Mar 28, 2012

Kehebatan student Network security terserlah

jangan nakal, fokus kat dalam kelas cikgu yer...
hye uols,

dalam kelas e-commerce aritu aku rasa begitu ngantok dan kalau boleh aku dah buat sawan atau kena sampuk boleh bagi alasan aku terus balik awal paling cikai pun kelas cancel dan semua student akan sayang aku sebb punca utama kelas cancel :)

aha mmg bagus lepas tu kita ramai2 repeat semmmm~ isk idok laaaaa

hati2 ye jangan smpi akak meracau, susah korang nanti :)

ok berbalik pada tujuan asal aku, aku nak share kat korang betapa hebatnya belajar, tak kesahlah apa subject yang korang belajar tu sure itu ilmu dan kalau kita praktik kan confirm kita adalah orang yang paling berjaya itupun kalau ke jalan yang benar lagi diredhai tapi kalau ke jalan yang di celakai sendiri mahu ingatlah yer :)

sapa sini yang amik dalam bidang IT sure korang sendiri will come cross the subject of E-Commerce, best giler kan kalau berlajar subject tu lebih2 lagi dia berkaitan pasal blog website dan mcm mana nak dapatkan traffic gitewwww~ dan lepas tu dikaitkan pula dengan subject Marketing fuh serius aku cakap macam ikan goreng di cicah sambal cukup nikmatnya :)

motif sngt kan terlintas nak makan cucur ikan bilis cicah sambal :)

seperti yang kita tahu kalau IT bab-bab nak jadi hacker sure dilibatkan dengan system network ataupun system security, di mana merekah boleh study smpi practic macam mana boleh hack account orang,

so nak dijadikan cerita adalah makhluk tuhan ni, dia mmg hebat dalam system network security dan dia buat jahat di mana dia hack ke account lecturer dan terus ubah grad dia yang rendah tu ke score A,

mereka hebat tapi binasa kalau di salah gunakan

gila dia ingat dia dah hack result mcm tu lecturer ni bengong sngt lah katanya tak boleh nak detect, eh tolonglah walaupun ada 1000 student lecturer akan tetap ingt siapa yang dia highlight lebih2 lagi kalau lecturer wanita kannn betul tak?

jangan macam macam eh, budget lecturer mcm saya ni bengong ker? siap ko balck list jawapannya

p/s : siapa kah budak itu? biarlah rahsia

#sekian dari budak hackers

Mar 26, 2012

Mari belajar bahasa cina dalam 5 minit secara seronok

mali sini wa cikgu balu uols,
hye uols,

arinie akak nak bagi satu cara mudah korang macam mana nak cakap citer pantas dengan seronok so senang korang nak cakap dengan cina kat luar sana, haha nanti kalau g pasar dorang boleh bagi murah taw,

dan lepas ni korang boleh lah kamcing dengan dorang ok :)

lepas tu siap boleh berkungfu dengan mamat ni.
klik untuk besarkan image :)

so mcm mana, seronok tak belajar bahasa cina bersama akak mei ling , maaflah kalau ada sedikit kegampangan yer, tujuan untuk menghiburkan uols semua, jangan sentap2 nanti akak bagi kungfu baru tahu


ok lah akak nak g bersolek kejap ada show kejap lagi ok daaaa

p/s : Belajar lah smpi ke mana sekali pun yang penting tak kedekut ilmu :)

#sekian dari budak cina

Mar 22, 2012

Gambar : Bila artis favourite Hollywood bertudung

hye uols,

ok sebelum tu sapa sini peminat 3 artis ni Britney, Rihanna dan Lady Gaga? kalau aku for sure I will definitely choose Britney, follow by Rihanna and then Lady Gaga. Dah semestinya aku membesar dengan lagu Britney dan aku adore giler kat britney time dulu2 tu aku pernah lah terfikir macam mana kalau mereka semua ni peluk Islam lepas tu dorang berjihad secara muslimah ko rasa ada tak pengikut mereka diluar sana akan ikut turut serta dalam jihad mereka ni?

Jangan cakap tu senang cerita tengok je macam MJ yang peluk islam dan kemudiannya terus meninggal ko rasa tu macam mana pula? konspirasi dalaman ker? bagi artis mana yang ingin peluk islam kemudian akan dibunuh dan confirm semua tu akan jadi top secret dimata peminat semua tu sudah takdir seseorang artis tu kan?

hazab betul muka lady gaga ni kan :) certain lagu dia mmg aku minat juga

minah sekor ni pun not bad aku sngt suka lagu dia contoh macam Rehab and Russian Roulette

compared to this senior celebrity, dia sngt tip top walaupun dia dah beranak bagai plus dengan kehidupan beliau yang tunggang langgang, at the end she came with her new album...miss her so much, sure dia dalam pemulihan balik outer badan dia buang lemak berlebihan baru lah ada umph perform live atas stage :) pakai 2 piece je uols bagi orang lain meleleh gitewwww

so tanpa membuang masa aku nak bagi korang tengok formasi muslimah artis hollywood siap betudung segala hah jangan ingat 3 suara malaysia takde pesaing ni dia pesaing baru kita kombinasi Britney, Lady Gaga dan Rihanna


jangan vote akak ye adik2 haha

p/s : walaupun ianya di edit tapi aku suka dengan hasilnya sangta manis mata memandang.

#sekian dari budak muslimah

Mar 20, 2012

Competition : Bowling tournament UNIKL (Epox Group)

hye uols,

Ahad lepas Unikl ada buat bowling tournament antara student dan yang penting aku mana nak mengalah, semestinya game bowling ni game favorite kita orang nak harapkan main bola tampar dan futsal oh tidak jauh sama sekali haha :)

bertempat kat ecurve tournament itu diadakan dan yang penting aku 1st time nak jejak kan kaki kat tempat tu maklumlah sebab kebiasaannya kami hanya main bowling kat Time Square, dah tu je yang dekat UNIKL :)

musa, che mat, shah, amran dan zuzu

kemana aku pergi sure zuzu ada haha, biasalah dia jelah yang suka ikut kitaorang ke hulu hilir. Thanx to zuzu dan chemat sebb sudi jadi pasukan sorak kitaorang...

ok tournament start at 2PM, unfortunately kami semua tersampai awal so jawapannya kami semua shoot ke MeatBall ikea nyum~ lepas menjamah meatball aku akan merasa sama ada aiskrim ataupun karipap ikea sedappppp~

perkenalkan dari kiri player group Epox Musa, Shah, kiflimally dan Amran. Kami datang dengan harapan nak menang at least dapat top 5 pun ok lah kan :) wahhh impian tak salah nak pasang tinggi2 kan, kalau tak silap Pin Junction ada 24lane dan kesemua lane tu student UNIKL dah booked :)

dan korang bayangkan lah kalau dah semua student yang masuk air main bowling siap ada yang jerit ada yang baring kat sofa ada yang terlentang aku rasa dah macam kat wad pesakit mental pun ada gak.

lebih kurang dalam pukul 5pm kita orang dah selesai dengan 3 set permainan sekali gus, apa lagi sambil tunggu peserta lain tu nak abiskan game kita orang pun basahkan tekak kat Mcdonald ecurve. Time tu apa lagi cuci mata uols elok2 betul orang area damansara ni kan :)


tu dia sapa sangka dari 24team member yang turut serta kita orang dapat tempat ketiga dengan mata kutipan pin sebanyak 1500++ kita orang budget dapat jatuhkan pin sebanyak 1600 tapi takpelah dah tu yang terbaik dilakukan :) wahhh kelasssss angan2 tetap nak tinggi kannn

p/s : hurm nampaknya ni lah tournament akhir aku sebb sem depan aku dah start practical so lepas ni aku tak boleh dah join hehe sedih kejap usia dah makin tua so main game poco2 dengan mak mak datin haha

#sekian dari budak bowling :)

Mar 18, 2012

Amaran : Jangan jawab call bila phone sedang di charge

hye uols,

wah sesuka hati aku je letak amaran, warning segala kan :) eh tapi mmg betul pun tanda amaran tu bermaksud untuk mengelakkan korang dari melakukan benda yang merbahaya betol tak?

ada 2 amaran:

1st) kalau korang tgh charge phone korang semalaman JANGAN letak phone tersebut terlalu dekat dengan anda

2nd) Janagn terima atau jawab segala panggilan ketikat phone korang tu tengah charge.

semua amaran tu sure ada maksudnya sila baca kisah dibawah ni:

Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki sedang charge HP di rumahnya. Time tu ada panggilan masuk dan dia terus jawab panggilan tersebut dengan wayar charge masih lagi tersambung pada phone lelaki itu.
Dengan pantasnya, arus elektrik tu over shot pada phone lelaki itu dan lelaki itu terkena renjatan elektrik dan terus tercampak jauh jatuh ke lantai
Parents lelaki itu bergegas masuk ke dalam biliknya dan menemukan lelaki itu pengsan, di mana time tu jantung dia dalam keadaan pengsan lemah dan jari lelaki itu terbakar akibat renjatan elektrik tersbeut.

ok korang dah tengok kan sendiri apa effect dia kalau semua benda kita amik secara remeh temeh, so lepas ni harap korang jangan amalkan jawab phone bila time charging tu, biasanya ini tabiat bagi mereka yang kaki gayut dimana sanggup charge lepas tu baring borak berjam2, betul tak? sebb aku pun pernah buat benda yang sama

p/s : so harap korang lepas ni korang try advise sapa yang ada tabiat macam ni ok :)

#sekian dari budak pengguna handphone.


Mar 17, 2012

Sinopsis : Feedback Filem Azura (2 bintang)


hye uols,

SINOPSIS DAN DOWNLOAD AZURA (2012) | SINOPSIS | Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan. Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana. Mereka hidup bahagia pada awalnya. Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala wAzura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.


hari ni aku tengok cerita Azura kat Astro First, time nak purchase cerita ni bukan main lama lagi nak decide either cerita ni berbaloi atau pun tak. Biasalah kalau cerita melayu ni aku takut feedback kurang umph skit. Umpama melabur plak nak tengok cerita kan, eh mestilah dah kita bayar so i deserve to give feedback.

jalan cerita ni so so lah ada kalanya aku teruja skit dengan emosi yang dorang lakonkan tu seperti Azura (neelofa) dia mmg sesuai dengan watak tu dia nampak anggun matang dan comel kecik je orang nya kannn. Bagi Zek (shahz jaszle ) watak dia terlalu nampak muda untuk digandingkan dengan azura, mungkin disebbkan dengan perwatakan zek yang muda tu dia sesuai pegang watak orang muda yang tak sabar2 nak dirikan rumah tangga kannnn

baru berapa hari je kenal terus dah nak melamar yelah janji ada date contract selama seminggu lepas lebih dari tu terus nak dirikan rumah tangga.

kawin kat paris uols,

dalam cerita ni sure dia selitkan seperkara dua tentang moral kehidupan dimana kita yang tinggi ni jangan sesekali nak memandang rendah/jijik dengan orang bawah sebb kita semua ni setaraf manusia yang sama.

Kebersihan haruslah dijaga, contoh seperti dalam cerita ni kat pasar malam tu ayooooo begitu kotor betul tapak pasar malam tu dan yang akan bersihkan semestinya Flora bagai kan, apa salahnya kalau kita kurang kan beban mereka tu dengan tolong buang mana2 sampah yang boleh dibuang, ini tak kalau boleh semua dengan taik2 ko nak suh orang bersihkan.

baguslah tu kalau nak mengelak maksiat dengan jalan yang mudah kawin, tapi pastikan diri tu dah sememangnya boleh bimbing pasangan anda antara satu sama lain. Lepas tu di dalam sesebuah hubungan korang seharusnya saling memahami. Mudah itu saja kalau korang faham akan situasi pasangan korang dalam masa yang sama kepercayaan juga turut tersemai wahh gitew macam dah jadi pakar motivasi kannnn

p/s : bagi korang yang tak pernah tengok tu, boleh lah usha download secara halal lepas tu korang evaluate la sendiri yer..sebb aku bagi 2 BINTANG dari 5

french : aimez-vous mon blog, s'il vous plaƮt lire tous les jours
sapa dapat jawab maksud di atas aku bagi dia hadiah kih kih...

#sekian dari budak Paris

Mar 15, 2012

Aku nak search baby face, hanya dia seorang je terpampang

hye uols,

sekarang ni aku dah kemarruk dengan satu rancangan reality kat AXN 701 The Voice 2 gitewww, best jugalah layan channel tu boleh hilang bosan skit duk kat rumah, rancangan ni lebih kurang macam Bukan Sekadar Rupa lah dimana setiap peserta yang menyanyi juri semua berpaling ke belakang kalau suara peserta tu sedap luna merdu macam aku ni juri perlu tekan buzzer then berpaling ke depan.

Juri tak berapa nak terkejut pun sebb semua peserta takde lah HAZAB mana pun yang masuk bertanding suara dan rupa paras mmg ada, kalau semua juri tu tekan buzzer then mereka kena fight untuk dapatkan peserta kegemaran mereka dan akhirnya peserta kena pilih juri pilihan mereka :) menarik bukan?

cee lo green salah satu juri yang sukakan kucing :) meowwwww

dan semua perserta akan dibberi nasihat dari mereka yang arif dalam dunia seni, tapi apa yang menarik cee lo green minta advisor dari Baby face Edmonds so aku pun try search kat google "Baby Face" kot2 boleh jmpa mamat tu, sekali result baby face seperti di bawah :


nampak tak???

kelasss ko jah! dalam banyak banyak muka baby tu boleh plk terselit muka dia haha, makan hati uols dibuatnya bunuh diri kejap. Rasa nak tukar je nama dalam IC aku tu jadi baby face :)


btw nama glamour dia mmg BabyFace atau Kenneth Brian "BabyFace" Edmonds merupakan american R&B, penyanyi, penulis lirik lagu, guitarist producer filem dan banyak lagi lah, jadi tak musykil lah kalau dia merupakan salah seorang advisor peserta kepada Cee Lo Green sebb dia dah memang diakui kehebatannya.

p/s : kalau dah lebih 100 orang panggil nama ko baby face sehari mau tak kiut miut muka ko dibuatnya haha, panggil saya baby face bukan kifli mally dah haha

#sekian dari budak baby face~

Mar 13, 2012

merokok dan perokok tidak akan pernah menang (Yassin)

hey u, yes i mean u...
hye uols,

kali ni ntah keberapa kali dah aku buat entry tentang tak sukanya aku pada rokok, yucks mereka yang merokok nampak gross and tak menarik perhatian langsung,

memang ada sesetengah orang yang merokok tu nampak cool sebb dia handsome tu pun nasib baik sebb ko ada paras rupa, kalau ko takde paras rupa so macam mana, dah lah muka ko macam rumah terbakar lepas tu ko merokok grrr nak je aku sumbat 10 tan rokok kat mulut ko tu...

aku handsome sbb tu aku merokok nampak lagi cool,

memang ko nampak cool tapi masalahnya ko membuatkan orang yang tak suka akan asap rokok meluat nampak dengan muka ko tu, sure orang yang merokok ni mulut ko busuk seumpama lorry alam flora yang ari2 dok angkut sampah..betul tak?

oleh yang demikian akak sendiri nak umumkan dimana perokok perokok di luar sana memang tidak akan menang smpi bila2 pun, serius aku katakan kalau korang tak berhenti merokok dari skang ni sure ko akan nyesal satu hari nanti,

ko gelak yes gelak lagi aku nak tengok smpi takat mana ko nak gelak bila ko kena penyakit paru paru, aku respect kat ayah aku sebb dia dah berhenti merokok bila kawin dengan mak aku, tu pun mak aku sound "abg tak berhenti merokok kita tak payah kawin" haha terus ayah aku quit dari career dia sebagai seorang perokok...

dah lebih kurang aku nampak mereka yang kuat merokok ni...



tapi apa pun aku bangga dengan housemate aku yang dah berhenti merokok kat depan aku, aku ugut kalau aku nampak dia merokok aku akan roger kat someone, ok lah tu dari dia terus merokok kan dan aku tahu dia seorang perokok tegar tapi apa yang pasti dia sure merokok kat luar, takpelah at least dia kurang kan tabiat merokok dia tu :)

p/s : tak salah korang belajar untuk berhenti merokok sekarang sebelum terlantar tenat di atas katil :)

#sekian dari budak yang anti rokok :)

Mar 11, 2012

Video : Curry Puff Secret Recipe berinti ulat, Putrajaya

hye uols,

Curry Puff Secret Recipe berinti ulat @ Presint 15, Putrajaya, 23 Februari 2012.

Ptg tu otw blk keje aku singgah SR beli currypuff ni untuk aku dan bini aku mkn ptg. Lps tu, bini aku trus panaskan balik, (xde mase nak simpan 2-3 hari pastu panaskan sbb SR P15 tu sekangkang kera je ngn rumah aku) gune microwave oven (30 saat je pun, so xla panas sgt pun, mungkin ada yg igt dipanas gna minyak dlm kuali kot) dan potong2 karipap tu. lps makan setengah baru la perasan yg inti karipap yang masih tinggal tu ade ulat. Ape lg terus la bungkus blk stgh tu bwk blk SR P15 Putrajaya. Person in charge, Cik Hasanah tgk sendiri ulat tu, dan minta maap. ringkasnye cite, x leh setel sbb manager die xde.. dan kene wat aduan dulu..aku blk ngn hampa, dan dgn ulat dalam perutku..

Bagus jugak kpd sape yg xpercaya sbb xmudah terpengaruh ngn satu cite..tp kalo aku nk tau gak aku akan call, emel kpd pihak yang berkenaan..dlm kes ni (hasanah SR P15, atau pun manager die miss hariyana. HQ die pun xpe, sbb dorg mmg da tau) xrugi pun call untuk pastikan benar atau x je. rasenye call dlm 2-3 minat berapa sgtlah kredit korg habis..so terpulang la kpd sesiapa yg nak percaya atau tidak. aku bagi link resit aku beli smlm sbg bukti, or kalo korang nk call la..

bukti pembelian

Cust service die call minta maaf dan tgh buat investigation..emel pun dorg ade balas

Thank you for your feedback and details provided.
We wish to firstly apologize on the encounter on behalf of the outlet concerned.
Nevertheless, we will log in this case to be investigated and verified with the Outlet Operations Team and to undertake the necessary corrective measures if any mishandling of products or storage have happened.
We truly appreciate your feedback greatly as this allows our initiative to put the best effort forward to maintain our quality of products and trust in our outlets.
Our sincere gratitude for your patronage and support.

Thank you & regards,
Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd

Aku xde kepentingan ngn SR ni, aku pun slalu beli/lepak kat SR, xperlu sebar fitnah yang menjanjikan tiket ke neraka. SEkadar berkongsi pengalaman dgn rakan2..dan beringat w.pun pemegang sijil halal namun tidak menjamin barang dijual halalan toiyiban..kita sendiri perlu berwaspada.

p/s : itu lah luahan hati si mangsa bila dia dapati karipap dia tu ada ulat ewwww gross, dibawah tu pula ada yang memberi komen seakan2 sabotage.



#sekian dari budak karipap berulat.

Mar 9, 2012

Video : luluh hati ini melihat nasib ibu ditinggalkan oleh anaknya

hye uols,

pertama skali mengalir deras air mata ini mengenang nasib seorang ibu lumpuh di tinggalkan beiogtu saja oleh anak lelakinya yang beusia 27tahun itu, pada mulanya ingin je aku melenting dan memaki hamun anak lelakinya itu tapi lepas aku berfikir panjang mustahil si anak itu tega untuk meninggalkan ibu beliau.



nasib baik ada pekerja hotel tu yang nampak ibu itu terlentang di atas lantabilik (T_T) sebaknya hati aku pabila melihat tangisan dan esakan seorang ibu terdengar, peritnya ku rasa kan Ya Allah....Sehari RM60 dan anak lelaki tu membayar sebanyak dua hari RM120 selepas itu pihak hotel cuba untuk menghubungi anak lelaki itu tetapi gagal, phone berdering tetapi tiada yang mengangkat panggilan tersebut.

info : asalnya ibu 66 tahun tu dari johor dan si anak membawa ibu dia ke hotel area kg baru sebab di johor ibu itu tinggal keseorangan, anak lelaki itu berusia 27 tahun menetap dan berkerja di KL dia tinggal di rumah bujang sebb itu dia tempatkan ibu dia dihotel akan tetapi ada yang mengatakan anak lelaki itu accident.

p/s : sejauh mana keberanan cerita itu harap semuanya baik baik belaka, kita doakan yer kawan kawan, teringt kat mak abah kat kampung ❤❤❤ kalau korang sayang akan parents korang please dakaplah mereka dan hubungi mereka bertanya kan khabar :)

Sumber : Metro
seorang emak sanggup jaga 100 org anak, tapi belum tentu 100 anak itu boleh menjaga emak yang 1
#sekian dari budak prihatin.

Mar 7, 2012

Duit RM6 baru bakal dilancar tahun ini.

akak pun ada duit baru dhek!

hye uols,

Selepas pengeluaran wang syiling siri ketiga yang akan dilancarkan tak lama lagi, Bank Negara sekali lagi mengumumkan akan mengeluarkan wang kertas RM6 sempena Sambutan Aidilfitri pada tahun ni.

Design wang kertas RM6 pada kali ni adalah hasil gabungan ciri2 keselamatan wang kertas RM5 dan design wang kertas RM1 sekarang ni. Walaupun design wang kertas RM6 ni telah dikeluarkan, tetapi pelancaran wang ni dijangka pada 31 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal nanti.

Wang kertas RM6 dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan dan sukar untuk dipalsukan kerana lapisan kalis air yang berada di tengah2 duit ini mempunyai lapisan unik untuk setiap wang tersebut. Lihat gambar dibawah untuk melihat design wang kertas RM6 ni


Tadaaaa~ so amacam cun tak hahaa

#sekian