Jun 19, 2011

"Saya Sayang Ayah Saya"


saya sayang ayah saya...

terima kasih ayah memberi kami perlindungan dari hujan mahupun panas
terima kasih ayah menyuapkan kami dengan rezeki hala hasil dari tulang 4 kerat mu
terima kasih ayah menghantar kami semua ke sekolah dan mengenal huruf dan angka
terima kasih ayah kerana sudi menjadi tempat luahan dimana kita selalu mengadu
terima kasih ayah kerana senantiasa mendoakan kejayaan buat anak2 mu
terima kasih ayah menjadi penyokong setia dikala kita bermuram duka
terima kasih ayah membesarkan kami dengan kasih sayang mu
terima kasih ayah di atas ilmu yang ayah curahkan

yer dulu terus terang aku katakan aku tidak rapat dengan ayah aku kerana ayah aku mula berpindah ke KL ni untuk mencari rezeki sejak 1996 lagi so dari situ aku merasakan kurangnya belaian dari seorang ayah..namun setelah aku dah start pindah ke KL aku mula rapat dengan ayah aku..walhal dulu aku memang bukan jenis anak ayah kerana aku memang kurang bertegur dengan ayah sendiri...tapi siapa tahukan umur dan usia mematangkan seseorang itu untuk berfikir dengan lebih matang lagi...

Ayah maafkan jika kita selalu membuat ayah sakit hati...kita tahu walaupun ayah tak pernah meluahkan namun jauh di sudut hatimu aku dapat merasakan yang kamu selalu kesunyian...InsyahAllah suatu hari nanti kita semua akan bersatu kembali, kita nak tunaikan kewajipan kita sebagai seorang anak izinkan kita untuk membalas segala jasa dan pengorbanan agung mu itu...Ya Allah lindungilah ayah dan ibu kita agar semoga mereka panjang umur dan mampu melihat dan merasa kejayaan anak merka sebelum mereka menutup mata buat selama2nya...

Ayah tercinta En. Mally muah esok kita call ayah erk?? sayang ayah....

kita tujukan khas lagu ini untuk Ayah kita semua...


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

( korus )
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

SELAMAT HARI AYAH 19 JUNE 2011
SAYA SAYANG AYAH SAYA :)