rasanya entry mengenai "KAWAN" memang sesuai untuk dikupas nak lagi kalau kawan tu jenis tikam belakang dan kawan yang tidak boleh dipercayai :) aku tahu sebelum korang nak jatuhkan hukuman kat seseorang like there's a lots of reason why we don't easily get them judged, sebb apa sebb kita sendiri pun akan jadi isu perbualan di belakang *kalau korang faham apa yang aku cakapkan ni.
jadi point yang aku nak ketengahkan ialah aku ada seorang kawan ni, dia consider anak orang dari keluarga yang senang bukan sederhana, kalau sederhana tu macam aku ni jenis makan minum just cukup jer :) berbeza dengan anak orang senang ni sentiasa berlebihan dengan setiap benda yang dia ada, tu baru kategori orang senang kalau yang kaya tu jangan cakap lah rezeki melimpah ruah.
ok kembali pada topik entry, aku ada seorang kawan dia boleh beli apa saja yang dia nak dan dia boleh dapatkan apa saja yang dia nak, tapi dia ada satu tabiat iaitu "Panjang Tangan", korang tahu kan apa itu #panjangtangan bukan tangan yang di panjangkan tapi membawa maksud #mencuri #mengambil barang orang lain #pinjam tak berkembali :)
dan apa yang pasti korang sure ada kawan mcm tu gak kan? sapa sini ada kawan macam tu sila angkat tangan, aku pernah bertanya kenapa dia suka mencuri sedangkan kalau dia beli sesuatu barang tu aku rasa tak luak pun duit dia kat dalam bank tu sebb tiap tiap bulan parents dia masukkan duit.
dan jawapan dia simple "KEPUASAN" wow agak biadap yer dia bagi jawapan sesimple itu kat aku, walaupun aku berharap dia bagi aku jawapan dalam bentuk essay 2 muka surat. Tapi lepas difikirkan yer memang betul mereka yang dah tak tahu nak buat apa dengan duit yang menggunung kat bank tu so spesis macam dorang ni suka buang tebiat :)
ada juga sesetengah orang macam ni siap kantoi dan kena tangkap lagi tapi dorang tetap dengan hobi pelik dorang tu, isk macam tu plk yer :) biasalah bagi mereka ni sure dorang nakkan sesuatu barang tu tak kira macam mana jalan sekali pun yg penting barang yang di idam tu dapat terus habis cerita.
tapi adakah ini ada kaitan dengan PRS "pengaruh rakan sebaya", takde makna nya pengaruh tu datang dari rakan sebaya jer usually pengaruh tu boleh datang dengan pelbagai aspek contoh seperti keluarga, jiran tetangga dan juga dari media massa.
p/s : so tak guna gak kalau korang ada banyak duit tapi tak boleh nak puaskan nafsu sendiri yang tak pernah puas :) *kalau korang faham apa yang aku cuba smpikan
#sekian dari budak pendek tangan
-jangan lupa usha link kat bawah ni-
alahai peliknye..xpaham la, duit ada byk, p je la beli, baru lgi..jadah hape nk curi org punye. mgkin dulu ms budak2 dia penah bjaya tak kantoi sbb tercurik pemadam, mgkin itu yg mnyebabkan dia kata kepuasan tu..kot..
ReplyDelete@cantekk mungkin itu dah jadi kebiasaan mereka dan sekaligus menjadi hobi :)tu yg susah nak buang tabiat lama huhuhu
ReplyDeleteorang tangan panjang halus ni lawa..macam model.he3
ReplyDeletesup3rc0w.blogspot.com <----Something might be new for you.visit me :)