May 9, 2012

Gambar dan Preview : Upin & Ipin Teater Muzikal

hye uols,

nampaknya berakhir sudah pementasan teater musical Upin & Ipin ni kan :)
pada minggu yang lepas aku dapat ticket last minit dari member so time tu juga aku terus ikut member aku, best betul berkawan dengan budak teater ni asyik dapat layan teater jer..best gilerr *doh* walaupun pementasan ni dah berakhir dengan jayanya aku just bagi sinopsis yang sngt ringkas bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melihatnya ok


Sinopsis:
Puteri Cinonet dari Istana Pokok nak tahu apa itu erti kegembiraan yang sebenar lepas tu dia mintak cermin ajaib dia untuk pamerkan apa itu erti kegembiraan, lepas tu keluarlah pic Upin dan Ipin yang sangat comel itu. Dari situ bermula lah pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan2 mereka ke alam fantasi, setelah mengharungi segala cabaran dan liku2 pengembaraan akhirnya mereka pun datang ke istana pokok si puteri cinonet itu tadi.
Dan akhirnya Upin dan Ipin bersama rakannya berjaya membuat Puteri Cinonet itu tergelak kegembiraan :) Sekian

Aku rasa bertuah sungguh kerana Tun Dr. Mahathir sendiri turut serta bersama Tun Dr. Siti Hasmah menyaksikan pementasan tersebut :) maaf pic ada kat member so malas nak tunggu dia transfer kat aku hahaha...

well start je pementasan tu bukan main lagi sponsor utama KPJ telah menunjukkan taringnya bila pelakon pelakon tu semua asyik ulang benda yang sama dimana mereka mempromote hospital KPJ ni aku naik meluat pun ada gak haha, nasib baiklah time starting je kalau dibawanya sampai ke penghujung cerita memang aku blah dari situ haha...

part yang mendebarkan dan menggelikan urat saraf aku pabila mereka turunkan labah labah besar dari atas, ya rabbi aku serius time tu sngt takut yer dan labah labah tu boleh siap turun dan usik penonton yang hadir ok...haish

comel tak mereka ni, mereka berempat ni lah yang melakonkan watak Upin dan Ipin

last but not least thanx to EJ sebb ajak kita orang, walaupun ianya last minit tapi kami enjoy teater tersbut nak lagi kalau di persembahkan kat Istana Budaya confirm aku datang sebab props dan pementasan dia yang sungguh berkualiti tinggi :)

#sekian dari budak yang suka Upin & Ipin

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-