Sep 1, 2009

Aku sebatang Pensel

hye uguysss....saat2 menanti berbuka pose Qief nak gitaw kat u guysss still ingt lagi tak ayat karangan UPSR korang time dulu2 heheheh....klu tak silap Qief buat karangan berkisarkan sebatang pensel :p


Aku sebatang pensel 2B berjenama steadler.Aku dibuat di sebuah kilang di SRI GADING.Tubuh aku terdiri daripada kayu dan karbon yang berwarna hitam.

Apabila aku sudah sempurna sebagai pensel,aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama 11 rakan yang lain.Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar.Aku tidak sabar untuk dihantar ke kedai.

Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam van.Van terus bergerak membawa saya dan rakan-rakan.Apabila terbuka sahaja,saya mendapati diri saya sudah berada di kedai buku.

"belilah dua batang,waktu periksa nanti senang,"kata seorang lelaki kepada anaknya.Alangkah gembiranya saya apabila ada seorang yang ingin membeli aku.Dengan bayaran RM0.40,kini aku sudah mempunyai tuan.

Muncung tubuh aku ditajamkan.Tuan aku membawa aku untuk menghadapi peperiksaan UPSR.Aku berbakti kepada tuan aku dengan bersungguh-sungguh.

Namun begitu,apabila aku menjadi semakin pendek.Tuan aku akhirnya membuang aku dan menggunakan rakan aku yang lain.



XOXO
Photobucket

P/S = kenangan yang terindah....bagiku ianya cukup bermakna....

4 comments :

  1. yup aku sangat suka karangan ko.. pasal aku mmg pernah buat karangan ttg pensil.. bila ingat otak bebudak hanya dapat bayangkan pensel tu macam tu..aku suka berimiginasi seolah olah pensil tu ade mataa mulut saambil boleh berkata-kata kat tuan dia,, kelakar plak..selaain dari pensil karangan yg kira top pada masa tu aku adalah tong sampah.. aku adalah buku.. aku adalah kereta.. kau pasti ingat lagu.. papa ku pulang dari kota.. papa ku beli kan kereta.. Kereta kecil warna merah.. lepas tu lirik dia aku dah tak ingat lah.. salam takzim dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni