Oct 26, 2012

Salam Aidil Adha, Salam Dari Kifli Mally


hey uols,


Wah bukan main lagi korang happy yer sebab hari ni dapat sambut raya haji. Apa pun terlebih dahulu aku ucapkan selamat menyambut raya haji kawan2 harap kali ini penuh makna disamping keluarga.

Aku ada jumpa beberapa mesej yang aku selalu pass kat orang dulu bila aku menggunakan phone 3310 hehe FTW! budak tahun 80-an confirm akan tahu apa yang aku cakapkan ni :)


    Biasanya

    Bila ayam dah tak selera makan,
    kambing pula resah,
    lembu pura2 buat gila,
    unta jer nampak cool,
    tu tandanya raya korban dah dekat.

    SELAMAT HARI RAYA KORBAN

    __________________________________

    ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
    kuramas kau punya… kau ramas ku punya
    kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
    kemudian kita goyang bersama.
    itulah tanda kita bersalam mesra,
    SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…

    __________________________________

    ISNIN cari SELASA,
    nak tanya nampak tak RABU,
    agar ingatkan KHAMIS beritahu,
    JUMAAT supaya tak lupa,
    mesej kat SABTU
    yang AHAD dah raya!!!

    __________________________________

    Tolong doakan ye…
    Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
    dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
    Seram betul. Dia jerit…..
    SATE!…. SATE!t.
    SELAMAT HARI RAYA KORBAN

    __________________________________

    Bila ayam dah tak selera makan,
    kambing pula resah,
    lembu pura2 buat gila,
    unta jer nampak cool,
    tu tandanya raya korban dah dekat.

    SELAMAT HARI RAYA KORBAN

    __________________________________

    Allahu akbar 3x! Berita penting, harap sebarkn! Pasti tjadi! Kita akan bemandi darah d sluruh negara.  Kpd semua org islam, siap sedia & asah parang, keris, pisau dll dr skrg hingga 19hb ini, Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat sop.Slmt Hari Raya Qurban..maafzahirbatin.

    __________________________________

    Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban. SELAMAT HARI RAYA AiDiLADHa


wah tak sabarnya sure ramai yang akan buat makan2 seperti tahun lepas kannnn Korang tengok entry ni kalau korang buat lupa2. Time tu tema berjubah hitam segala sampai lah ke Pavilion weols ber Open House segala.

Apakan daya uols di saat orang bergembira menyambut Raya Aifiladha mek pula kena ke studio sebab ada training untuk show esok. Apa yang penting sabtu ni pula Holloween Night so nampaknya minggu ini mek dah fully booked mungkin akan sangat busy :) 

Anyways enjoy ur weekend guys~


Oct 25, 2012

Video Official: Arrora Salwa - Kau Tak Menarik Lagi

 
 hye uols,


Just baru tergerak nak layan video official dari Arrora Salwa, dulu famous dengan lagu AHMAD, aku dapat tahu video ni pun dari blogger sensasi RotiKaya dan baru pula aku tahu yang arrora ni dah ada lagu baru uols, dan yang penting backup dancer depan kiri tu nama dia Wan, hari tu tak dapat buat show dengan dia sebab ada shooting set video clip ni bersama Arrora. Haish indu kat ko kak Wan :)

pertama kali dengar lagu akak sorang ni boleh lah uols, sebab belum lagi ke udara kan tu yang akak bagi statement "Boleh lah" tapi ko tunggu kalau dah masuk kat corong2 radio confirm lagu dia jadi top hitz kat HotFm tu kan :)

yang penting aku tak tahan taw baca comment dari rakyat jelata sekalin alam ni, over bebenor taw ada yang kata dia ni "Lutut Hitam lah" "Dengar lagu ni rasa nak MC Keje" amboiii kemain lagi korang kannn. Apa ko hingat lutut ko tu dah cukup putih sampai nak komen lutut dia itam. Akak terasa gak taw sebab lutut akak itam macam si arrora tu #eh tercarut plak haha...




Cukup sudah waktumu
untuk memikirkan aku
untuk mempertimbangkan diriku
Terlalu lama waktumu
untuk menilai diriku
pantaskah aku jadi denganmu

Kan kau tahu aku tak memaksa

Tapi kalau terus begini
Kamu tak menarik lagi

Tanpamu mentari tetap bersinar

Tanpamu bumi ni masih berputar
Tanpamu P. Ramlee tetap supertar
Sendiri tak berarti ku tak laku

Tanpamu hujan itu masih air

Tanpamu ku tetap boleh berfikir
Tanpamu pelangi berwarna-warni
Sendiri ku boleh cari pengganti

Jangan fikir ku kan tahan

demi menunggu putusan
darimu oh kekasih pujaan

Harap uols enjoy ok :) ko mampu dari polis terus terjun ke bidang nyanyian, uols nyanyi sajo ok jangan nak fefeling kritik yang bukan2 kat lagu orang ni. #kdaaaaa~

Oct 24, 2012

Teater Dance Musical: Binatang or Be Nothing di The Actors Studio Lot 10

hey uols
pada minggu yang sudah kita orang pergi teater at The Actors Studio @ Lot 10. Invitation ni pun kita orang dapat tahu dari kawan weols. Kisah dance teater ini mengisahkan tentang hari haiwan sedunia dimana dalam pementasan tu mereka melibatkan semua binatang. Contohnya seperti Angry Bird, Oppa Gangnam Style, Wonder Pet dan lain-lain lagi dalam erti kata lain apa jenis binatang mereka jadikan sebagai persembahan dance teater.


Ini atas jemputan yang diterima oleh pihak TKG, mereka ingin kami datang untuk support dan pada waktu itu hanya kami berlima sahaja namun dah boleh membuat onar.


 Kalau tak silap mereka yang menjemput ni atas kolaborasi budak aswara dan juga penari2 DBKL, dan waktu tu kita orang semua plan last seminggu awal so yang dapat datang pun bagi mereka yang kerja dekat area BB :)


 dimana korang sendiri boleh lihat para peserta yang sporting juga turut mengambil bahagian dimana mereka perlu melontar kan patung burung ke arah babi comel haha semestinya korang sudah tahu kan. Burung yang garang bersama dengan babi berwarna hijau. Yessss~ tak lain tak bukan kalau Angry Bird.

Selepas itu kita orang disajikan dengan persembahan ular sawa yang ingin mengawan sambil cuna untuk mendapatkan mangsa yang sedang lena menjamah makanan :)
 wonder pet, kungfu panda tom n jerry tak turut melepas peluang mereka untuk membuat persembahan. Bila time show tom n jerry tu mereka siap lagi kesana dan kemari mereka menggunakan pentas dan juga ruangan tempat duduk tetamu dengan sebaik mungkin.
 akhir sekali persembahan dari lembu2 sekali yang sangat segar dan tembam :) dimana jalan pementasan mereka tumpas setelah mereka semua dah jadi daging burger heeh.


bad kitty, bad kitty

Ini memang dah jadi trademark/trend bergambar masa kini ker?. kalau dulu mereka sibuk dok asyik pose duck face skang ni lain pula trendnya. mereka mula mengamalkan pose mencucuk lobang hidung haha. Apa je hadek2 skang ni kannn feeling lebih sajo haha :)

Oct 23, 2012

Review Screening: Paranormal Activity 4 not bad lah!


hey uols,


Kini baru je balik dari dari tengok screening Paranormal Activity 4, dan sampai je kat rumah makan open laptop terus update blog ko rasa aku dah duduk sorang2 kat ruang tamu ni. Terasa macam dah lalui paranormal sendiri plak kat rumah hehe


klu korang yang tak taw paranormal 2 jangan risau dia akan bagi refresh kembali kat korang apa yang terjadi sewaktu paranomal 2. Nak saja aku cerita apa yang terjadi kat rumah tu dan siapa berkait rapat tapi kalau aku dah start bercerita confirm semuanya aku terus spoiled. So aku menyarankan korang untuk pergi tengok sendiri. haha mungkin ada juga diantara korang akan berandaian "I want my money back" no lah just kidding.
dan siapa tahu permainan mereka ini mampu menunjukkan segala yang terjadi di dalam rumah mereka, So sapa ada kinect kat rumah tu aku suggest korang try hidupkan pada waktu malam dan kemudian cuba record dan lihat apa yang terjadi. seraaammmmm~

cerita ni menempatkan 4 anak beranak yang terpaksa melalui gangguan yang dibawa oleh seorang budak bernama Robbie, Robbie terpaksa bermalam untuk beberapa hari kat rumah mereka kerana mak robbie masuk hospital. Selama robbie duduk kat rumah tu ada je yang tak kena uols, So Alex bersama boyfriend dia memasang camera dari laptop di setiap sudut rumah. Dari situ mereka dapat perhati segala kejadian yang berlaku. Jangan lupa saksikan ok.

p/s: thanx to United International Pictures and Nuffnang for the invite :) 




Oct 21, 2012

World Walking Day bersama Nestle. Berjalan secara sihat.

 
hey uols,


weekend yang sejuk ni korang buat apa je kat rumah? COP weekend yang sejuk? sapa dapat jawab kita anje aiskrim. Kepada mereka tu yang tak buat apa pada weekend minggu depan ni bersamaan dengan 28-oct-2012 (Ahad) korang boleh lah join dan hadirkan diri ker Event yang di anjurkan oleh Nestle (100 Tahun always be your side!) gituuuuu~ 

Event apa yang dianjurkan oleh Nestle? Event yang i percaya uols semua mampu lakukan tanpa sebarang alasan. Ianya berjalan secara sihat. Yessss berjalan secara sihat, tak kisah lah sama ada korang berjalan secara melenggang punggung itik ker? berjalan secara catwalk ker? yang penting semua itu berjalan. Apa yang penting kemasukan untuk ke Event sihat ni semuanya ada lah PERCUMA, FREE, Nang Libre, বিনামূল্যে, مجاني. Amik kau semua bahasa aku bagi kat korang. 
  
Bukan itu saja malah uols juga akan diberikan T-shirt secara percuma dan selepas korang membuat pendaftaran. Bukan itu saja ada Breakfast dan Cabutan Bertuah turut disediakan :) Jadi kepada korang yang inginkan berjalan secara sihat bersama Nestle disamping untuk mendapat kenalan baru korang boleh lah ikut cara untuk mendaftar dibawah ini.
apa yang korang perlu lakukan ialah korang Daftar melalui sms Nama, IC, saiz Baju dan code nama tempat yang korang nak pergi tu. Jangan risau semua ada pada display diatas tu korang just perlu ikut sahaja. Memandangkan lah i berada di Cheras KL, so yang lebih dekat dengan i adalah kat Putrajaya kan. Takkan pula semata2 nak berjalan i perlu ker Sabah memang idok lah yer.


p/s: apa yang perlu dinasihatkan better cepat buat pendaftaran tu kerana ianya akan dibukan mengikut tempat tersebut. Contohnya kat putrajaya tu terbuka kepada 2000 orang terawal so better cepat ok. Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah hari esok 22-oct-2012 (ISNIN) sebelum pukul 5 petang.
 
 Acara juga dah turut i sediakan untuk memudahkan uols buat rujukan. 
untuk maklumat lebih details korang boleh lah hubungi mereka diatas andai ada sebarang masalah ok :) so lepas ni jangan lupa berjalan lebih kurang 10 ribu langkah sehari untuk mejaga jantung dan juga tulang kita yang sihat ni.
kalau korang terlihat iklan Nestle ini dimana2 papan iklan bergerak just klik untuk sepantas kilat ke site mereka or just click disini. #kbai

Edisi Video Comel: Wonder Girl perform berbaju kurung

 
hey uols,

happy weekend kepada semua, uols sapa sini yang tak nampak lagi video Wonder Gegurl yang pakai baju kurung. WOW~ like so ohsem ok. ko bayangkan lah kalau kat Korea tu asyik dok pakai seksi2 tapi bila turun Malaysia terus je pakai berkurung lengkap. Ko rasa?

perasan tak dorang sentiasa tertarik baju kurung mereka tu, hehe nampak lagi kemelayuan gitu. Maklumlah biasanya bila mereka perform pakai skirt senang skit nak kangkang besar tapi kali ni pergerakan mereka nampak terhad kan? walaupun pergerakan tu limit tapi itu tak menghalang dari mereka untuk kelihatan GORGEOUS di atas pentas.

 



 so korang tengok layan video kat bawah ini ok sewaktu mereka perform ni Stadium Negara, Kuala Lumpur Malaysia sempena Wonder Tour concert. 




Oct 18, 2012

Jom Vote Hanis Zalikha di (Baskin-Robbins Flavor Election)


hey uols,


meh kita pakat ramai-ramai VOTE untuk sis Hanis Zalikha kat Baskin Robbins Flavor election :)
so nanti kalau dah menang sapa yang untung kalau bukan kita semua. Apa yang penting pemenang akan di celebrate di publika dan flavor tersebut akan kekal selama setahun bersama dengan manifesto yang mereka perjuangkan haha untuk Sis HZ dia mewakili World Class Chocolate diaman hasil kombinasi Campuran white chocolate dan juga dark chocolate mousse ice cream. 

Hehe..i dah vote okay dan siap jadi 1st drop comment kat Kemewahan Untuk Semua entry dia. So macam mana procedure nak vote Sis HZ mudah sajo uols just follow the step below:

pertama sekali apa yang korang kena lakukan seperti biasa ialah korang kena allow application ni kat FB korang dan kemudian korang kena like dan lepas itu korang akan nampak GAMBAR RAJAH seperti dibawah ^_^
huh tengok tu! korang masuk je terus nampak muka HZ terpampang kat situ kan senang terus klik sajo uols. Ada 5 calon yang bertanding dan setiap calon memberikan janji yang lumayan, tapi bagi i dapat free topping sudah memadai plus ianya berkekalan selama setahun pada hari dan masa tertentu WOW~ Seperti yang korang tengok bukan Hanis seorang je yang berkempem tetapi ada lagi pencabar2 yang lain seperti Sixth Seal, KySpeaks, Kinky Blue Fairy, dan ProudDUck (Itik bangga) hehe




dan langkah seterusnya korang hanya perlu klik seperti display pic diatas ^_^  *mudah bukan, lepas tu kalau dah settle korang just perlu share di wall korang sendiri.


so while uols semua baca entry ni kalau nak lebih cepat just klik kat "kotak bergerak" seperti di atas tu ok atau pun korang boleh ke Apps mereka di FB. So sekarang ni korang tengok apa janji Hanis Zalikha pada korang semua jika dia ditabalkan sebagai seorang Juara

Andai World Class Chocolate menang pilihanraya kali ini, ia berjanji untuk dapat free topping which includes both wet toppings like Caramel Praline and Hot Fudge and dry toppings Almond Diced and Chocolate Rice. Tambahan juga, siap dapat free whipped cream and cherry on top of that bagi setiap pembelian Double Scoop Ice Cream, seluruh Malaysia selama satu tahun

 so sekarang korang tunggu apa lagi terus lah mengundi and don't forget to spread this Good News~

Soalan Kifli Mally: Kurus itu elok ker? saya kurus saya ok.


hey uols,


wah mentang-mentang aku baru buat sekali je QA session terus dapat lagi soalan yang aku kena perah otak untuk fikir apa jawapan yang sesuai untuk kakak try untuk beranak kan dari mulut akak ini yer.

 Kurus itu elok ker? 
soalan ini kalau  fikir dengan teliti hingga bawa masuk ke dalam toilet boleh membawa parah tau, duduk kat toilet bowl tu fikir pecahkan otak sampai tak tahu nak buang apa kat toilet bowl tu kan :)

ok lah pada pandangan aku yang tak seberapa banyak ni Kurus itu memang cantik, dan kalau boleh semua bentuk tubuh badan kat dunia ni memang cantik tak kesah lah dari saiz memerang hingga ke saiz badak sumbu. Selagi perwatakan ko tak di keji dek khalayak umum selagi tu ko akan tetap cantik. Tapi kalau dah kurus tahap sampi (skinny) tu memang dah tak cantik lah uols

apa yer yang orang selalu panggil tu lepas makan je pergi toilet muntah kan balik makanan dorang. Ok tahu dah orang panggil anorexia

yer akak memang tahu kurus macam ni adalah kurus yang paling orang akan keji, ko model cantik-cantik tapi makan tak cukup sebab apa sebb terlalu obsess dengan kekurusan.Kurus yang normal, balance, cantik dan natural adalah kurus yang sngt susah untuk dikawal. Sebab tubuh badan kita ni cepat berubah-ubah metabolisme bergantung pada jisim tubuh badan seseorang.

banyak juga kawan akak ni yang dari gemok nak ke kurus dan begitulah sebaliknya. Pendapat aku mereka yang gemok nak ke kurus tu for sure mereka nak kurus sebab nak merasa apa itu erti memakai saiz M/S/XS betul tak? bukan lah korang nak kurus semata2 macam tiang lampu yang reput tu kan....

kurus macam akak ni pun dah nice, so no need lah nak mencabar diri korang tu ke arah yang lebih drastik, melainkan ko tu model. Tapi sayang kalau setakat kat #Malaysia ni tak payahlah korang nak bersaing sngt untuk menjadi kurus sebabnya orang kita local ramai yang tak begitu gemar yang terlalu kurus beban kurus itu terletak pada WANITA terutamanya. Korang fahamkan kenapa akak cakap macam tu sebab figure uols tu akan nampak macam plywood dari jauh. Market boleh jatuh uols :)

Manakala bagi lelaki pula, majoriti apa yang kita lihat di malaysia lelaki kebanyakannya bukan jenis yang memiliki six-pack pun, mereka yang memiliki six-pack hanya segelintir saja seperti abang2 yang pergi ke gym, abang yang sering bersukan. Tapi kebanyakan yang pergi ke gym tu pun bukan semua yang mempunyai six-pack uols ada yang baru nak start.


susuk tubuh lelaki seperti ini sudah biasa dimiliki oleh majoriti lelaki melayu dimalaysia.Bagi kita semua ini adalah yang terbaik tak begitu kurus (skinny) dan tak begitu gemok berisi. Tapi biasanya isu kurus atau gemuk pada lelaki tidak sedikit pun mendatangkan impak yang besar pada diri mereka kerana lelaki menerima seadanya tentang susuk tubuh badan mereka. Akan tetapi berbeza pula bagi wanita, jangan kau berani2 mempersoalkan tentang susuk tubuh pada wanita kalau korang tak nak kena halilintar haha.


Kalau dulu korang akan berkata Umur menjadi soalan sensitif kan? sekarang soalan naik turun badan pun boleh kena jadi isu.


 Saya kurus saya ok!
ok sekarang ni kita beralih pula cerita kepada mereka yang berisi atau yang dipanggil GEMOK. Kebanyakan mereka yang berstatus gemok ni takde confident diri itu sudah semestinya even mereka yang jenis kurus ni pun pernah rasa tak confident dengan diri sendiri sebab terlalu kurus. satu tips ni je yang i will share with you guys.

Pemakaian yang bersesuaian. Pemilihan dari segi pakaian amatlah penting uols, kakak ulang yer tersangat lah penting. Kalau korang tersilap memilih pakaian korang confirm sepanjang hari tu tidak akan merasa selesa dan confident. Korang kenalah kreatif di dalam memilih pakaian yang sesuai. Harap korang faham yer


ok jah ko pose taw, lepas ni aku tak nak kurus dah, kita berisi macam ni pun boleh jadi model kan uols :)
 i believe i can swim like sealion :) 
tak ke makan hati berulam paku pakis mak badak sumbu tengok pose akak kita sorang ni, skang ni bukan saja skinny yang dok menge-pose untuk photoshot ok skang ni orang yang chubby pun memainkan peranan dan yang penting permintaan itu sangat tinggi ok.

korang sendiri fikirlah sebab korang yang akan bawa penampilan korang untuk jadi tatapan kat luar tu. Setiap orang ada citarasa yang tersendiri untuk tampil cantik dan segak.



Oct 17, 2012

Preview Screening: TED sememangnya terbaik!

 thanx to United International Pictures and also NUFFNANG
hey uols,

sebelum i nak mengulit mimpi basah, ada baiknya kalau i update PS: TED terlebih dahulu, Seperti biasa cerita yang i pergi tonton semuanya terbaik, so far takde lagi yang menghampakan :) pemilihan actor dan actress juga memainkan peranan penting.

Pada mulanya i budget cerita ini for sure untuk nak tarik viewers kanak2 semata kan sebab maklumlah Teddy bear berbulu boleh jadi best friend for sure ramai yang nak tahu jalan cerita ni kan? tapi i memang sarangkan uols semua WAJIB tengok cerita ni sangat sangat sangat kelakar ok. Tak usah berfikir panjang sebab cerita ni berbaloi untuk uols.

bila kita mahu nonton movie hadek2 haruslah yang i bawa tu pun hadek2 :)

Sinopsis:

Cerita yang mengisahkan tentang seorang budak yang dari kecilnya tiada teman, so bila budak ni dapat hadiah krismas iaitu teddy, dia terus berhajat agar teddy itu bernyawa dan menjadi kawan baik seumur hidup. Bila dah meninggkat dewasa masing2 ada haluan hidup sendiri dan waktu itu lah John bertemu pasangan hidupnya Lori. 

itu saja yang i boleh catit kan sebagai sinopsis, cos cerita panjang pun tak nice kalau uols tak pergi tengok cerita ni. Cerita yang mengisahkan tentang PERSAHABATAN, walaupun bergaduh, bercakaran, bermuram durja, ber-kahak-kan semua itu mengajar kita untuk lebih rapat dalam persahabatan :)

 Muah Love you TED.


p/s: eh korang ada TED juga ker? i ada okay nanti i will update my TED okay, i promised. K lah mahu tidur bye you "Meat Hole" haha


Oct 16, 2012

2 Invitation dari Nuffnang ke TED & Sinister Premiere Screening (Short Entry)


Hey uols
 
Wow dah lama agaknya aku tak buat post entry macam ni kan, selasa dan rabu sekali mek dapat invitation :) yang penting confident. Selasa TED manakal rabu Sinister. Lepas gelak ketawa bersama melayan karenah TED pada keesokkan hari pula layan cerita seram.  

mungkin dengan cara macam ni saja lah aku boleh hilang kan stress aku kan :) apa pun thanx a lot to for the TED Screening (United International Pictures) and Sinister Screening (Golden Screen Cinema Movies) and also a big credit to my little stickman Nuffnang muax haha~
 

Oct 15, 2012

My Black Envelope Clutch Bag (Black Widow)



hey uols,

ouh god guys kali ni pada weekend yang lepas i and some friends of mine went to
Kenanga Whole City dan tujuan aku nak ke sana sebab nak cari kasut or clutch. Bukan clutch kereta yer, akak sepak dengan stering kang, ni clutch bag dan kalau boleh nak clutch macam bentuk envelope. Guess what? finally i got what i wanted for~ yeay!

actually i dah beli this clutch like few days ago, and i dah pakai this bag kesana dan kemari :) seems like i dah terbawa untuk ke office dan juga ke Miss Jumbo Queen session 1 baru ni.

i suka material bag ni sebab ianya sangat keras dan tebal that's why i gelarkan ianya (black widow), so memang sesuai lah dengan orang yang macam aku ni yang agak sedikit lasak selepas menggunakan bag, sampai je rumah terus campak merata2 esok nak keluar baru tercari bag mana pula yang sesuai untuk di pakai :)

there you guys see, quite big actually! sangat susah nak genggam ketat2 tapi yang penting tu semua boleh sumbat masuk as usual lah our stuff i mean daily stuff like Yoko2, botol air, anak patung cawan dan macam2 lagi lah yang boleh disumbat masuk (dah macam tauhu busuk ada juga uols) main sumbat je kerjanya kan~

let me think for a while yer~ i tak berapa nak ingat lah kawan i pegang bag brand apa tu ek? never mind lah as long bag yang dia bawa tu pun quite nice dan compact sesuai bagi lelaki yang maskulin macam Aizat ni. Maskulin ker? jangan terpedaya yer beliau lumat juga ok haha. But for me nah ah! darling me desperately into unisex fashion or i called it Androgyny, from top tu toe semua unisex :) even am wearing HEELs too, berapa kali nak ulang kan benda yang sama kan.

hamik kau kawan aku sorang ni keje light2 jer tapi mampo beli CHANEL, menangis kejap (T_T) sebab melihat TAS TANGAN dia lebih perempuan dari akak. Lantak nko lah angah either ORI or BM tu terpulang cos ko yang pimpin tiap2 hari :) #blackmarket

mampo tak tengah tunggu next train sambil tu aku tengah menge-pose. Untie kat celah2 tiang tu rasa geram je nak tolak adik masuk dalam rail gerabak tu sebab jeles tak dapat nak pose macam ni kan, maklumlah tak reti sangat nak mengukur so aku bagi tahu lebar bag ini adalah sejengkal setengah. sejengkal setengah? agak-agak ramai tak yang nak pukul aku secara bermarathon :) ada mak kesah hahaha


kat dalam clutch ni just ada satu kocek kat tepi tu uols, what do you guys expect dah lah buatan cina tapi demand nak dalam clutch ni berkocek sampai 4 layer. Jijik dengan statement uols tu haha, di sebabkan bag adik ni dari dalam pasar borong je so takle nak demand lebih. Lain lah kalau macam bag CHANEL tadi tu opss~ tercarut lagi uols #hamik kau bukan main besar ayat chanel tu kan :)

as you can see bag ni ada 2 ciri keselamatan yang tak berapa nak selamat, 1st ada zip n 2nd ada magnet lock tu jer. Of course bag ni ada tali just incase kalau dah takde kudrat nak sisip kat tepi korang boleh keluarkan tali tu dan gantung seperti biasa ala2 SLING BAG gitu~

#eh kejap korang nampak tak ada beg extra kecil tu? hah tu porch kecil untuk barang yang penting korang boleh simpan dalam tu. So senang sikit nak cari kan jangan sampai kat kaunter nak bayar ko punggah keluar semua khazanah negara ko kat situ, nanti kena kahak free je uols. Faham ke idok :)

actually banyak yang i nak share dengan uols semua, nanti kalau ada masa i will update more and more ok :) jangan uols jijik pula sampai underwear i akan share dengan uols haha #kbai