May 11, 2012

Nanti mama masukkan RM20


hye uols,

petang tadi dalam perjalanan balik tu aku nampak makcik ni tengah bergayut kat public phone area salak selatan, umur makcik tu dalam pertengahan 40an dan cara dia bercakap sungguh sayu hati aku mendengar setiap ayat yang makcik tu pertuturkan.

"nanti mama masukkan RM20 untuk korang buat belanja"
"hujung bulan mama akan bagi duit belanja "

ya tuhan betapa luluh hati ini sebagai seorang anak yang tahu akan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Ibu sesungguhnya aku sangat merindui mu ketika ini. Hanya Ibu lah yang mampu meredakan tangisan dan rentetan diri ini :( *mood sedih

dan bila aku terdengar makcik tu berkata demikian aku terus berhenti seketika dalam 10 langkah dari tempat makcik tu berdiri, aku ingin curi dengar semua perbualan makcik tu tapi apakan daya aku tak mampu nak menahan hiba diri ini aku terus berlalu pergi.

*sejenak dalam hati aku terlintas "andai lah aku punya wang lebih sudah pasti aku akan sedekahkan pada makcik itu" tapi apakan daya aku ni pun student yang tak pernah cukup untuk menampung diri sendiri kalau setakat makan minum dan belanja untuk sebulan tu setakat ala kadar jer

serius ini kata kata yang sering aku ulang dari aku kecil lagi

"andai aku orang senang sudah pasti aku tidak lupa akan mereka yang selalu berada di dalam kesusahan" Insyah Allah kalau aku ada rezeki lebih aku tidak lokek untuk memberikan sedikit kepada mereka yang lagi memerlukan."
sekadar hiasan je uols

dan semalam pun aku buat panggilan balik ke kampung wish selamat hari ibu kat mama kita :) hehe dia ingt kan kita kol tu sebb nak mintak duit tapi dia terkejut bila kita call dia ucap hari ibu...terus ibu aku sent mesej aku ingatkan sebb terharu ke nak cakap aku ni anak feveret dia ker? skali tnegok dia bagi tahu mama dah top up kan phone kita haha...my mom ni selalu je macam tu, semua ibu sayang akan anak mereka ibu mana yang tak sayang kan ibu mereka kan...

#sekian dari budak yang sayangkan ibunya

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-