SELAMAT HARI RAYA...
Di atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua teman2 blogger yang saya kenal dan juga tak berapa kenal
maaf lah yer andai kalau saya ada tersilap kata sebelum ini kat korang semua...kalau nak kata tingkah laku tu takde la kot sebab kita punn dok kali bertegur sapa kat alam maya ni jer...
Seperti sedia maklum ini dah tahun ke-3 aku beraya kat KL so officially nya aku memang rindu giler kat kampung (Sandakan) aku tapi apakan daya perjuangan aku belum lagi selesai...raya tahun ni sama seperti raya sebelumnya biasa n simple sahaja haha itu definasi bagi aku sorang jer korang yang lain confirm raya sambut bagai nak havoc kannn...haish ingat lagi time kecik2 dulu feeling raya tersangatlah meriah sebab raya time tu kat kampung berkumpul ramai2, dapat banyak duit raya, sembahyang raya sama2, berkunjung kerumah sanak saudara, main meriam buluh, sakat budak2 balik dari tarawih, lepas tu round satu negeri collect duit raya terbanyak ingt lagi time tu datang umah orang just teguk air then hulur tangan nak salam n mintak duit raya haha....boleh dikatakan aura suasana raya memang berbeza dengan hari2 biasa ouh really mish that moment
...tapi kini usia pun makin meningkat dewasa (dewasa kah??) makin takde feel nak raya hehe dan memori time zaman kanak2 tu semua hanya menjadi kenangan sampai bila2...kepada mereka yang tak dapat balik raya sebab kerja tu harap jangan bersedih jangan berduka manalah tahu rezeki korang melimpah ruah dibulan SYAWAL ini...
dan kepada mereka yang drive tu, tolonglah drive dengan berhemah sentiasa focus dan yang penting INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG ok...ehhh tak semestinya ko dah smpi kat kampung ko tak yah nak drive dengan berhemah kang tak pasal2 ko langgar lembu jiran hehe...lepas tu jangan lupa minta maaf kat IBU AYAH kita taw...time ni lah kita dapat meminta seribu keampunan dari mereka...bagi yang telah pergi kita sedekah kan AL-FATIHAH~
nampaknyer itu je la kot yang aku nak coretkan...aku rasa dah melalut plk entry aku ni hehehe yeay raya raya ayamg goreng ayam goreng~~
p/s : hayati raya dengan seadanya....salam ikhlas dari KIFLI SI DOLCE