Aug 29, 2012

Review FashionValet Dress Me Up



hey uols,

uols pernah dengar website dipanggil fashionvalet.net dimana ianya memberikan pelbagai fesyen dan rekaan berbentuk mixed and matched. Ok aku pun baru tahu pasal website ni sebab aku terlihat link di youtube, so aku pun tengok macam mana mereka yang digelar Stylist ni memberikan nafas baru bagi mereka yang ingin bergaya dan lebih nampak cool.

for sure lah kalau korang nak pergi sesuatu event korang nak nampak lebih GLAM dan VOGUE especially girls, dari hujung rambut sampai hujung kaki semua yang mereka tampal pada tubuh harus menarik perhatian setiap mata memandang. Betul tak? jangan nak nafikan yer nanti kakak kahak uols haha

ok dalam video kat youtube ni dorang akan datang dengan pakaian simple mereka dan meminta stylist dari fashion valet ni untuk memberikan penampilan baru, wah dan yang penting ayat trademart mereka tu Fashion Valet dress me up, dan bila mereka dah pilih baju dari website tu dorang sendiri terus boleh try dress yang mereka berminat itu. Hasilnya walla~ memang nice :)



ini adalah salah satu video dimana mereka yang dah digayakan melalui Fashion Valet,
di dalam fashion valet ni terdapat pelbagai jenis barang dari pelbagai jenis brand semuanya bercampur, dan aku memang tertarik pada dress dan heels (Kiss n Tell) selain itu padanan setiap aksesori menepati citarasa si pemakai, tak cenggitu uols?



ni pula si jejaka yang dahagakan perubahan dari fashion valet, tapi pada kebiasaanya lelaki memang sinonim dengan sehelai tshirt dan jeans, memang betul itu tidak dinafikan tapi bagaimana pula dengan lelaki yang bersifat maskulin dan metroseksual confirm mereka nak lebih dan bukan hanya sekadar memakai topi dan cardigan (jaket) semata kan?

tapi lain pula isunya bagi lelaki lembut yang lebih kepada unisex/feminine attire, korang confirm dah biasa melihat lelaki yang more into unisex/feminine attire ni kat mana2 kan? jangan cakap lah uols kat shopping complex dan event VIP adalah merupakan tempat yang mereka boleh tonjolkan fesyen mereka kan, betul tak? sebb aku sendiri pun more into unisex/feminine attire.
mereka lebih dikenali sebagai Androgyny.

ok end story of fashion valet, as the conclusion aku just suka dengan cara mereka menggunakan concept mix and match dan hasilnya cantik mata memandang pada si pemakai.

Aug 27, 2012

Raya ke 4 beraya dalam lift



hey uols,

how's your raya guys? mine just ok jer sebab tak dapat beraya kat kg kan so suasana raya tu kurang sedikit, but not to worry cos kat KLANG still got my papa and 2 of my siblings.

seperti biasa aku kalau bab-bab beraya ni semua kalau boleh nak simple dan ala kadar je aku tak suka berlumba2 untuk show off my baju raya even baju raya tu i borrowed from my housemate. He got like over 5 pair of baju melayu so dia dah suruh pakai kita pun ikut sahaja kehendak beliau.

wey ni aku citer dari Raya pertama dulu taw pasal tersekat dalam lift kejap lagi aku goreng kat korang ok. Kalau ok hidu bau ketiak sendiri haha.

kenal kan my Papa Mr. Mally tengah rancak berborak pasal hal orang tua, aku tak boleh nak sampuk sebab aku masih muda lagi haha. *Verangannn~ My mum Pn Hjh Norbaya beraya kat Sabah dengan my adik bongsu :)

my 2nd Brother Ghazalie Mally, bakal cikgu sejarah haha sure kalau dia dapat tahu pasal blog ni confirm dia akan mengamuk gila. Oh yer my sister ada kat dapur tengah tolong my untie siapkan menu raya.

last but not least the owner himself androgyny of Kifli Mally. Gambar time nak pergi beraya kat rumah untie aku kat depan rumah tu je :)

ok the end of part 1 raya aku yang sangat boring, dan berikutnya lah raya ke 2 dan ke 3 tu semua aku banyak pergi beraya bersama dengan TKG Crew saja. Manakala raya ke 4 aku beraya area rumah kat cheras ni jer dan dari situ bermulanya beraya dalam lift haha.

Dalam apartment aku ni ada 19 tingkat.

contohnya aku Tinggal di blok B dan kawan aku ajak datang beraya ke blok A, so lepas menderu azam maghrib aku pun bersiap ala kadar sebab nak datang makan je kot. Selepas itu sampai di bawah blog A aku terus masuk ke dalam lift bertemankan 2 orang untie.

untie 1 : Tingkat 9
untie 2 : Tingkat 11
saya : Tingkat 19

bila smpi je kat tingkat 9 untie pertama dah keluar, bila tutup je balik pintu lift tu terus number pada butang tu hilang. So aku dan untie kedua tu dah start cuak. Paling ketara untie tu lah dia punya menggelupuh memang tak hingat dunia, nak ku sepak je bagi dia diam kejap.

tersekat pada tingkat 9

tanpa buang masa aku tekan lah button emergency tu lama juga baru ada security datang dan lepas tu dia cakap dalam 1/2jam baru dia akan datang selamatkan weols. Fuh~ lama tu so time tu mula lah aku fikir yang bukan, macam mana kalau lift ni terus jatuh, tiba2 takde bekalan elektrik mampos aku dibuatnya,


dan apa yang pasti kejadian stuck dalam lift ni sama macam dalam cerita DEVIL ouh sungguh mengerikan tiba-tiba pula aku terfikir kalau untie tu naik meroyan dan bunuh aku tak ke pasal aku tak sempat nak pergi beraya kat rumah kawan aku tu.

gambar ni aku snap curi dengan pantasnya, time dia tengah diam buat kerja membelek resit top up yang dia baru buat kat kiosk bawah apartment. Bagi kepercayaan dorang kalau benda yang terjadi sekali pada mereka terus dorang akan pergi magnum atau 4D untuk beli number ekor. Pada kebetulannya pula didalam lift tu terdapat 2 number 4 digits confirm aku rasa dia dah pergi beli. Tak kesah lah untie yang penting ko bahagia :)

selepas 1/2 jam berlalu baru lah datang orang yang incharge tu buka pintu lift dan kami terus ke tujuan masing2. Tak pernah merasa stuck dalam lift selama 1/2 jam, dan bagi aku oklah tu sebb hanya kami berdua cuba bayangkan kalau kami ber 5 dan siap ada budak kecil lagi bukan kah itu lagi membahayakan? haish macam-macam

#sekian alhamdulillah takde pape yang berlaku :)

Aug 25, 2012

Preview Screening : Katy Perry Part of Me

Hey uols,

lama dah rasanya tak ke premiere screening thanx to little churpchurp and GSC atas perkhidmatan yang best tu :)

asalnya aku sendiri tak tahu yang screening kali ini dalam 3D so one of my member tak bawa her lens and she have to wear his own glasses along with the 3D glasses quite funny though .

Sinopsis:
Cerita ni adalah dokumentari yang mengisahkan tentang kejayaan Katy dari kecil hingga lah dia dewasa, dan dia telah membuat road tour show hampir ke setiap pelusuk negara selama setahun. Dalam masa perjalanan tu pelbagai dugaan yang dia tempuh. Asal nya dari kecil lagi katy dah start menyanyi digereja dan akhirnya katy pergi mencuba nasib ke LA dan disitu katy telah sign contract dengan pelbagai syarikat rakaman dan akhirnya kecundang akhirnya syarikat rakaman Columbia Records (kalau tak silap lah) telah membawanya naik bersama seorang producer yang sngt hebat Glen Ballard.

Katy dah jatuh cinta pada Russell Brand dan katy teramat mencintai Russell walaupun Katy sibuk dengan pementasan. Akhirnya katy dan Russell bercerai sewaktu katy membuat persembahan beliau di Brazil. Saat itu katy hampir putus asa dan harapn tapi mujur katy ada Manager dan Pembantu peribadi yang selalu memberi sokongan. Akhirnya katy berjaya bangkit dari kelemahan, dan terus berjaya untuk mara kehadapan.

sewaktu katy disiapkan oleh jurumekeup peribadinya

Ko mampu costume buah dada berputar :)

katy juga mementingkan penyampaian persembahan yang berbentuk Fairy Tale sebab dari dulu dia memang suka akan konsep tersebut dan kalau boleh dia nak pastikan semua impian setiap orang akan tercapai.

btw thanx to Adyba Jee sebb sudi teman kan pada malam screening tersebut

yang penting sempat bawa masuk Auntie Anne's mmg sronok nyum2.

As usual many thanx credit to little ChurpChurp and United International Picture for the fantastic #Churpremiere – Katy Perry 3D

kalau nak di ikutkan banyak lagi aku nak ceritakan pasal katy ni tapi ada baiknya kalau korang tengok sendiri minggu hadapan okay.

#Sekian.

Aug 14, 2012

First payment (Cash Out) dari ChurpChurp.

hey uols,

wah tak sangka kan skang ni dah masuk hari ke 25 kita berpuasa bermaksud ada tinggal 5 hari je lagi berpuasa uols,so macam mana dengan persiapan uols menjelang raya nanti. Kita biasa2 je awk maklumlah tak balik kampung sebab praktikal :)

takpe kita tak kesah pun kalau tak dapat balik sebab kita dapat duit raya dari ChurpChurp haha, saje je nak try cash out payment dari ChurpChurp dan akhirnya boleh buat untuk duit raya nanti.


walaupun nilainya kecil tapi bersyukur gak sebab siapa sangka dengan berblogging dan berChurpChurp ni boleh generate side income walaupun nilainya kecil tapi kita reti selok belok sure kaya raya kita dibuatnya. Tapi kena rajin lah uols baru nampak hasilnya kan....

so sudah terang lagi bersuluh kan yang kita dengan duduk online je 24jam serius boleh dapat duit ini baru ChurpChurp bagaimana pula dengan Nuffnang aku? dalam Entry ini aku telah pun cash out, tu pun cash out aku yang pertama sebab time tu aku teringin sangat nak merasa betul ker cheque ni akan sampai depan rumah.

pinjam pic ni ye kak :)

hah tu dia makan hati tak dengan cash out dari Kak Red kita :) siapa yang tak kenal Redmummy.com pagi tadi aku terselak instagram dari beliau nampak nilai mencecah belasan ribu tu membuatkan kita terkedu seketika macam tak percaya je kan? apa lah agaknya kak red ni dapat tiap2 bulan :)

tapi kata orang kalau once kita dah cash out, korang try tengok account korang sama ada kat nuffnang ataupun churpchurp, nilai tu cepat tak naik? sebab ada yang mengatakan jumlah nilai dalam account kita cepat naik bila kita dah biasa cash out :)

kepada mereka yang takde account churpchurp korang boleh je register kat sini dan start sebarkan iklan untuk kaut earning yang maximum :) setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk mempromosikan iklan dihalaman masing2. so berharap korang semua berjaya ok.

#sekian dari budak suka churp2

Aug 9, 2012

Part 1: Amal jariah dibulan ramadhan bersama TKG Crew

hey uols,

apa khabar semuanya? harap semuanya sihat belaka lah yer.
TKG Crew pada 2 minggu yang lepas dah merancang untuk mengadakan satu event amal dimana TKG Crew ingin berbuka puasa bersama anak2 yatim serta menghulurkan bantuan dan derma kepada rumah anak yatim tersebut.

ok macam ni lah kita kongsi cerita ni part by part, dalam part 1 ni lebih kepada apa aktiviti yang dijalankan oleh TKG Crew itu sendiri. Orang yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan amal jariah ni adalah En Abam n En Aruel

En. Abam & En. Aruel

yer kakak tahu confirm korang semua merembes yer, tapi ingat pesanan kakak jangan terpedaya dengan senyuman abang2 itu sesungguhnya mereka berdua ini juga maha bottom sama seperti kakak. OKBAI

En. Abam dan En. Aruel merupakan orang kuat untuk event charity berbuka puasa bersama anak2 yatim tahun ini.

pada permulaannya untuk mengumpul dana kami memulakan dengan menjual kerepek kepada saudara mara terdekat, rakan sekerja dan juga atas kenalan lain. Selain dari itu kami juga ada mempromosikan di TKG CREW PAGE lagi memudahkan urusan jual dan beli.

JOM TENGOK disebalik tabir menyediakan kerepek2 tersebut

kami start membungkus kerepek ni dalam 2 petang. Ada lebih kurang 6/7 kampit kerepek yang berlainan rasa dan setelah dipacking dapatlah dalam 100++ bungkusan seberat 250gram dengan harga RM5 sahaja

ada yang siap dah tempah 30 pack uols, dan ada juga yang menderma pada masa yang sama :) syukur alhamdulillah.

hah kau, kalau bulan puasa ni kudrat banyak terpakai uols, sampai terbaring juga la dia packing kerepek tu. Mau saja aku libat mamat sorang ni kucing malas btol

sebagai tuan blog harus tunjuk muka uols :)
yang penting mek ikhlas packing segala kerepek ni kannn apa motif? hahaha

tadaaaa seteleh siap di packing ini lah hasil kerepek kami tu :) bagi sesapa yang beli mereka tentu suka siap ada TKG CREW nyer sticker lagi

diantara tenaga kerja yang turut menyumbang tenaga sehinggalah waktu berbuka tiba :)
Syukur kerepek setakat ni dah abis dijual dan ramai yang minta untuk tempahan berikutnya pula...

soalan dari anonymous : apa stratergi uols lakukan hingga kesemua kerepek tu laris dijual?

hah ni jawapan dari aku kami buat promosi dengan bantuan dari mokcik jah n mokcik jah, siap buat video lagi uols, tu yang makcik2 diluar sana terus beli lepas tengok video dari mereka ni hahaha....

mokcik jah n mokcik pah :)
so korang tunggu lah yer cerita berikutnya pada part 2, rumah anak yatim mana yang akan bersama kami TKG Crew berbuka puasa nanti :)

#sekian dari budak jual kerepek

Aug 6, 2012

Andrej Pejic dan makcik umur 60 tahun

hey uols,

so far macam mana dengan puasa uols? ada yang tertinggal tak? hurm kalau yang tertinggal tu maksudnya uols dah tewas dengan diri sendiri. Bulan Puasa ni dah lah setahun sekali sayang kalau tak manfaatkan gituuu~ jangan marah kakak yer nanti kakak kahak balik

petang tadi lepas je selesai buat show kat One Utama aku berbincang pasal diet dan bagaimana model androgyny ni berdiet. korang tahu tak apa itu androgyny? simple je seorang lelaki yang bersifat maskulin dan pada masa yang sama feminine juga terserlah :) Mixing Gender

So kita orang pun cuba buat assumption macam mana mereka menjaga keterampilan diri serta cara diet mereka. Ada yang mengatakan model macam mereka ni tak makan nasi dan hanya makan sesuatu yang boleh mengenyangkan untuk seketika sahaja. Tak sama seperti kita yang bukan model ni kalau makan nasi tu boleh melantak sampai 3 pinggang add on 1 pinggan extra :)

model yang aku maksudnya kat sini contohnya Andrej Pejic dan juga Amir Luqman, mereka berdua ni merupakan trans Model yang boleh memperagakan lelaki dan wnaita pada masa yang sama. Terutama sekali Andrej Pejic dia seorang lelaki yang cantik.

Andrej Pejic

Amir Luqman

Aku memang adore giler kat mereka berdua ni :) tapi for sure lah Amir Luqman kita boleh carik dia kat area KL nie jer, tapi Andrej Pejic tu? macam mana lah nak jumpa dia kan for sure in real dia cantik.

so back to the point, aku sangat respect kat mereka berdua ni sebab apa? sebab mereka tidak makan pil untuk besarkan "breast" dorang hanya amik supplement untuk kecantikan kulit semata. Mereka bukan model tranny oleh sebab itu mereka mampu memperaga dua jantina pada masa yang sama.

Andrej Pejic

Amir Luqman

Ada yang cakap kalau nak cantik kurus jelita jangan makan nasi, oh my betulker? tapi aku rasa model ni pun makan juga cuma mereka makan dalam keadaan terkawal dan bukan makan melantak macam kita semua ni, plus maybe dalam seminggu tu korang boleh kira berapa kali nasi yang mereka makan.

apa pula kaitan nya dengan makcik yang berumur 60 tahun tu? Dalam kita orang tengah berborak pasal model fav ktia orang ni makcik tu terus toleh ke belakang dan berkata kenapa kami bercerita pasal nasi? dan kita orang pun explain lah pasal isu diatas. Terus makcik tu cakap

"Umur makcik 60 dah dan makcik masih sihat"
wow kelas tak stament makcik tu? ya aku akui makcik tu nampak bertenaga dan sihat :) dan dia juga ada rahsiah tentang pemakanan tapi aku tak berkesempatan untuk mengetahuinya kerana perbualan kita orang spontan kat escalator :)

ko agak2 apa rahsia mokcik tu ek?

#sekian dari budak androgyny