Mar 31, 2011

preview HOP Movie launching dengan symbol peliks

they are super cute n awesome :)

hye uols apa khabar semua sihat?? semalam macam biasa la lepas kelas je aku terus shot ke The Curve bersama mmber aku Sazry*thanx once again dude!!! lepas tu ada gak la few celeb n bloggers yang aku jumpa. most of them muka yang sama yer tak tahan kita begitu mudah mereka dapat invitation apa lah SAKA dorang pakai kann makan ati kejap :)

ok str8 to the movie preview dimana arnab comel ni nama dia E.B seriously comel giler aku kasik tahu kat korang...lepas tu all those chick sngt hot n comel yer hahha...dan tak lain tak bukan watak jejaka yang sngt elok smpi aku merembes2 dibuatnya iaitu (Fred) James Marsden haha...mcm biasalah uols jalan cerita yang dah sedia maklum E.B ni impian dia biler besar nak jadi Drummer bunny yang terkenal tapi ayah dia suh dia jadi penghantar gula2 kat seluruh dunia...lepas tu at the end E.B dan Fred bersatu untuk hantar candy kat semua budak kat dunia ni..*takle citer lebih2 kang tak best plk :)

THE END~

with ayie *eh mandai2 je aku bagi nama kat dia hahaa

and yet always be the hawttie sister... :) super cool though

mamat ni mati2 aku kutuk dia time kat MCD sebb dia practicing wear those black glasses so i assume that dia ni mesti duta sun glass haha...lepas tu nampak dia acting cool kat area ticketing tu...aku tak taw apa motif uols semua dress like MEN IN BLACK and then distribute those file with wired symbol...time tu aku kacau je mamat ni sebb dia mmg tak boleh cakap dengan sesapa hehe...noty2

lebih symbol pelik dari blog abg NARA

Mar 28, 2011

lagi dan lagi invitation *senyummmmm~


syukur sngt sebb dapat lagi invitation dari Nuffnang :) gleee~ bulan ni dah 3 kali aku dapat invitation tngok movie...so jimat la duit aku nak tengok rezeki jgn ditolak uols...walaupun gigih ke damansara bagai kannn aku tetap gagah nak join...

☻ ♥☻
/♥\./█\me and candy just like a sweet couple =) therefore I wish to get these 5 types of candy :)

❤Mr. goodbar candy
❤Mars candy bar.
❤Smarties candy
❤100 grand candy.
❤Riesen candy
begitulah comment creative yang mereka nakkan...so dengan itu aku pown dapat la...apa yang penting kesungguhan hahhaa...itu semua propaganda ok....apa pown layan la Trailer HOP ni tersangat la comel ok...



so how do u find the trailer??? cute isn't it?? btw lupa nak mention kat uols jgn lupa ada premiere screening lagi akan datang so nak tahu lebih lanjut KLIK sini cepatttttt buat comment creative uols...cerita seterusnya bertajuk SCREAM 4 ada bran nak tengok :) gleeeee

Mar 26, 2011

Meriah maknyah Thailand siap boleh jadi pramugari lagi

Hye uolss penah naik kapal terbang tak?? Kepada sesapa yang penah naek tu agak2 ada terlintas kat fikiran korang nak jadi steward atau stewardess?? Hurmmm kelas kann suka tngok biler dorang buat demo cara penggunaan alat2 keselamatan didalam kapal…lepas tu sepanjang tu ko catwalk feeling2 macam runway @victoriasecret dengan siap tolak troli lagi….

sabar ok akak tgh tuang air untuk uols semua

Hah mesti uols terkejut kan maknyah or #hakak2 skang ni very the meriah siap boleh membina carrier sebagai nyahgawati hahaha…gurau saje yang #hakak2 sekalian…#hadek2 disini tetap sujud sembah ratu mcm uolss…

So dekat Thailand ni ada airline sebagai PC AIR yang akan start beroperasi April depan so keje mereka sama seperti steward n stewardess yang lain dimana mereka kena memberi layanan semasa berada di dalam kapal…alahhh uolss pown taw kan apa keje steward n stewardess ni…meriah sngttt

So ni diantara mereka yang diambil sebagai stewardess Nathatai Sukkaset 26, Dissanai Chitpraphachin 24, Chayathisa Nakmai 24, Phuntakarn Sringern 24…

letop akak2 semua ni...

makan hati tak salah seorang hakak2 tu merupakan bekas ratu cantik

korang semua ingt senang nak g interview mcm #hakak2 nie…ouh tidak sama sekali kata mereka kalau nak interview lelaki dan wanita melalui rupa paras, perwatakan dan juga catwalknya…tapi berlainan dgn pemilihan #hakak stewardess ni kerana mereka akan memilih based on ciri2 keperempuanan…dan nama pown nak jadi steward so kena feeling2 ayu ok…dari segi paras rupa, suara ,kelembutan, cara jalan lenggang longgoknyer tu semua diambil kira….

entahlah napa dorang reject akak...tak cukup women lagi ke akak ni??

Kalau yang #hazab mcm ni mmg tak lepas la uolss…ye lah kang tengah2 hidang minuman kat customer takut terkejut beruk plk customer2 tu hahaha…

ok lah bye uols..sambil feeling awan dania

Mar 24, 2011

Cubaan membunuh diri di KB Mall [2 video]


dengan pantasnya aku mereleasedkan entry ini walaupun aku nak publish kol 12 malam kang..tapi since aku dah tak le nak tahan tu yang terpublish uols...

video panas kali ni kita dapat lihat budak pompuan ni dalam cubaan untuk membunuh diri...ya rabbi cubaan untuk membunuh diri...sngt takut yer dengan statement itu...tapi budak perempuan ni tak takut plk...ni mesti dah hati kering giler vavi punya la tu yang berani nak lompat dari KB MALL tu...isk naseb baek Bomba & Penyelamat bertindak cepat menurut awak2 kat situ budak perempuan tu selamat :) korang tengok la sumber 2 video ni yer

video 1


video 2


motif budak perempuan ni bunuh diri tak diketahui...tapi takpe para2 blogger pasti akan jumpa reason napa budak perempuan tu nak bunuh diri...heheh ok la terpaksa chaww banyak assignment tgh menunggu :)

Mar 23, 2011

Sucker Punch launch bersama blogger dan Short Preview

haha uols meh ikut pakcik gelak kejap :)

hahaha nak gelak kejap...sebb semalam memang aku n @sazry gelak kaw2 punya sebb tengok citer sukcer punch nie =) yelah orang lain tgh sibuk berimaginasi yang kita orang ni tergelak2 kat tepi...naseb baek kita orang duduk kat seat tepi kalu tak mau kena #hempuk dengan orang kat belakang weols :)

kita orang gelak sebb imaginasi yang melampau2...kepada korang yang suka sangat berimaginasi memang sesuailah uols tengok movie SUCKER PUNCH nie...yang membuatkan kita orang tergelak tu sebb tiap kali BabyDoll ni pejam mata lepas tu dia just lentokkan badan ke kanan n kiri at the end semua orang teruja siap ada yang menangis lagi uols...

siap sedia i dah tutup mata nie.....

walhal time dia tutup mata tu dia tgh berimaginasi kat dunia peperangan katanyalah...once misi dah selesai BabyDoll ni buka mata semua orang teruja...tu yang smpi ada yang menangis2 tu...si BabyDoll ni pown berpeluh2 dibuatnya...tarian apa lah agaknya dia buat tu kannn :)

menangis tak uols kalau babydoll menari mcm ni :)

sazry juga la yg setia menemani i tengok movie time tu :)
pic ni time World Invasion last week

jumpa akak RUBY

and also Naim :)

saying hye to Fresh n akak #nuffy baru Thara...sis Thara cakap dia suka header i hiks...blushing kejap...sob~ pic tak berapa cantik coz lupa bawa camera terpaksa snap using my sony phone T_T

Mar 19, 2011

[GAMBAR] Comel Giler Loving Finger nie.

comel tak couple finger nie :)

hye uols arinie mmg tak sempat nak update entry..sebb semlm busy sambut bufday member kat tasek uols..meriah mmber tu mandi telur bersalut tepung...tapi takpe untuk entry dari saya kali ni memang light2 jer...harap korang suka la yer LOVING FINGER nie...sngt comel dan kreatif enjoy~~



HOPE U GUYS WILL LIKE IT =) SMILE ALWAYS and oh yeah happy Saturday guys :)

Bila wanita Indonesia ingin bertutur dalam bahasa melayu

ceritanya macam ni uols..malam malam yang lepas aku n mmber aku otw ke 7-11 uolss apa lagi merempit sambil meronggeng la...tapi bukan aku yang bawa motor tu...idokkklaaa #fobia uols =) tapi yang penting sempat feeling2 sebagai wanita rempit

jemput merempit uols =)

sampai je kat 7-11 terus weols cari telur n tepung...tapi yang spoilnya tu bila ada sorang mamat n 2 orang pompuan ni feeling2 ratu kebaya depan cashier...speaking katanyer uols yang penting lelaki tu local tapi 2 orang pompuan tu dari Jakarta sebb terdengar pelat indon uols :) bukan indon batak yang datang buat rumah tu yer...ni totally from Jakarta kann nampak sngt aku pasang telinga time tu

kami cantik kamu adoo?? =)

lepas tu dia pown dengan confident try communicate dengan cashier guy tu

Wanita indon = SAYA SERONOK!!
Cashier guy = huh apa dia??
Wanita indon = SAYA SERONOK!! (*sore tinggi sikit)
Cashier guy = ok baikla (*tersengih keseorangan)

sebenarnya pompuan indon tu nak cakap SAYA CANTIK..tapi dah terlalu gedik kan tu yang melalut jauh tu...nampak sangat uols semua tingtong baru balik dari clubbing and nak have fun #Choiiiiiiii sampai cantik n seronok dah tak reti nak bezakan....

saya lagi cantik dari dia...hahaha

MALAY = INDON
SAYA SERONOK = SAYA SENANG
SAYA CANTIK = SAYA CANTIK

takdela jauh mane pown beza ayat dorang kannnn....

[SERAM] Rumah sewa berhantu RM50 sebulan seksyen 2 Shah Alam.

seram ke tidak???

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310


Mar 17, 2011

Yeah dapat lagi invitation dari Nuffnang!

thanx again to nuffnang :)

meriah sngt hari nie uols sebb satu lagi invitation dari nuffnang untuk menyaksikan citer Sucker Punch...tak sia2 aku buat entry hari tu "SUCKER PUNCH" biasanye aku just akan try based on creative comment tapi kali ni disebbkan cerita ni menarik confirm aku nak try luck...and tadaaaa :) macam biasalah kalau area #damansara ni aku ajak @sazryzahary lagi lah jawabnyer =)

Date: 22 March 2011 (Tuesday)
Time: 9.00 pm
Venue: GSC 1 Utama



jumpa uols kat sana :)

Mar 16, 2011

World Invasion: Battle Los Angeles launch bersama blogger

guys seriously am not joking...u guys should see movie :)

wahhh kelas title launch katanyer...nak launching apa pown aku tak taw :) yang pasti citer ni sangat2 tip top rugi bagi korang yang tak nak tengok...buka sikit hati korang dan kuarkan sikit budget around RM10 untuk tngok citer nie...its really worth it paying for this movie....walaupun starting tu sngt very the membuatkan kita orang nak tidooo tapi once ko dah nampak #makhayam[UFO] tu terus bersemangat semuanya...

yang penting mmber aku sorang ni boleh nangess yer....lepas tu aku pown turut nanges walaupun time tu aku nak terkucil di hujung tanduk dah :)

thanx to @sazryzahary[tweet beliau]

kalau area damansara sapa lagi dia lah yang akan take over #sembah ratu kejap uolss...umah dia pown dekat so senang untuk weols #currr sepanjang malam haha...

from left Michael, like seriously i totally forgot this middle guy T_T....ayark!! michael who this tall guy again...i cant recall my self...sorry :(

again from left Naim,Elwyn, ME, Nikel Khor and lastly very the masuk air punya orang Michael :)


and this one rasa nak nanges jer...when those ticketing guy try to tear apart my ticket...like why don't you just take a peek and give us IN...grrrrr geget kang #yenna tu hahaha....and mostly kalau dia cakap kol 8 tu jgn la dok nak lenggang limah balik rumah coz wha?? uols akan dapat ticket seat paling depannnn skali.....sakit leher ni semalam hahahah....kalau concert Justin Beiber takper gak VVIP seat duduk depan ahaks!

Mar 14, 2011

Maria Ozawa terselamat dari Gempa Bumi di Japan

lariii cepat uolsss...agak2 dorang ni semua dapat lari tak???

hye uols..seperti yang semua dimaklumkan baru2 ni terjadi nyer Gempa Bumi kat Japan...gempa bumi nie yang paling teruk selama 104thun yang lalu...apa yang pasti lebih kurang macam yang menimpa aceh beberapa tahun yang lepas lah...

banyak spekulasi yang timbul mengatakan terjadi nya gempa bumi tu disebabkan percubaan bom nuklear lepas tu tersasar kat luatan asia...tu yang menyebabkan gempa bumi bagai...dan ada yang cakap Japan dah memang akan dilanda tsunami seperti yang terkandung didalam Al-Quran....wallahualam

kita mmg akui structure binaan rumah kat jepun mmg di bina untuk menghadapi saat cemas seperti gempa bumi ni...tapi kalau dah Tuhan turunkan bala sesiapa pun tidak mampu untuk menghalangnya...dan aku teringat lecturer aku cakap jepun mmg sangat terbilang dengan kemajuan teknologi dorang yang pesat dari masa ke masa, culture dorang sihat, persekitaran mereka berkerja sentiasa punctual...tapi sayang cara kehidupan sosial mereka tersngt2 terukkk....sosial dorang memang lain dari yang lain...dengan cara dorang dress up pown kita dah tahu kannn...
cuba cakap sapa yang tak kenal dengan Maria Ozawa nie...ratu pelakon porno nombor 1 kat Japan...dorang senang2 je buat sexual di merata2 tempat dan siap ada satu kedai khas untuk mereka boleh melihat #porno secara public...doakan mana yang terbaik untuk kita dan juga mereka =)

begitu besar pengaruh ratu porno jepun ni kan???

Mar 13, 2011

Kucing ini gedik sungguh...tapi serius comel lahh

hye uols...jom jalan2 dengan i kejap :)


kucing ni mmg photogenic kata orang skang ni kannn :) gedik sana gedik sini hahaha aku pown speechless tengok cara kucing ni posing...ini yang buat aku jeles hahaha...ok lah uols kepada korang yang peminat kucing nahhh tengokla pic dia ni kat bawah sekiannnn =)













THE END :)