May 25, 2012

Event : Preview LG Cinema 3D TV Party at GSC The Garden

Hye uols,

Baru baru ni aku dapat invitation ke LG Smart TV Launching dan bagi mereka yang pergi tu memang ohsem, sampai aku sendiri tak tahan terus balik awal haha, no seriously i mean it the product LG istself memang tip top for future gadget.

Bertempat di GSC Garden dorang adakan event tu so macam biasa aku pun akan terjah event sebegitu kalau dapat pair invitation, pair invitation sngt penting hokay untuk mengelakkan aku daripada mati kaku sorang sorang lepas tu senang skit nak pecah lobang hadek2...

signature pose for LG

Syazry always be my accompany (we wearing glasses 3D)

Well product Smaet TV dari LG ni serius aku cakap sangat mengujakan bagi mereka yang datang ke launching ni sampai je terus aku pakai spec 3D tu dan start buat pemantauan dan hasilnya sungguh memuaskan, dan smart tv ni juga boleh convert dari 2D ker 3D wow bukan kah itu menarik?

kepada mereka yang tunggu EURO bolehlah saksikan dalam bentuk 3D yer :)

One of the man giving explanation on how using 3D Smart TV, even korang boleh online via Smart TV. Time tu kita orang share tweet dekat screen TV tu.

Ini pula bagi mereka yang kaki games, 2 Screen tu gunakan 3D detector tapi sebelah kanan tu quality dia macam kurang sikit sebb itu hanya 3D biasa berbanding dengan 3D Smart TV (kiri) semamangnya ohsem macam real kot bila main game tu, dan yang penting dengan Smart TV ni mereka boleh maun DUAL PLAY dengan berkongsi satu screen jer no need screen tu terbagi 2 partition. Serious cool

Yang penting ada om~nom~nom

Makanan semua sedap dan tak menghampakan :) menjamu selera kat Gold Class Cinema uols,

As usual before balik tu weols semua dapat goodie bag, tadaaaa Ticket Voucher valid for one movie :) Thanx LG Thanx Nuffnang

nak ketahui lebih lanjut pasal Product LG sila klik sini SATU DUA & TIGA

p/s : kemudian ada lagi Entry mengenai product LG

#sekian dari budak 3D


-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-


May 11, 2012

Nanti mama masukkan RM20


hye uols,

petang tadi dalam perjalanan balik tu aku nampak makcik ni tengah bergayut kat public phone area salak selatan, umur makcik tu dalam pertengahan 40an dan cara dia bercakap sungguh sayu hati aku mendengar setiap ayat yang makcik tu pertuturkan.

"nanti mama masukkan RM20 untuk korang buat belanja"
"hujung bulan mama akan bagi duit belanja "

ya tuhan betapa luluh hati ini sebagai seorang anak yang tahu akan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Ibu sesungguhnya aku sangat merindui mu ketika ini. Hanya Ibu lah yang mampu meredakan tangisan dan rentetan diri ini :( *mood sedih

dan bila aku terdengar makcik tu berkata demikian aku terus berhenti seketika dalam 10 langkah dari tempat makcik tu berdiri, aku ingin curi dengar semua perbualan makcik tu tapi apakan daya aku tak mampu nak menahan hiba diri ini aku terus berlalu pergi.

*sejenak dalam hati aku terlintas "andai lah aku punya wang lebih sudah pasti aku akan sedekahkan pada makcik itu" tapi apakan daya aku ni pun student yang tak pernah cukup untuk menampung diri sendiri kalau setakat makan minum dan belanja untuk sebulan tu setakat ala kadar jer

serius ini kata kata yang sering aku ulang dari aku kecil lagi

"andai aku orang senang sudah pasti aku tidak lupa akan mereka yang selalu berada di dalam kesusahan" Insyah Allah kalau aku ada rezeki lebih aku tidak lokek untuk memberikan sedikit kepada mereka yang lagi memerlukan."
sekadar hiasan je uols

dan semalam pun aku buat panggilan balik ke kampung wish selamat hari ibu kat mama kita :) hehe dia ingt kan kita kol tu sebb nak mintak duit tapi dia terkejut bila kita call dia ucap hari ibu...terus ibu aku sent mesej aku ingatkan sebb terharu ke nak cakap aku ni anak feveret dia ker? skali tnegok dia bagi tahu mama dah top up kan phone kita haha...my mom ni selalu je macam tu, semua ibu sayang akan anak mereka ibu mana yang tak sayang kan ibu mereka kan...

#sekian dari budak yang sayangkan ibunya

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-

May 9, 2012

Gambar dan Preview : Upin & Ipin Teater Muzikal

hye uols,

nampaknya berakhir sudah pementasan teater musical Upin & Ipin ni kan :)
pada minggu yang lepas aku dapat ticket last minit dari member so time tu juga aku terus ikut member aku, best betul berkawan dengan budak teater ni asyik dapat layan teater jer..best gilerr *doh* walaupun pementasan ni dah berakhir dengan jayanya aku just bagi sinopsis yang sngt ringkas bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melihatnya ok


Sinopsis:
Puteri Cinonet dari Istana Pokok nak tahu apa itu erti kegembiraan yang sebenar lepas tu dia mintak cermin ajaib dia untuk pamerkan apa itu erti kegembiraan, lepas tu keluarlah pic Upin dan Ipin yang sangat comel itu. Dari situ bermula lah pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan2 mereka ke alam fantasi, setelah mengharungi segala cabaran dan liku2 pengembaraan akhirnya mereka pun datang ke istana pokok si puteri cinonet itu tadi.
Dan akhirnya Upin dan Ipin bersama rakannya berjaya membuat Puteri Cinonet itu tergelak kegembiraan :) Sekian

Aku rasa bertuah sungguh kerana Tun Dr. Mahathir sendiri turut serta bersama Tun Dr. Siti Hasmah menyaksikan pementasan tersebut :) maaf pic ada kat member so malas nak tunggu dia transfer kat aku hahaha...

well start je pementasan tu bukan main lagi sponsor utama KPJ telah menunjukkan taringnya bila pelakon pelakon tu semua asyik ulang benda yang sama dimana mereka mempromote hospital KPJ ni aku naik meluat pun ada gak haha, nasib baiklah time starting je kalau dibawanya sampai ke penghujung cerita memang aku blah dari situ haha...

part yang mendebarkan dan menggelikan urat saraf aku pabila mereka turunkan labah labah besar dari atas, ya rabbi aku serius time tu sngt takut yer dan labah labah tu boleh siap turun dan usik penonton yang hadir ok...haish

comel tak mereka ni, mereka berempat ni lah yang melakonkan watak Upin dan Ipin

last but not least thanx to EJ sebb ajak kita orang, walaupun ianya last minit tapi kami enjoy teater tersbut nak lagi kalau di persembahkan kat Istana Budaya confirm aku datang sebab props dan pementasan dia yang sungguh berkualiti tinggi :)

#sekian dari budak yang suka Upin & Ipin

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-




May 7, 2012

Penangan BlackBerry terhadap GROUP TKG (Tak Kering Gusi)

akak dah pakai BB uols bila lagi?
hye uols,

sebelum kita mengulas lebih lanjut tentang BB ni, nak tanya sapa sini BB user? sila senyum~ mak ai ramai juga yang tengah senyum sorang2 depan lappy.

apa itu TKG CREW (Tak Kering Gusi) ni just satu group yang dimana kita orang selalu adakan aktiviti tak kisah aktiviti apa sekali pun sama ada charity, annual dinner, berkelah dan sebagainya. Dengan cara ni je kami semua mampu mengeratkan silaturahim yang lama terjalin *katanya lerr~ kenapa tak kering gusi sebb perangai kawan2 kalau dah berperangai macam tenuk sekor2 dah masuk air buat lawak mmg pecah perut bukan setakat tak kering gusi usus pun boleh putus :)

dan boleh dikatakan dari aku pakai phone Sony Ericsson terus ke BlackBerry serius sebb rasa keperluan itu satu kewajipan gitewww~ lagi satu bagi aku pakai BB ni mmg jimat semenjak aku beralih ke BB tak perlu nak top up sngt sebb ramai diantara kawan terdekat dan kawan kampus pakai BB tak pown smartphone (Whatsapp)

tak mampo uols pakai BB Bold 1 jer :) nama pun student

dalam ramai2 (33 member) tu aku sorang je yang pakai Bold1 yang lain tu semua dah keje anak orang kaya so dorang boleh lah pakai BB Torch tak pun BB Bold 4 hehe, takpe nanti aku dah keje baru aku upgrade :)

recently ni ada 3 member TKG yang dari pakai smartphone terus beralih ker BB pengaruh kawan juga memainkan peranan kan? tapi tu lah penggunaan BB ni battery saja memang cepat habis kena beli charger portable

lagi satu kalau korang dapat detect lah, dari apa yang aku lihat majoriti yang pakai BB ni hanyalah kelompok Melayu dan Cina pula majoriti pakai Iphone, tu dari pantauan aku saban hari ok :) manakala india plk maybe dorang more into android haha memandai je aku buat kesimpulan kan...jangan marah ekkk


bagi korang yang nak tahu TKG CREW event sila klik kat bawah tu yer :)
sebenarnya buat tribute entry ni utk IKRAM salah seorang TKG CREW yang dah pakai BB :)
jgn tengok lama2 kang tak leh nak tido malam klik sini utk ke blog beliau SINI

#sekian dari budak pakai BB

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-