Jun 28, 2010

Pantang larang Orang Tua dari rangcangan Mr MAMA

unclehalooo adek manis...miss uncle tak???


dalam aku tengah feeling2 nak naik cruise bersama DD (Pisau CUkur) ader pula rancangn Mr.Mama ni potong stim aku. Tertarik gak aku tengok drama bersiri nie, bukan apa sebab kali ni berkisahkan tentang Pantang larang orang tua dulu2 kala. Terus aku teringat time dulu mama aku selalu berpesan jangan potong kuku dikala malam hari, jangan menyanyi ketika masak atau berada kat dapur(anak sulong selalu tolong mama serabutkan kitchen haha), klu duduk or baring jgn biasakan kaki bersilang dan banyak lagi lah petua yang aku diajar...dan aku yakin itu semua pasti ada maksud yang tersirat. cuba korang lihat table kat bawah ni...MySpace


Pantang larang Sebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

nota kecil : jadi setiap yang berlaku itu pasti ada sebab2 tertentu...sumber wikipedia...

QieflysiDolce

10 comments :

amar haziq said...

ye ke..
alaa..org dulu2 mmg mcm tu
saya tak percaya kot

jenguk2lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

niesz said...

pantang org tua ni kadang ade yg betul..kadang2 tu xpon..ermm..tp kebnykkn nye bnyk pantang tu tuk pompuan..

Arif Dzulkifli said...

jangan mandi telanjang waktu malam..nnti kena pnyakit gila babi..hahaha

KiFli MaLLy said...

amar : yerp...jgn smpi syirik dah la yer...

yorke : aha btol2 saya sngt setuju dgn kamu...

FndRocka said...

aku selalu bersikap 'rebel' dengan pantang larang orang tua ni.hehe

Terbaru : Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar

KiFli MaLLy said...

FndRocka : hehehe jgn rebel lain plk...kang lain plk citer nyer...

tieha ismail said...

org dulu2 ni mcm2 laa...diorg x ckp trus trg kan...

ceksumolek's said...

org dulu2 mmg banyak pntang larang~ sume utk kebaikan kita jugak.. jgn buat benda2 xelok dipandang mata tu..

syahira ariff said...

hahaha
banyak la pepatah orang tua
semua tu untuk kebaikan jer walaupun bunyi mcm mengarut
=]

Anonymous said...

lol.. I don't know a lot of the pantang larang already..