan aku rasa aku dah jauh terpesong di dalam berbloggin ni,
tapi tu semua mek tak pernah amik kisah pun, apa yang mek tahu mek dapat kepuasan didalam berblogging ni. 

Penulisan Dulu:
kalau dulu tu ramai sangat yang suka comment blog mek sbab mereka suka dan tertarik dengan ayat-ayat mek sebab sedikit sebanyak memberikan kahak pada sorang2 haha. Lepas tu penulisan dalam setiap entry mak tak berat uols, semua light2 je, so orang baca macam santai sambil minum tea o panas gitu~
nice juga entry budak ni, jemput minum teh o suam uols~
dan lagi satu sebab mungkin mek suka sangat cari gambar-gambar yang menarik lepas tu suka cari cerita yang agak cliche. Eh ko walaupun dulu cerita mek semuanya ala2 cliche tapi readers ramai hokay, tak henti duk mengomen. Sama ada suka atau tidak mereka akan tetap jejak kan diri utk comment.

Penulisan Kini:
 berbanding pula dengan sekarang ni uols, readers tu ada tetap maintain tapi si tukang komen tu (komen tegar) dah takde! seolah2 mereka semua ni dah tak wujud gitu~ kalau aku try search list dorang yang lama ni still tak jumpa sama ada blog dah terkubur lama dan juga bersawang sebab tak ter-update.

ohhhhh~ jadi selama ni mek tahu dah kenapa mereka ni semua senyap sebab masing-masing dah jadi Silent Reader uols. Tak pun paling common dah jadi kucing jadian tu yang dapat baca entry blog mek tapi tak le nak tinggalkan jejak maklumlah tangan lembut berbulu hahah *refer tu kaki kucing ^_^
dan juga mungkin sbab penulisan mek dah makin formal gitu so takde sapa yang nak masuk haish eh ko jangan nak macam-macam ok walaupun penulisan mek dah semakin formal namun kunjungan dulu dan kini juga berbeza.
kalau dulu tak sampai 100 pun yang sudi visit blog mek ni, tapi sekarang walaaaaaaaaaaaaaaa~ my average ratio is 500 pageviews perday. So trust me ur day will come. Apa rahsia? senang je uols jadi diri sendiri hamik ka. Kumpul haters banyak2 hahaha

k daaaaaaa~


Jan 17, 2013

Schwarzkopf Memperkenalkan 10 Duta Baru




hey uols,


Harap semuanya sihat dan semua dah basuh rambut ok, haha motif bertanya dah basuh rambut ke belom kan? 
Thanx Sis Ruby for inviting me to this honored event ^_^
beberapa hari yang lepas I dapat invitation ke Event Schwarzkopf dimana mereka baru saja perkenalkan 10 Duta terbaru kepada produk ini kepada sidang media. Cuba korang bayangkan dimana seramai 243 peserta muda yang telah pun mencuba nasib akhirnya 10 Duta saja yang layak. 
The lovely Celebrity Emcee, Julie Woon. Damnnn she is so smoking hot

Mereka menjalankan penjelajahan ni di setiap pelusuk Kolej di area Lembah Klang, wow meriah student sekarang ni kan, muda-muda lagi dah boleh jadi artis. Ok jum scroll ke bawah untuk tahu lebih lanjut tentang aktiviti yang di adakan di pintu masuk utama AEON BIG (kini dikenali sebagai Carrefour) @ Mid Valley Megamall

Jom kita lihat 10 Duta Schwarzkopf yang baru:

1. Ooi Joshua (Inti Kolej)
2. Loo Lyn Shia (The One Academy kolej)
3. Tan Xue Fen (Inti Kolej)
4. Yap Foo Khiew (Taylors Lakeside Kolej)
5. Shailini Nair a/p Balasubramaniam (ATC Kemayan kolej)
6. Lee Sing Yee (Inti Kolej)
7. Leong Hung Jeng (MMU Kolej)
8. Toh Han Ying (Taylors Lakeside Kolej)
9. Tan Jia Tong (Taylors Lakeside Kolej)
 10. Nik Azrul Aimanshah b. Ibrahim (KLMU Kolej)
Kemudian 10 model kena catwalk bersama dengan product dari Schwarzkopf. So far model favorite wanita aku ialah Tan Xue Fen dan Lee Sing Yee dorang berdua ni boleh dikatakan dah macam retis K-Pop pun ada gak hehe. Model lelaki confirm lah mek akan pilih Nik Azrul dan Yap Foo Khiew.
Mr Markus Dabruger, General Manager of   Henkel Beauty Care- Cosmetics Retail Malaysia & Singapore had a collaboration with Aeon Big :) horray lepas ni korang boleh cari product Schwarzkopf ni disemua cawangan Aeon Carrefour. So jangan lupa untuk mencuba product terbaru dari mereka ok.
and for me, I got my own reward/ Thanx to Schwarzkopf for the lovely product
*Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen 
*Schwarzkopf Extra Care Ultimate Repair

so memang sesuai untuk aku apply pada warna rambut aku yang baru [klik sini]
Harga untuk product ni sangat murah dan boleh dimiliki oleh semua orang. Kalau aku cakap harga nya kang sure korang tak percaya kan haha. RM 29.90 sebotol~ murah kan?

Facebook Page: Schwarzkopf Malaysia

 
Hug n Love from us. Bye2~