Nov 21, 2012

Da'Bomb Aerobic Jamming di Presint 18 Putrajaya

hey uols,

ahad yang lepas KBS (Kementerian Belia & Sukan) telah anjurkan satu senam aerobic beramai2 di kompleks futsal presint 18 putrajaya. Aku pergi ni pun atas invitation dari kawan aku sememangnya satu aktiviti dihujung minggu yang amat menyihatkan tubuh badan.

tapi yang tak tahan tu part senam aerobic selama 3 jam tanpa henti ko rasa? lenguh satu badan dibuatnya memang rasa diri ini nak pengsan je, nasib baiklah takde sakit jantung kalau tak sure aku dah KO haha

ada 6 jenis senaman aerobic yang diperkenalkan dan itu merupakan kolaborasi yang paling besar pernah aku join contoh seperti zumba, maxxfusion, batuka, bokwa, belly dance dan hiphop. Aku dapat juga invitation dari kawan aku yang selalu ke Rockafella Gym area bandar sri permaisuri tu. Seterusnya lihat lah gambar dibawah ini kerana setiap gambar yang i publish penuh dengan kata-kata

 seawal jam 8 pagi kami sudah pun berada di tempat kejadian dan kami beratur, berhempas pulas, bertindih untuk dapatkan T-Shirt, Breakfast dan Lucky Draw. Ko tengok yer cantik yer masing2 time datang pagi tu, semua muka penuh dengan tempek MIYAMI, ada yang siap tepung gomak uols. 

So kami pun sempat lah cuci mata, tukar baju dan persiapkan diri ini sebelum di panggil ke tapak Aerobic tu. Uols yang penting sebelah khemah Aerobic tu kan kompleks futsal abang yang kekar ada kat situ uols oh mai heaven rasa diri ini hahaha.

Harap Maaf yer pembaca ku yang tersayang, time kita orang tengah sibuk berdansa tak sempat nak snap picture al-maklumlah tengah busy deknon, so korang tengok je lah macam mana rupa masing bila dah habis bersenam.
 
 hah amik kau, hazabkan rupa sekor-sekor bila dah abis bersenam segala, dan yang penting aku pun tak sangka event ni akan berlalu 3 jam tanpa henti. Coach yang mengajar pula silih bergantik dan aku rasa kan benda ni akan berlalu dalam sejam jer. 

Sekali amik kau 3 jam tanpa berhenti ok. Ada pun dorang just bagi kita orang rehat take 3 min je itu pun aku rasa tak sempat, aku sempat teguk air mineral sebotol je lepas tu masuk dan sambung bersenam.

dalam banyak-banyak category yang ditunjukkan aku paling suka maxxfusion sbb ianya kena dengan jiwa aku yang fusion ni ahaks, well kebetulan tu memang peminat semua sebab senaman ini ala2 ranggi gitu. Aku memang buat sehabis terbaik lah tapi masuk je session ke2 dan ke3 dah start pancut haha.

 wah bukan main mereka ni kan dapat cabutan bertuah, meletup uols dapat rezeki di pagi ahad. Sorang tu dapat jam tangan casio dan sorang lagi tu dapat android tablet. Time kat atas pentas MC tu announce dapat IPAD skali dia dah mai dekat lor android jer. Cipettt tol MC tu kan haha suka buat orang berangan :) takpe rezeki katanya amik je la.
abis je semua event tu kami terus ke tapak khemas sebelah untuk menjamah selera, wow sedap dan berbaloi bihun sup campur dia. Tapi rasa sup sedikit masin dimana tak baik untuk kesihatan anda semua.

hai uols, untuk kekal sihat dan cergas korang kenalah banyak kan berpeluh yer, dengan cara berjalan kaki sekali pun kita dah menghasilkan peluh. Kalau nak berjogging memang kita tak akan ada masa, tambahan buakn semua orang rajin :) Tapi bagi aku cara untuk aku untuk berpeluh adalah seperti menari hehe. Sebab menari je la yang mampu buat aku berpeluh dengan banyaknya. 

So itu cara aku cara korang macam mana pula?

p/s: uit korang dah tengok Pitch Perfect? sangat perfect okay movie tu haha kalau korang ada masa sila lah layan ok

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni